Kajang (Harian Metro : 18/9/2013) : Dia menendang pintu
bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul
dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.
Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun
terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.
Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu,
suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya
akibat ditendang dan dipukul isterinya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang,
di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung
keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu,
mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di
ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.
“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun
oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum
mengugut untuk membelasahnya,” katanya.
Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari
wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik
utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.
“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu
bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri
di dalam bilik kerana takut dipukul.
“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita
itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang
dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.
Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa
tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak
diendahkan isterinya.
“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas
melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya
sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering
dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan
polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner
Abd Rashid Abd Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan
laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut
Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sedikit Komentar :
Cukup melucukan bila aku membaca berita di atas. Dah
terbalik, beberapa bulan yang lalu kes
suami membelasah isteri tanpa belas kasihan. Namun berita hari ini membuat kita
tersenyum bila membaca. Selama ini selalu kita menyangkakan bahawa punca
perceraian dalam kaitan belasah ini hanya suami yang membelasah isteri, tetapi
sebaliknya.
Sebelum Ramadhan yang lalu telah keluar di akhbar Arus
Perdana bahawa kedar perceraian di Malaysia sudah makin tinggi sehinggakan
kadar setiap 15 minit satu pasangan akan bercerai. Punca paling utama adalah “Facebook”.
Luahan perasaan bukan lagi kepada pasangan masing-masing namun telah berubah. Masing-masing
melepaskan perasaan di hadapan teman-teman di “Facebook”. Sepatutnya “Face to
Face” bukannya “Facebook”. Sebabnya dengan cara “Face to Face” lebih tersembunyi masaalah keluarga dan mudah
pula diselesaikan. Ianya lebih menepati kepada syariat. Kalau berlaku
perceraian atau rujuk sekali pun tidaklah akan mendatangkan malu kepada kedua
keluarga. Maruah keluarga lebih tersembunyi dan tertutup.
Kekadang bila kita amati-amati macam dah terbukti bahawa
perkahwinan melalui percintaan sebelum kahwin ini banyak yang merosakkan
daripada berkekalan. Bila dilihat kadar perceraian di atas membuktikan semua
itu. Atas sebab inilah ada sesetengah agensi kusus perkahwinan dan motivasi
berminat melaksakan kursus yang dikenali “Kursus Percintaan Selepas Perkahwinan”.
Agaknya tak lama lagi selain pengesahan HIV oleh pihak
pasangan masing-masing, mungkin perlu juga ada pengesahan dari pihak polis yang
setiap pasangan bebas dari rekod jenayah dan kaki pukul. Selain itu, sunat
melihat muka dan tapak tangan pasangan perempuan tidak lagi memadai. Perlu juga
ditambah satu lagi, ia itu melihat juga saiz penumbuk serta perlu dipastikan pasangan
perempuan yang akan dikahwini tidak terlibat dengan aktiviti “Body Builder”.
Bukanya apa, takut kes yang di atas akan berulang dan akan bertambah parah..
. ceewaah!
1 comment:
dah akhir zaman ni macam-macam terjadi ustaz....suami berhak tinggikn suara pada isteri tapi isteri tak ada hak langsng tinggikan suara pada suami apatah lagi nak pukul suami sendiri..walaupun saya perempuan tapi saya tetap tak setuju & membenci perbuatan wanita tersebut...si suami itu pun rasanya tak berjaya didik isteri menuju ke jalan Allah...kasihan lihat orang-orang sebegini...semoga Allah beri keampunan pada si isteri amin...
Post a Comment