MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, July 12, 2013

Serikandi Aleppo Marwah Kaila




Kerana tidak tertahan melihat ramai muslimin dan muslimah serta anak-anak gugur syahid di depan mata, maka Marwah Kaila membuat keputusan untuk berjihad di jalan Allah bersama mujahidin FSA. Beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai Jurnalist dan mengambil peranan menjadi Sniper di barisan hadapan mujahidin. Demikian kenyataan beliau dihadapan wartawan Anatolia dan Ugarit News dari Turki.

Di Malaysia pula berbeza “serikandi” kita di sini sibuk menghalakan teropong “sniper” mereka ke arah suami takut dan bimbang suami kahwin lagi satu. Kalau tak begitu pun di dalam suasana Ramadhan ini sekurang-kurangnya teropong “sniper” tu menghala ke kawasan Bazar Ramadhan atau Shopping Complex mengintai kalau-kalau ada jualan murah.

Begitulah serikandi di Malaysiaku tersayang ini.

Thursday, July 11, 2013

Syria Bumi Syuhada Qadsiah




(Khusus Untuk Mereka Di Bumi Syria)

Titik Air Mata Bercucuran
Warna Merah Darah Pekat
Membasahi Bumi Syuhada Qadsiah
Menumbuhkan Pepohon Mujahid
Yang Mendambakan Mematian Suci

Laungan Takbir Di Lorong
Terkulai Jasad Menyembah Bumi
Namun Bumi Itu Tersenyum
Masih Ada Syuhada Qadsiah
Meskipun Berlalu Panjang

Limpahan Darah Syuhada
Tangisan Isteri Di Celah Runtuhan
Jeritan Anak Kecil Di Atas Ribaan
Pasti Akan Mengetuk 
Isi Hati  SiDIA

Akan Tertunailah Janji
Yang telah Dijanjikan
Pada Kalam SuciNya
Yang Tidak Pernah Mungkiri


Al Alorstari 
2 Ramadhan 1434



Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434





Semoga Ramadhan 1434 ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam di seluroh dunia khusus di Bumi Anbia.

Thursday, July 4, 2013

Rampasan Kuasa Di Mesir : Adakah Kegagalan Sistem Demokrasi?


"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun"
 Kekadang jika difikirkan dan direnungi kejadian rampasan kuasa di Mesir semalam sememang membuktikan kebenaran kata-kata Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi, Qadhi Wazir Pakistan, Syeikh Muhammad Qutb, Abu Lurwah Al Lubnani dan lain-lain ulama sealiran mereka bahawa sistem politik demokrasi bukanlah sistem yang berdasarkan syariah dan sunnah kerana ianya tidak dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan sahabat rahum. Selama ianya bukan dari syariat selama itu ianya tidak akan boleh menaikkan Islam dan memertabatkan Islam.

Sistem demokrasi berparlimen yang di asaskan oleh Lord Reid seorang Yahudi tegar, telah dipraktikan di sebahagian besar negara dan juga negara-negara Islam khususnya Negara-negara Jajahan Barat. Sistem ini tidak pernah memberi kemenangan kepada parti Islam atau beraliran Islam. Kalau menang pun ianya bersifat sementara untuk mencari ruang oleh Yahudi dan gerakkannya untuk menjatuhkannya semula. Sebagai contoh Parti FIS yang menang besar di Algeria digulingkan oleh tentera beberapa tahun yang lalu. Begitu juga dengan Parti Refa'ah di Turki yang mendapat kemenangan namun juga dinafikan kemenangan oleh pihat tentera. Setelah bertukar kepada Parti Pembangunan barulah diakui dan direstui setelah mendapat kemenangan. Namun masih terbatas di dalam melaksanakan aktiviti dan peraturan agama. Maknanya selama atas nama Islam ianya akan dinafikan.

Kini giliran Mesir pula yang menjadi mangsa sistem demokrasi ini. Parti Islam Ikhwanul Muslimin yang mendapat kemenangan hanya diberi peluang memerintah hanya setahun. Hari ini Parti Islam ini digulingkan kerana sistem ini tidak sekali-kali akan membenarkan Islam berkembang dan berkuasa.

Apakah rampasan kuasa ini akan menjadi pertanda permulaan peperangan di negara-negara teluk ini. Jika kita selidikkan pendapat sesetengah tokoh-tokoh agama yang mengatakan bahawa tahun 2013 ini bermulanya era peperangan yang akan membawa kepada kebangkitan Islam. Apakah kerana amaran Morsi kepada Hizbullah (baca HizbutSyaitan) dan Syiria menjadi petanda titik tolak rampasan kuasa ini? Jika inilah yang menjadi sebab maknanya dibelakang rampasan kuasa di Mesir ini berkemungkinan ada tangan-tangan Yahudi dan Syiah yang memainkan peranannya.

Semoga kedatangan Ramadhan yang kita tunggu minggu hadapan nanti memberi sedikit ruang dan nusrah dari Allah swt kepada gerakkan dan pejuang Islam khususnya di Mesir, Syiria dan juga lain-lain tempat dan kita tersangat yakin bahawa Islam pasti dan pasti akan mengambil tempat. InsyaAllah.

Wallahualam

Wednesday, July 3, 2013

Program Ramadhan 1434




02 Jul 2013 (Sel) : Kuliah Hadis Dia ambang Ramadhan Al Amin.
O3 Jul 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
04 Jul 2013 (Kha) : Program Khas Ramadhan Unifield Inter’l College
05 Jul 2013 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
06 Jul 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
06 Jul 2013 (Sab) : Ceramah Di Ambang Ramadhan Tmn Cempaka F 1

07 Jul 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 Gadong Home.
07 Jul 2013 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
08 Jul 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusof The, Pedas
09 Jul 2013 (Sel) : Terawikh Pertama Bersama Hafiz Al Amin
10 Jul 2013 (Rab) : Berbuka Pertama Ramadhan Bersama Keluarga
11 Jul 2013 (Kha) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama

12 Jul 2013 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Desa Melor
13 Jul 2013 (Sab) :  Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin  
13 Jul 2013 (Sab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Heght
14 Jul 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Rembau Utama
15 Jul 2013 (Isn) : Kuliah Tgh Hari Bahrul Maazi Jld.3 Hangger 6 KLIA
15 Jul 2013 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya.

16 Jul 2013 (Sel) : Kuliah Tgh Hari Kilang Infineon, Melaka
16 Jul 2013 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Homes
17 Jul 2013 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
18 Jul 2013 (Kha) : Tazkirah Ramadhan Al Qudwah G/Street Homes
19 Jul 2013 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Seri Pagi
20 Jul 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin  

20 Jul 2013 (Sab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang
21 Jul 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Rasah Kemayan
22 Jul 2013 (Isn) : Kuliah Tgh Hari Bahrul Maazi Hanger 6, KLIA
22 Jul 2013 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Desa Melor
23 Jul 2013 (Sel) : Kekosongan Untuk Lavender Height
24 Jul 2013 (Rab) :  Tazkirah Ramadhan Masjid Yusof The, Pedas

25 Jul 2013 (Kha) :  Tazkirah Ramadhan Lavender Height
26 Jul 2013 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Seri Pagi
27 Jul 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin  
27 Jul 2013 (Sab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama
28 Jul 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Homes
28 Jul 2013 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang.

29 Jul 2013 (Isn) : Kuliah Tgh Hari Kilang Nestle, Cembong.
29 Jul 2013 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Masjid Yusof Teh, Pedas.
30 Jul 2013 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya.
31 Jul 2013 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
01 Ogos 2013 (Kha) : Iftar Jamae Kolej A'bangsa Unifield
02 Ogos 2013 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Al Qudwah G/S Homes
03 Ogos 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 5 Al-Amin
03 Ogos 2013 (Sab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height
04 Ogos 2013 (Ahd) : Ceramah Perdana Ramadhan Al Amin
05 Ogos 2013 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Masjid Yusof The, Pedas

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin