MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, August 30, 2013

49 Kongsi Gelap : Tiga Line Diharamkan





Hari ini ( 29 Ogos 2013 ) Menteri Dalam Negeri menyatakan senarai 59 Kongsi Gelap  dan pertubohan haram akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kem.Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi.  Selepas daripada ini semua Konsi Gelap dan pertubohan haram berkenaan tidak boleh lagi mengunakan nama, logo, lambang yang biasanya pelekat di depan dan belakang kereta. Malah mereka juga tidak boleh bergerak di dalam satu pasukan. 

Di dalam senarai di atas terdapat Geng Tiga Line yang dikatakan pecahan dari PAKIDA. Berkebetulan Geng Tiga Line ini terdapat ramai teman-teman penulis khusus di Negeri Sembilan yang rata-rata mereka telah menjadi karkun (join Tabligh). Alhamdulillah ramai juga dikalangan mereka yang bergelar Abang Long dan Ayahanda yang telah keluar 4 bulan dan 40 hari di Jalan Allah. Mereka-mereka ini secara peribadi amat-amat penulis kenali dan benar-benar berubah. Mereka-mereka ini sememangnya benar-benar ingin berusaha agar “Adek-Adek” dan “Anak-Anak Baiat”  di bawah mereka berubah. Ramai juga dikalangan bawahan mereka yang telah keluar 3 hari,  namun sebagaimana yang kita sedia maklum sukar jika sekadar tiga hari untuk betul-betul berubah. Apa pun sekurang-kurangnya mereka-mereka ini mula berjinak dengan agama, hanya cuma kekurangan pembimbing sahaja.

Baru-baru ini mereka telah menjemput penulis memberi kuliah khas kepada ahli-ahli Seni Silat yang biasanya dikaitkan dengan Tiga Line di satu resort di sekitar Seremban di dalam program Jamuan Hari Raya. Agak terkejut juga penulis sebabnya ketika hadir, penulis diberitahu bahawa satu van D7 (“SB” dari Kontigen Polis Seremban) turut hadir beserta dua Trak Polis. Ketika memberi kuliah mereka mengambil gambar penulis serta merakamkan isi kuliah penulis. Bagi penulis itu tidak menjadi masaalah kerana sudah terbiasa kuliah penulis dibuat rakaman samada rakaman suara atau video. Apa yang penulis tekankan pada isi kuliah adalah betapa pentingnya agama di dalam kehidupan dan persediaan iman yang sempurna khususnya di dalam perjuangan. Maklum balas yang penulis terima nampaknya banyak yang terkesan dan bersedia untuk khuruj di Jalan Allah. Kita doakan semuga mereka dipilih oleh Allah swt.

Apa pun keinginan untuk merubah ahli-ahli di dalam PAKIDA ini telah diusahakan oleh karkun-karkun yang terlibat. Perancangan mereka akan datang adalah sebanyak mungkin Jemaah dikeluarkan dari kalangan ahli Tiga Line ini beserta orang awam. Kita doakan agar niat yang mulia kawan-kawan kita ini dikabulkan tuhan.Insyallah

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ust, tahun lepas sy keluar 40hari di kelantan, bersama dlm jemaah saya telah diattachkan sorg ayahanda, berjinak dlm kumpulan ini semenjak tahun 60an lagi tapi keluar 4bulan ipb seawal tahun awal 90an,..kira veteran pekida n juga karkun lama..

sewaktu keluar, beliau sangat2 la baik, hubungan saya dgnnya sangat akrab, seumpama mcm seorg pakcik dgn anak buah. sehingga kini masih lagi berhubungan melalui hp :)

sememangnya, usaha agama banyak merubah kehidupan seseorang, kpd kearah yg beragama dan manfaat, regardless from whatever different background you from!

abuameer said...

Alhamdulillah setakat ni dah ada 7 orang yang azam nak khuruj 3 hari pada 21,22,23hb September 2013. Mohon doa dari ustaz minta Allah pilih saya dan mereka dapat keluar.

Unknown said...

Isyaallah semoga Allah swt pilih mereka dan kita utk khuruj bulan ni. Saya akan khuruj dua kali sekali khuruj 3hari masturat.Doakan

Unknown said...

Isyaallah semoga Allah swt pilih mereka dan kita utk khuruj bulan ni. Saya akan khuruj dua kali sekali khuruj 3hari masturat.Doakan

islam itu indah said...

ustaz...berdosa tak kalau seseorang jadikan ayat al-quran & hadis itu sebagai alat atau hujuh untuk takutkan orang lain smpaikan ssoeorang itu rasa berdosa ? sampai orang yg dgr dah rasa islam itu tidak indah tapi menakutkan sebab sesetengah org gunakan ayat al-Quran & Hadis tu utk takutkn seseorang yg lain...ada ketika benda yg salah nmpk betul...benda yg betul nampak janggal...

Unknown said...

Islam itu Indah:
Firman ALlah "Yudhillu bihi kasirron Wa yahdi bihi kasiron." Maknanya dengan quran ini menjadi sumbur hidayah dan denganya juga boleh jadi sumber kesesatan.

Jika menakutkan dengan sebab azab Alah yang ada di dalam Quran maka dibolehkan tetapi perlu didahului dengan Targhib/kabar mengembirakan.Maknanya denagn "hikmah" Selain itu perlu mendatangkan harapan kepada rahmat dan kasih sayang Allah.

Jika sengaja mengunakan quran untuk menakutkan pada jalan yang salah maka ianya HARAM.

Wallahualam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin