MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, March 13, 2010

Al-Azhar mesti bebaskan diri daripada pengaruh kerajaan untuk pulihkan imej: Pemerhati


2010/03/12
KAHERAH: Al-Azhar kekal menjadi institusi Islam paling dihormati walaupun kredibiliti ketuanya, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi - yang meninggal dunia kelmarin - dicemari hubungan rapatnya dengan kerajaan Mesir.
Pemerhati Islam, Kamal Habib, berkata hubungan akrab Tantawi dengan kerajaan Mesir mencemarkan imej al-Azhar pada pandangan dunia.

Januari lalu, sebuah majlis dianggotai ulama terkemuka dan diarah Tantawi, menyokong keputusan kerajaan membina tembok besi bagi menyekat penyeludupan barangan keperluan untuk penduduk Gaza yang dizalimi Zionis di sempadan kedua-dua negara.

“Sesiapa yang menentang pembinaan tembok besi ini dianggap melanggar syarak,” kata Tantawi.

Kata Kamal, Tantawi adalah ketua al-Azhar paling lemah dalam sejarah kerana menganggap dirinya tidak lebih daripada kakitangan kerajaan apabila dia sepatutnya menguruskan masalah orang Islam.

“Al-Azhar mesti membebaskan dirinya daripada kongkongan kerajaan dan sekali lagi muncul sebagai institusi memperjuangkan orang Islam.
“Ketuanya mesti dilantik ulama terkemuka di seluruh dunia, bukannya presiden Mesir,” katanya. – AFP

Sikit Komen :

Sewaktu Syeikh Nuruddin AL-Banjari al-Makki pulang dari Mesir pada akhir tahun lepas, penulis sempat bertemu secara peribadi dengan beliau. Penulis bertanyakan beberapa fatwa yang terkini yang dikeluarkan oleh al-Azhar. Kata beliau bahawa al-Azhar seperti juga lain-lain Negara Islam,ianya banyak dipengaruhi oleh Parti Politik Pemerintah.
Penulis pernah bertanya kepada teman penulis rakyat Mesir juga jiran sebelah taman dengan penulis, Syeikh Usama tetang kedudukan al-Azhar dan Syeikhul Azhar. Kata beliau bahawa Syeikhul Azhar yang sekarang tidak seperti yang dulu-dulu. Kebiasaannya Syeikhul Azhar akan dilantik oleh badan atau Syura al-Azhar sendiri tetapi Syekhul Azhar yang sedia ada adalah lantikan yang dipengaruhi/campurtangan Parti Pemerintah Mesir.

Al-Azhar sememangnya menjadi rujukan umat Islam Sunni seluroh dunia semejak kejatuhan sistem Khalifah Islam terakhir Kerajaan Othmaniah.. Semejak dari dahulu setiap fatwa yang dikeluarkan akan menjadi rujukan dan pedoman umat Islam. Malah setiap fatwa yang dikeluarkan oleh al-Azhar dianggap fatwa yang disepakati dan direstui oleh ulama-ulama seluroh Dunia Islam.

Al-Azhar sepatutnya kembali seperti dahulu tanpa sebarang pengaruh politik semasa jika ianya mahu mengembalikan kedudukan dan kehebatan serta penghurmatan Umat Islam Seluroh Dunia.

Apa pun kita doakan agar kegemilanganya akan kembali terserlah disaat umat Islam sekarang ini dipengaruhi kejatuhan dan kemerosotan.

Wallahu’alam.

2 comments:

مسافر اسلام said...

Salam ya ustaz..bagus artikel ini. N3 kali ini membuka minda umum, terutama pelajr2 yang berada disana. Mereka semestinya sudah tahu, ettp hanya mengikut arus pemodenan di sana. Sepatutnya politik yang mengikut islam, bukan islam megikut politik. Islam tidak melarang berpoitik. Tetapi ada batasnya dan sempadanya. Bukan hanya kerana megejarkan projek2 berjuta2, solat di lambatkan dan akhirnya di tinggalkan. Ini apa yg terjadi dikalangan Masyarakat sekrg.

Sesungguhnya Allah s.w.t. maha megetahui.


* Minggu lepas ana tak dpt ke Mesyuarat Markas. Balik jb, nak exam.


Salam.

Itminaan said...

MasyaAllah ...

Al-Ulamaa umaanaa-ud- Deen ma lam yukhalitul umaraa'

Ulama adalah orang kepercayaan Islam, selagi mereka tidak bergaul dengan Umaraa'.

Benar ya?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin