MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, March 8, 2010

Bayi Luar Nikah : Tindakan Kita.


Buang Bayi : Polis tahan wanita
KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.
(Utusan Malaysia Hari Ini : 8 Mac 2010 bersamaan 22 Rabiulawal 1431)



“Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan lebih membimbangkan, ia tidak lagi berlaku di bandar besar malah di desa dan luar bandar. Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati dikira kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang menandakan keadaan kesihatan tidak sempurna, malah awal Julai lalu dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita di bilik asrama sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama bayi dilahirkannya.

Dalam pada itu statistik antara 2000 sehingga 2006 menunjukkan sebanyak 580 bayi dibuang dengan majoriti 92 peratus baru lahir manakala lapan peratus lagi masih janin.

Berdasarkan maklumat di atas, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berpendapat bahawa masyarakat perlu di sedari masaalah ini dengan pendekatan agama yang lebih menyeluroh. Memahami keperluan kehidupan yang lebih Islamik amat perlu dari pucuk pimpinan negera hinggalah kepada rakyat di kampong-kampong.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip pula berpendapat bahawa hukuman yang sedia ada bagi pesalah jenayah syariah seperti khalwat, zina, pembuangan bayi dan lain –lain jenayah syariah perlu dirombak semula agar hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas peasalah jenayah syariah ini. Di bawah undang-undang jenayah syariah mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 atau enam sebatan, jika sabit kesalahan. Apakah hukuman sebegini masih lagi bersesuaian ? Malah hukuman sebeginilah yang menyebabkan mereka tidak takut melakukan jenayah syariah berkenaan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah K Hamzah menjelaskan hukuman berat yang bakal dikenakan terhadap pesalah jenayah syariah itu perlu menjadi jalan terakhir untuk menyedarkan mereka. Menurutnya, yang lebih penting adalah mendidik dan menyemai sikap sayangkan agama, bangsa dan diri sendiri dalam setiap individu sejak kecil lagi. Jika tiada kesedaran dalam diri mereka, buatlah hukuman seberat mana pun tetap tidak akan memberi kesan kepada golongan berkenaan.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk G. Palanivel pula berpendapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan satu sistem dan melatih pegawainya bagi mengesan ibu yang mengalami masalah pembuangan bayi agar gejala pembuangan bayi ini tidak ketara. ( Rumusan dari Harian Metro : 2010/02/17 )

Targhib :

Persoalan paling besar pada perkara di atas adalah masaalah kehidupan beragama telah hilang di dalam kehidupan umat hari ini. Inilah perkara yang paling mendasar yang perlu saya dan saudari saudari semua fikirkan.

Sabda Nabi saw :

Dari Abu Hurairah r.a , “ Saya mendengar dari Nabi saw bersabda, “ Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah swt pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganNya. . . . . . lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita lalu ia berkata,”sesungguhnya aku takut pada Allah.” . . . . ( Bukhari / Muslim )

Mengujudkan gulongan yang takut/takwa pada Allah tidak akan terhasil melainkan dengan amalan kekasihnya saw iaitu amalan dakwah. Hanya melalui amalan ini sahajalah akan merubah kehidupan manusia sejagat. Cara hukum dan perundangan hanyalah bersifat secondary miski pun hukum yang berdasarkan al-Quran dan Hadis Nabi saw dilaksanakan. Ianya juga tidak akan selesai selama hati-hati manusia tidak takut pada Allah swt. Sejarah telah membuktikan kepada kita melalui proses dakwah yang dibuat oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu yang mana Allah swt telah mngutuskan mereka di kalangan masyarakat yang penuh dengan maksiat, sesat dan kejahilan. Dari kaum Nabi Nuh a.s hinggalah kepada Arab Jahiliyah mereka mempunyai masaalah yang serupa. Namun jalan penyelesaainya juga adalah serupa iaitu dakwah ilallah.

Bayangkan jika gejala pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah ini berleluasa. Untuk 3 / 4 bulan kebelakangan ini, Negeri Melaka merekodkan kadar kelahiran anak luar nikah tertinggi. Beberapa tahun lalu Mentari Pembangunan Wanita melaporkan bahawa jumlah anak luar nikah ketika itu telah berjumlah 366 ribu orang lebih. Bayangkan untuk 10 / 15 tahun akan datang. Kehidupan kita akan dikelilingi dengan anka-anak luar nikah. Juga bayangkan untk 10/15 tahun akan datang anak-anak luar nikah ini dibesarkan dengan ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa.

Yang terjebak dengan khalwat, zina, pembuangan bayi, mat rempit, najis dadah ini adalah anak-anak yang ada ibu dan bapa serta mendapat kasih sayang ibu dan bapa. Betapa pula anak-anak luar nikah yang ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa. Akhlak dan tingkah laku yang pastinya kan merwarnai budaya kehidupan kita akan datang. Apakah kita dan anak-anak kita boleh hidup dengan suasana begitu?

Untuk inilah kita semuanya bertanggungjawab untuk merubah suasana yang ada sekarang ini kepada suasana yang lebih Islamik dan lebih takwa. Jalan dan caranya adalah dakwah, warwarkan kehebatan keagungan Allah, warwarkan kepentingan perintah Allah dan sunnah Nabi, warwarkan nilai-nilai kehidupan beragama di dalam semua lapisan masyarakat.

Insyaallah pasti akan berubah. Jika zaman Arab Jahiliyah boleh berubah kepada ‘hayatan toiyyiba’ maka zaman kita ini juga akan boleh berubah asalkan kita bangun bersama-sama.

Insyaallah.

4 comments:

musafir said...

Masalah di bumi akan selesai apabila.....

HUBUNGAN DENGAN ALLAH BETUL...

Akan bertambah tambah masalah dan kerosakan di bumi apabila....

HUBUNGAN DENGAN ALLAH ROSAK

DAN..

ia bertitik tolak dan berpunca dari QOLBU ( HATI NURANI )

kerana di sinilah sifat2 imaniat-syukur..sabar..ikhlas..tawakkal....khauf..roja'...tawadduk...dan sebagainya....akan terpancar...

WALLAHUA'LAM....

Ummu Saifullah Al Fathoni said...

satu lagi ustaz, kebebasan 'bermain' dalam dunia maya tanpa ada katalisator agama. kekuatan iman dan ketegasan jamaah yang lemah...

ibnu abdullah said...

ustaz, kes student tu kurang pasti pula pasal reput tu, rasanya tidak reput tapi tanpa seurat benang. Kenapa dlm keadaan demikian? wAllahu 'alam. Namun kisahnya amat menyedihkan, kerana si lelaki sudah sedia untuk bernikah namun orang tua belah perempuan tidak mengizinkan (org kelantan). ini bukan kali pertama buat pasangan ini terlanjur, malah yang sebelum ini kandungan digugurkan. cuma kali ini barangkali terlalu serba salah atau geram, atau masing-masing nekad anak ini dikandung sehingga melahirkan. Perkara ini berjaya dirahsiakan oleh pasangan ini kerana tiada siapa yang perasan si perempuan itu sedang mengandung.

Namun apakan daya, ajal maut dlm ketentuan Allah swt. Bila mayat ditemui, ramai yang menitiskan air mata melihat bayi di sebelah umminya & kedua-duanya sudah tidak bernyawa. Salah siapa dalam hal ini? Anak-anak yang sanggup pikul tanggungjawab atau salah ibu bapa yang terlalu besar ego sehingga anak sendiri menjadi mangsa? semoga Allah swt beri pengampunan ats perbuatan mereka & si lelaki yang hilang itu bertaubat bersungguh-sungguh kerana perkara ini pasti & pasti akan diadili oleh Yang Maha Adil di akhirat nnt.

Unknown said...

Ibnu Abdullah,

Begitu sikap mayarakat kita hari ini, keegoan dan kesombongan lebih dipentingkan daripa keperluan dan kepentingan agama. Lebih suka melihat anak terlanjur daripada mendapat menantu yang serasi.

Sabda Ras\ulullah saw :
Dari Abu Said dan ibnu Abbas r.hum berkata bersabda Rasulullah saw, “ Mana ibubapa yang memdapat anak(kecil) maka hendaklah ia memperindahkan namanya (memberi nama yang elok). Dan hendaklah mendidik mereka (didikan adab mengikut Quran dan Sunnah). Maka apabila mereka dewasa (baligh) hendaklah mereka dikahwinkan. Jika mereka telah dewasa sedangkan ibubapa tidak kahwinkan mereka (pada waktu yang sama) anak-anak mereka terlibat dengan dosa-dosa (zina) maka dosa –dosa itu akan terpikul pada (bahu) ibubapa mereka. (Hadis Riwayat Baihaqi : Sya’bul Imaan :6/301)

Ramai ibubapa tidak peka dengan hadis di atas.

Wallahu’alam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin