WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri
daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet
baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama
seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya
dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet
Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang
mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang
mengorbitnya dari jarak jauh.
Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui
mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh
bintang lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti
pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai
pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet
Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet
Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan
penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.
Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan
planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih
besar daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan
kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP
Sedikit Komen :
Firman Allah :
“ Maha Suci Tuhan
Yang menjadikan bintang-bintang (buruj) di langit dan menjadikan ianya
bercahaya dan bulan yang menerangi. Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang
silih berganti bagi mereka-mereka yang mahu beringat dan bersyukur.” (Al Furqan
61 -62)
Telah bertahun-tahun
kita difahamkan oleh saintis bahawa planet di Cakrawala Bimasakti ada sembilan
yang terbesar adalah Matahari dan yang terakhir adalah planet Pluto. Namun
planet Pluto ni dikatakan telah hilang dan sebaliknya telah terjumpa lagi satu
planet baru yang dikenali sebagai Penet X (Ke 10) atau Nibiru. Plenet Nibiru ini
dikatakan akan melanggar bumi pada tahun 2020 dan kejadian ini juga dianggap
sebagai Kiamat. Begitulah apa yang disajikan kepada kita oleh saintis-saintis
khususnya dari Nasa USA.
Terkini, planet PH1 yang baru dijumpai ini jauh lebih besar dari Bumi serta
mengorbitkan dua bintang yang 1.5 dan 0.41 lebih besar dari Matahari. Rupanya
masih ada lagi planet atau bintang yang lebih besar dari Matahari. Maknanya juga bahawa teori semua planet mengelingi Matahari adalah teori yang salah kerana planet yang baru jumpa ini mengorbitkan dua bintang
yang lebih besar dari Matahari.
Bagi aku apa sahaja
yang saintis tu jumpa maknanya betapa luas dan hibatnya ciptaan tuhan yang mash lagi diluar kemampuan dan ilmu manusia dan juga agar
kita ini lebih tunduk dan patuh serta tergolong dari gulongan yang beringat dan bersyukur.
Wallahualam
1 comment:
Matahari (dan juga sistem Solar) cuma sebahagian kecil daripada keseluruhan cakerawala. Dalam galaksi Bima Sakti sendiri ada banyak sistem bintang lain selain sistem Solar. Ini belum dikira lagi sistem bintang diluar galaksi Bima Sakti. Kewujudan sistem bintang lain selain matahari telah lama diketahui oleh para saintis. Jadi tidak begitu tepat jika dikatakan teori semua planet mengelilingi matahari adalah salah. Ia cuma untuk planet dalam sistem Solar/Matahari.
Post a Comment