MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, September 25, 2013

Imam Mahadi Sudah Muncul ?





Hadis Pertama :

Dari Jaber bin Abdullah ra meriwayatan,” Hampir tiba masanya tidak dibolehkan masuk kepada penduduk Iraq miski hanya satu Qafiz makanan dan satu dirham wang.” Kami bertanya,”Dari aman larangan itu?” Ia menjawab,”Dari orang ‘Ajam yang melarang hal itu.”Kemudian ia berkata ,”Hampir tiba masanya wang satu dinar dan bahan makanan satu Mud tidak dibolehkan dibawa kepada penduduk Syam .” kami bertanya ,”Dari mana larangan itu?” Ia menjawab ,”Dari Romawi. Kemudian ia diam sejenak (hunaiyyah).” Kemudian ia berkata ,”Rasulullah saw bersabda,”Pada akhir zaman umatku, akan ada seorang khlifah yang menciduk harta dengan kedua telapak tangannya beberapa kali cidukan tanpa menghitung sama sekali.” (Riwayat Muslim)

Hadis Kedua :

Sabda Rasululah saw dari Nafir dari Sahal dari ayahnya dari Abu Hurairah ra,” Irak menahan dirham dan qafiznya Syam menahan mud dan dinarnya dan Mesir menahan irdab dan dinarnya. Dan kamu sekelian kembali lagi seperti semula.Kamu sekelian kembali lagi seperti semula. Kamu sekelain kembali lagi seperti semula.”( Riwayat Muslim)

Sedikit Komentar :

Berdasarkan hadis di atas, membuktikan perkara tersebut telah berlaku dan sedang berlaku. Boleh kita fahami bahawa kalimat “kamu tidak boleh masuk kepada penduduk Iraq” bermakna bahawa kita Ahli Sunnah Wal Jummah tidak boleh masuk ke Iraq kerana “Qafiz” penguasaan ekonomi dan “Dirham” penguasaan politik dikuasai oleh orang “Ajam” . Jika kita baca hadis-hadis setelah kejatuhan Parsi, maka kita akan dapati sebutan “Ajam” yang pertama sekali yang dirujuk oleh Saidina Jaber bin Abdullah r.a ini adalah gulongan “bukan Arab” iaitu “Ajam” kepada orang-orang Parsi yang datang ke Madinah menjadi tawanan perang dan yang datang memeluk Islam apabila terjadinya perkahwinan di antara putri Parsi iaitu puteri Shahbanaz dengan Saidina Hassan r.a. Ini lah sebutan “Ajam” yang dirujuk oleh sahabat r.hum ketika itu. Faham mudah, halangan itu datang dari gulongan Syiah/Iran sekarang ini. Kerana setelah kejatuhan Saddam Hussain , kerajaan Syiah yang kedua yang terhasil di Iraq setelah Iran. Inilah yang berlaku sekarang ini.

Kalimat “Hampir tiba masanya wang satu dinar dan bahan makanan satu Mud tidak dibolehkan dibawa kepada penduduk Syam”. Juga bermakna bahawa kita Ahli Sunnah Wal Jamaah dihalangi untuk masuk ke “Syam” yang sekarang ini adalah Syiria. Juga boleh difahami bahawa ketika itu penguasaan ekonomi dan politik di kuasai orang-orang “Rom”. Kalimat “Rom” ini boleh kita fahami ianya adalah “Barat” iaitu gabungan Kristians/Yahudi sekarang. Bahasa paling mudah Eropah dan Amerika (US). Ini bermakna bahawa pasti akan terjadi pada waktu terdekat gabungan England,Perancis dan Amerika akan menyerang Syiria atas alasan senjata kimia sebagaimana yang digembar gemborkan sekarang ini.

Pada hadis yang kedua di atas, seolah-olah sambungan berkaitan penguasaan ekonomi dan politik. Ianya terjadi di Mesir juga sebagaimana yang sedang berlaku sekarang ini. Ianya bertambah jelas apabila Jeneral Sisi telah membenarkan dua batalion tentera Israel masuk ke Mesir melalui Sinai sebagaimana yang dilaporkan oleh berita beberapa minggu yang lalu. Memang berketepatan dengan hadis yang di atas adalah apa yang sebenarnya yang sedang terjadi di Iraq, Syiria dan Mesir.

Kemudian dipenghujung ayat di dalam hadis yang kedua, “Dan kamu sekelian kembali lagi seperti semula.Kamu sekelian kembali lagi seperti semula. Kamu sekelain kembali lagi seperti semula.” Apa yang penulis fahami adalah bahawa kita akan kembali balik ke zaman awal umat. Iaitu kembali ke zaman Sistem Khalifah, sistem yang hampir mirip pemerintahan khalifah yang lima dengan pemerintahan satu amir. Ianya pasti akan berlaku sebagaimana sepakat ulama-ulama.

Pada penghujung hadis yang pertama,” Rasulullah saw bersabda,”Pada akhir zaman umatku, akan ada seorang khlifah yang menciduk harta dengan kedua telapak tangannya beberapa kali cidukan tanpa menghitung sama sekali.” Jika hujung hadis kedua kita kembali semula ke pemerintahan Sistem Khalifah, maka hujung hadis yang pertama menjelas bahawa seorang khalifah itu akan muncul yang bersifat pemurah ketika setiap pemimpin dunia sibuk mengumpul harta kekayaan. Dan bagi penulis ianya adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Di dalam Bukhari dan Muslim tidak disebutkan Imam Mahdi namun riwayat yang lain khusus pemegang kitab sunan menyebut Imam Mahdi. 

Ini bermakna bahawa ketika berlaku di Iraq, berlaku di Syiria dan berlaku di Mesir seperti sekarang ini menunjukkan bahawa waktu terdekat pastinya akan muncul Imam Mahdi atau telah pun muncul tetapi belum diistiharkan lagi. Ini berat sangkaan penulis.
Habis siapa Imam Mahdi itu? Sebagaimana tulisan penulis pada posting yang lalu, sukar untuk orang awam seperti kita mengenalinya. Sebagaimana hadis hukum yang mudah kita fahami pun kita tidak ada hak untuk istibat hukum, begitu jugalah hal berkaitan Imam Mahdi. Kita memerlukan ulama keakhiratan dan penuh kerisauan atas umat yang akan kenal siapa sebenarnya Imam Mahdi ini. Sebagaimana ulama fiqah/Mujtahiden yang nampak siluk biluk hadis-hadis hukum, maka untuk Imam Mahdi yang meyelamatkan umat dan agama ini sudah semistinya ulama yang mempunyai kerisauan dan kebimbangan atas umat juga yang akan nampak semua ini.

Nasihat Penulis :

Kita akan dapati muncul lelaki-lelaki yang akan mengaku Imam Mahdi. Yahudi/Nasrani juga akan “mengklon” beberapa Imam Mahdi mereka. Kalau mereka berjaya menghantar Snuok Hongronje ke Acheh sebagai ulama hebat, mereka berjaya menghantar “perosak” merosakkan ajaran Islam menjadi fahaman Wahabi/Salafi sebagai mana yang terdapat di dalam tulisan berkala “British Spy In The Middle East”. Mereka juga merosakka fahaman masyarakat Islam satu masa dulu melalui tangan Rasyid Ridha dan Jalaluddin Al Afghani. Maka tidak mustahil mereka juga akan merosak lagi dan lagi dengan ruang munculnya Imam Mahdi ini. 

Penulis sarankan berhati-hati dengan ulama-ulama kotemporari yang sering muncul melalui gergasi berita antarabangsa seperti CNN, Reuter Al Jazira dan lain-lain dari internet. Jangan mengia seratus peratus dan jangan menolak seratus peratus TETAPI berhati-hati. Selain itu semistinya kita sibukkan diri kita dengan berulang-alik ke masjid dan surau dengan amalan masjid yang berlaku di zaman Rasulullah saw dan sahabat r.hum. Sibukkan diri kita dengan amalan “infiradi”(bersendirian) dan amalan “Istimaei”(jerjemaah) yang boleh membawa kita kepada sifat taqwa kerana dengan jalan inilah kita tidak akan tertipu dan terkena fitnah yang semakin banyak nanti.

Wallahualam.


5 comments:

Unknown said...

Assalam...boleh x saye share ustaz?

Unknown said...

Salam Hamdi,
Boleh tidak ada masaalah.Silakan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Zul fattah said...

erm.. akhirnya.. harap2 dapat mati sblum dajjal kluaq..

Syahrul said...

Trima kasih ats prkongsiaan Tuan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin