MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, June 25, 2013

Rahmat Dari Jerubu


Setelah beberapa hari kita berada di dalam suasana jerubu hinggakan sesetengah negeri mengistiharkan darurat. Maka barulah terasa betapa nikmatnya kurnian tuhan udara yang bersih yang selama ini kita menghirupanya tanpa merasa kesyukuran. Bila negara dilanda jerubu sebegini barulah kita kenal dan faham betapa pentingnya nikmat udara ini dan betapa perlu nikmat ini disyukuri.

Selain itu sesetengah wanita yang memandang sinis wanita yang berpurdah dan kekadang menghina, namun waktu yang sama mereka juga terpaksa menutup muka (berpurdah). Maka wajah-wajah jelita yang dipamirkan kepada yang bukan mahram terpaksa ditutup di musim jerubu ini. Secara tidak lansung fitnah wanita kepada lelaki telah tertutup sedirinya.

Pernah baru-baru ini teman penulis menceritakan seorang sepupunya yang belajar di Jordan di dalam bidang agama yang tidak berpurdah sering diganggu oleh Pak-pak  Arab hidung belang ketika pulang dari kuliah. Namun apabila beliau buat keputusan untuk mngenakan purdah pada mukanya, maka semejak dari itu beliau tidak lagi diganggu. Ini lah hikamhnya menutup muka bagi wanita.

Jadi jika dihitung-hitung Jerubu ini sebenarnya satu rahmat untuk kita. Wallahualam.

Friday, June 14, 2013

Hizbullah Adalah Hizbusyaitan : Yusof Al-Qaradawi




DOHA: Ulama terkemuka dari Qatar, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan gerakan Hizbullah di Lebanon sebagai ''partai setan'' yang berusaha mengujudkan perpecahan antara umat Islam.Beliau yang menjawat jawatan Presiden Persatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa turut menyuarakan kekecewaannya karena sebelum ini beliau pernah membela gerakan itu dan membela Ripablik Islam Iran ketika sebagian besar ulama Islam menyuarakan kecurigaannya terhadap Hizbullah di wilayah ini.

"Ketika Hizbullah bertempur melawan Israel, saya mempertahankannya dan saya menentang ulama Arab Saudi yang mengingatkan tentang rancangan Hizbullah yang ingin memecah belah umat Islam.”
"(tetapi sekarang) Mereka Hizbullah yang berjuang melawan rakyat Suriah dan mereka Hizbullah adalah partai setan," katanya dalam sebuah wawancara dengan al-Arabiya yang terbitkanpada Ahad yang lalu 9/6/2013 ( Sumber :Cyber Sabili Dengan Sedikit Olahan)

 Sedikit Komentar :

Akhir-akhir ini memang telah terbukti bahawa Iran, Iraq dan Israel telah berada di dalam pakatan Syiah Israel untuk menghancurkan Dunia Islam. Tersembunyi di dalam nama “Republik Islam Iran” ,Hizbullah, Serban dan janggut serta bertudung lingkup hakikatnya adalah gunting di dalam lipatan. Pembunuhan yang berlaku di Syria serta pembunuhan anak-anak kecil telah membuktikan bahawa siapakah sebenarnya Syiah yang sedikit masa dahulu dipuja-puja oleh segelintir Umat Islam dan NGO Islam di Malaysia. Ditambah pula dengan pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi seolah-olah menyokong perjuangan Syiah Iran dan Hizbullah ketika itu. Bukan sahaja Syeikh Yusof al-Qadarawi yang tersilap malah ramai ulama-ulama Sunni ketika itu yang tertipu dengan kaedah pendekatan yang dikenali sebagai “Taghribul Mazaahib” (Pendekatan Mazahab) oleh Iran kesemua negara-negara Islam ketika itu.

Seingat penulis satu seminar telah diadakan sekitar 1985 di satu hotel di Kuala Lumpur berkaitan pendekatan Sunni /Syiah ketika itu. Ramai pemikir Islam dari menara gading di Malaysia telah hadir dan ada di antara mereka yang terlibat secara langsung dan kini menjadi pendukung kuat Syiah. Seingat penulis ramai di kalangan ulama di dalam Persatuan Ulama Malaysia yang terlibat dan termasuk juga Akademik Islam Universiti Malaya juga ada yang terlibat ketika itu. Begitulah penipuan Syiah sehinggakan ramai dari mereka-mereka yang berfikrah Islam sanggup menghantar anak-anak mereka ke Pakistan dan langsung ke Iran untuk mempelajari ajaran Syiah. Kini ramai dikalangan mereka-mereka bekerja di kedutaan Iran Kuala Lumpur.

Pembongkaran demi pembongkaran dibuat oleh ulama-ulama yang menyedari bahaya Syiah ini dan akhirnya segala-galanya telah terbongkar. Peringkat awal sekitar 1980an ulama-ulama Benua India lah yang membongkar fitnah Syiah ini, antaranya Syaikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani , Dr Ehsan Elahi Zahir dengan tiga buah buku beliau yang begitu terkenal dan Maulana Manzoor Nokmani. Selepas itu barulah ulama-ulama Arab seperti Syeikh Said Hawa dan juga Syeikh Al Khatib. Sebab utama ulama Benua India lebih dahulu menyedari fitnah Syiah ini kerana Benua India begitu sinonim dengan Syiah dan ajarannya selain mereka mahir dengan kitab-kitab Parsi serta telah terbiasa dengan kelompok Syiah.

Di Malaysia ketika itu kekosongan dengan ulama yang begitu mahir dengan ajaran Syiah. Atas sebab inilah apabila datang delegasi Iran menjemput ulama-ulama kita berkunjung ke Iran maka ramai yang tidak menyedari perancangan ini. Sehinggalah Maulana Asri bin Yusof pulang dari India apabila selesai menuntut di Darul Ulum di sana dan menjawab beberapa isu Syiah apabila kerajaan menangkap Abu Thalib As Salafi.

Terkini ulama Islam telah menfatwakan bahawa mana-mana Umat Islam yang mati di dalam perjuangan di Bumi Syria kematiannya dikira sebagai mati syahid dan dikira sebagai syuhada. Malah hari ini Jumaat (14/6/2013) semua Umat Islam diminta untuk berkumpul di kedutaan Syiria di Kuala Lumpur membuat bantahan di atas pembunuhan ribuan mereka-mereka yang tidak bersalah termasuk anak-anak kecil.

Syria pasti dan pasti akan jatuh ke tangan Sunni kerana ini dibuktikan dengan hadis Nabi saw bahawa tempat terbaik di akhir zaman adalah Syria dan lagi Imam Mahdi serta Nabi Isa as akan berada di sana.

Sama-sama kita doakan agar mereka segera mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah swt. IsyaAllah.


Tuesday, June 4, 2013

Pemegang Panji-Panji Hitam : Pemantauan Jakim





Metro (3 Jun 2013) hari ini memapark bahawa JAKIM sedang memantau pergerakkan kumpulan pemegang Panji-panji Hitam Sebelah Timur. Di dalam posting yang lalu, penulis pernah memaparkan serba sedikit kumpulan ini. Namun hari ini JAKIM bertindak memantau bagi membendung perkara yang tidak diingini berlaku. Setakat ini kumpulan ini telah beberapa kali cuba memasukki Istana Anak Bukit untuk meletakkan bendera Kerajaan Langkasuka dan mengistiharkan Pewaris sebenar Negeri Kedah secara tidak lansung.

Sebagaimana yang pernah penulis, bukan sekadar Pemegang Panji-Panji Hitam malah akan ada sedikit hari lagi gulongan yang akan mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini tidak akan boleh dielak kerana masa-masa tersebut pasti akan datang dan berlaku. Cuma di sisi kita perlu memastikan kebenaran dan sebenarnya Imam Mahdi dan juga pemegang Panji-Panji Hitam. Agar jangan ada yang tertipu. Malah kalau diperhitungkan jika yang muncul Pemegang Panji-Panji Hitam dan Imam Mahdi yang sebenar pun akan ada tentangan dari pihak-pihak tertentu.Ini bersabit dari hadis Nabi saw dan dihujjah oleh Syeikh Isa Daud.

Bagi kita sebagaimana posting penulis yang lalu, kita memerlukan pengesahan dari ulama muktabar tentang kedudukkan sebenar Pemegang Panji-Panji Hitam sebelah Timur dan juga siapa sebenarnya Imam Mahdi. Ini kerana pengetahuan dan kefahaman kita berkaitan hal ini amat-amat terbatas miski pun kita boleh memahami Hadis denga baik.

Wallahulalm

Monday, June 3, 2013

Jadual Kuliah Jun 2013




01 Jun 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
02 Jun 2013 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor
03 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh, Pedas
04 Jun 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
05 Jun 2013 (Rab) : Israk Mikraj Surau Hj.Musa BSS.
06 Jun 2013 (Kha) : Israk Mikraj Bkt Canggang Banting

07 Jun 2013 (Jum) : Israk Mikraj Masjid Rasah
08 Jun 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
08 Jun 2013 (Sab) : Israk Mikraj Masjid Senaling
09 Jun 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
09 Jun 2013 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Tmn Gadong Jaya
10 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih, K.Lumpur

11 Jun 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
12 Jun 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
13 Jun 2013 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height
14 Jun 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Bulanan Tmn Kiambang
15 Jun 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
15 Jun 2013 (Sab) : Israk Mikraj Tmn Bahagia Senaling.

16 Jun 2013 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
17 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
17 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah 
18 Jun 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2
19 Jun 2013 (Rab) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh, Pedas
20 Jun 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Qudwah G/Street Home

21 Jun 2013 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
22 Jun 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
23 Jun 2013 (Ahd) : Kuliah Maghrib Tmn G/Home F
24 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA.
24 Jun 2013 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
25 Jun 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2

26 Jun 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
27 Jun 2013 (Kha) : Urusan Madrasah Anak Di Kedah
28 Jun 2013 (Jum) : Urusan Madrasah Anak Di Kedah
29 Jun 2013 (Sab) : Urusan Madrasah Anak Di Kedah
30 Jun 2013 (Ahd) : Urusan Madrasah Anak Di Kedah

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian, Insyaallah.
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin