MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, September 17, 2013

Amanda : Non Muslim Memakai Jilbab




 (Amanda : Sacramento, California)



 Seminggu yang lalu apabila aku mula mencari-cari berita luar negara, terkejut aku apabila aku terbaca seorang wanita yang bukan muslimah dari Amerika berjilbab menutup auratnya. Amanda, memilih menutup aurat walau pun beliau bukan Islam semata-mata ingin merasai apa yang dirasai oleh seorang wanita Muslim.

Katanya yang berkelulusan dari Universiti Of Utah,”Saya memilih menutup wajah dan tangan saya kerana saya menyukai berbuat demikian, bukanya untuk maksud yang lain.”, sebagaimana yang diberitakan oleh “Muslimvillage”, Rabu yang lalu.

Keputusan berbuat demikian bukan kerana kebodohannya namun datang dari pengamatannya selama berkawan dengan wanita-wanita Arab di universiti tempat beliau melanjutkan pengajian PHD di dalam bidang Kajian Antarabangasa dan Arab. Selain itu melaui pembacaan serta pencarian di dalam internet berkaitan dengan jilbab menambah keinginan untuk berbuat demikian.

Pelik bin ajaib di Tanah Tumpah Darahku bumi bertuah Malaysia nan tercinta ini yang ramai berbangga dengan Islam kononnya, namun ramai pula yang bergelar Muslimah sejati tidak menutup aurat. Yang menutup pula tidak menutup dengan sempurna. Lagi bertambah pelik sanggup pula berhujjah dengan Quran dan Hadis untuk tidak menutup aurat.

Fikir-fikirkan lah.

3 comments:

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum ustaz...
Sangat menarik cerita nie...harap2 ini permulaan bagi wanita itu untuk kenali Islam dan insyaALLAH revetted to Islam tak lama lagi...

rindu...lama tak jumpa ustaz kat Ibnu Khaldun (LH)...

islam itu indah said...

seorang wanita yang masih belum menutup aurat kita kena kasihani mereka sebab mereka masih mendengar bisikan syaitai yg tidak mahu mereka menutup aurat dgn sempurna...bagi yang telah pun menutup aurat dgn smpurna jgn riak kerana ini mungkin salah satu ujian dari Allah...sejauh mana kita kuat untuk ikut apa yg Allah suruh...bagi wanita bukan muslim yg cuba-cuba berpakaian seperti wanita muslim...alhamdulillah, mungkin dakwah islam itu telah sampai pada mereka step by step...

Absleg said...

kat Malaysia ni pun ada jugak ustaz...Felixia Yeap nama dia....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin