Setakat yang penulis mengetahui hanya Turki dan pemimpinnya
sahaja yang boleh dipercayai di dalam urusan Islam dan umat Islam. Apa yang
telah berlaku di Iran pada tahun 1979 yang sesetengah dari kita menyangka
bahawa ianya satu kebangkitan Islam dan “Revolusi” yang diasaskan kepada Islam adalah meleset dan
tertipu.Ketika itu Iran dan pemimpin Iran Ayatullah Khumeni menjadi idola.
Beberapa rumah kita akan dapati gambar Ayatullah Khomeni ini akan di gantung di
ruang tamu. Tidak kurang juga naqib dan naqibah akan mencontohi pemimpin Iran di dalam usrah-usrah yang mereka kendalikan. Namun semuanya tertip, Ianya bukanlah
kebangkitan Islam yang kita sangka malah ianya adalah antara fitnah dari
beberapa fitnah besar akhir zaman untuk umat Islam. Apa tidaknya hampir 20
tahun barulah rata-rata umat Islam di bumi Malaysia ini sedar siapa sebenarnya
Iran dan Syiah ini.
Selepas dari isu Revolusi Iran itu timbul pula kejatuhan diktator
paling ganas Saddam Husain. Pada ketika itu rata-rata kita di sini menyokong
kejatuhan Sadam. Tidak kurang juga pada ketika itu akhbar-akhbar Arus Perdana
membuat liputan dan ulasan menyokong kejatuhan Saddam. Piliharaya di Irak
menjadi perhatian serta hampir kesemua setuju itulah jalan yang paling baik
mengembalikan Irak ke jalan demokrasi. Hasilnya dan rupanya satu lagi fitnah
dan malapetaka kepada Umat Islam. Satu lagi negara Syiah telah tertubuh di
dunia selepas Iran. Ini disahkan oleh pemimpin Amerika dan juga pemimpin Iran
sendiri sebagai satu anugerah pertolongan Iran membantu Amerika menjatuhkan
Taliban. Selepas itu baru kita tersedar rupanya ini adalah perancangan Syiah(Iran),Yahudi(Israel)
dan Nasrani (Barat). Terompong mulut-mulut kita semua.
Apabila umat Islam dibunuh dengan begitu zalim dan kejam di
Syria oleh puak-puak Syiah Alawi/Nusyriah barulah umat Islam tersintak. Barulah
kita tahu siapakah Syiah sebenarnya, siapakah Hizbullah sebenarnya. Kita
tertipu di sebalik serban dan jubah “Tailasah” yang dipakai oleh ayatollah serta
gambaran hidup sederhana dan zuhud serta sifat tawadhuk mereka. Kini Syiah
menjadi duri dalam daging umat Islam seluroh dunia.
Semalam 20/08/2013 Selasa Perdana Menteri Turki Rajab Tayeb
Erdogen mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku di Mesir sekarang ini
juga adalah salah satu perancangan Yahudi Israel. Beliau mengutuk keras bantuan
kewangan yang disalurkan oleh Negara-Negara Teluk kepada Regim Diktator Mesir
sekarang ini. Katanya lagi bahawa demokrasi tidak tertegak di dalam pemilihan
suara/pilihanraya di Mesir. Kenyataan ini dipetik dari kata-kata dua pemimpin
Yahudi Israel, Menteri Kehakiman Israel dan Menteri Koperat Israel sebelum Pilihanraya
Mesir yang lalu. Kata kedua menteri itu “Bahkan
jika Ikhwan Muslimin meraih kemenangan sekali pun mereka tidak akan boleh
memenangi pilihanraya kerana demokrasi tidak akan tertegak melalui pilihanraya”.
Hasilnya Turki memanggil dutanya pulang dari Mesir.
Berdasarkan sejarah, Turki tidak pernah setuju dengan
negara-negara Arab kerana kejatuhan Turki adalah asasnya dari perancangan Arab
sendiri. Bangsa Arab dan bangsa Turki tidak pernah bersama selepas kejatuhan
Kerajaan Othmaniah. Pengalaman penulis bergaul dengan orang Turki dan Arab di
Holland dan German membuktikan semua itu.
Bagi penulis setakat ini hanya Turki yang boleh dipercayai.
Kita doakan agar umat Islam akan dibantu oleh Allah swt di dalam fitnah yang
menimpa sekarang ini.
Wallahulam
2 comments:
semoga kita dilindingi dari fitnah akhir zaman da fitnah dajjal
Ustaz, bila Amerika kata nak serang Syria, saya rasa ini sekadar propaganda saja. Takkan Yahudi (USA) nak hentam Syiah (Syria) ya tak?
Post a Comment