MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, August 13, 2014

Rezeki Akan Datang Dari Berbagai Asbab



Hadis Nabi saw :
Abdullah Ibn Masud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :" Sesungguhnya Ruhul Amin (Jibrail) telah membisikkan di hatiku bahawa tiada seorang pun yang akan mati sehingga akan disempurnakan rezekinya. Maka takwalah kamu kepada Allah swt dan perindahkanlah di dalam mencarinya (rezeki). Dan jangalah kamu tergesa-gesa di dalam mendapatkan rezeki tersebut sehingga terlibat dengan maksiat kepada Allah swt. Maka sesungguhnya tidak akan terhasil (rezeki) tersebut kecuali melalui ketaatan kepadaNya." (Muntakhab Ahadis No.125)

Suatu Kisah Untuk Di Renungi :

Suatu hari ketika Ibrahim bin Adham rah berada di Mekah, beliau diberjumpai oleh seorang ulama yang dikenali sebagai Syaqiq Al Balkhi rah. Tetika mereka bertemu, Ibrahim bin Adham rah pun bertanya kepada Syaqiq Al Balkhi "Apa tujuan saudara datang kemari?

Syaqiq pun menjawab,”Ketika aku datang ke sini, aku telah melalui satu padang pasir yang cukup tandus. Di sana aku menjumpai seekor burong yang kedua sayapnya telah patah sehingga aku terfikir bagaimana ia mendapatkan rezekinya? Tiba-tiba datang seekor burong yang lain dengan membawa belalang di paruhnya dan menyuapkan burung yang patah kedua sayapnya itu dengan paruhnya. Kejadian tersebut aku ambil sebagai "ibrah" di dalam hidupku. 

Bila habis mendengar cerita itu dari Syaqiq Al Balkhi, Ibrahim pun bertanya,”Kenapa bukan kamu yang memberi makanan itu yang akan menjadikan kemu lebih mulia dari burong tadi? Tidakkah kamu pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah"? Selain itu termasuk tanda mukmin sesaorang itu adalah memilih derajat tertinggi dari dua hal dalam segala hal, hingga sampai kepada derajat orang-orang baik.”

Syaqiq pun segera memegang tangan Ibrahim dan menciumnya lantas berkata, ”Engkau adalah guru kami!” Sejak itu, Syaqiq menjadi murid dan sahabat Ibrahim bin Adham. (dalam Thabaqat Al Uliya, hal. 15)

Khulasah Kisah Di Atas :

Di dalam berusaha mencari rezeki, yang paling utama bukan banyaknya rezeki yang kita dapat tetapi keyakinan di dalam hati kita bahawa setiap ringgit yang kita dapat adalah pemberian dari Allah yang Maha Razak.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin