Metro (3 Jun 2013) hari ini memapark bahawa JAKIM sedang memantau
pergerakkan kumpulan pemegang Panji-panji Hitam Sebelah Timur. Di dalam posting
yang lalu, penulis pernah memaparkan serba sedikit kumpulan ini. Namun hari ini
JAKIM bertindak memantau bagi membendung perkara yang tidak diingini berlaku.
Setakat ini kumpulan ini telah beberapa kali cuba memasukki Istana Anak Bukit
untuk meletakkan bendera Kerajaan Langkasuka dan mengistiharkan Pewaris sebenar
Negeri Kedah secara tidak lansung.
Sebagaimana yang pernah penulis, bukan sekadar Pemegang
Panji-Panji Hitam malah akan ada sedikit hari lagi gulongan yang akan mengaku
menjadi Imam Mahdi. Ini tidak akan boleh dielak kerana masa-masa tersebut pasti
akan datang dan berlaku. Cuma di sisi kita perlu memastikan kebenaran dan
sebenarnya Imam Mahdi dan juga pemegang Panji-Panji Hitam. Agar jangan ada yang
tertipu. Malah kalau diperhitungkan jika yang muncul Pemegang Panji-Panji Hitam
dan Imam Mahdi yang sebenar pun akan ada tentangan dari pihak-pihak tertentu.Ini
bersabit dari hadis Nabi saw dan dihujjah oleh Syeikh Isa Daud.
Bagi kita sebagaimana posting penulis yang lalu, kita
memerlukan pengesahan dari ulama muktabar tentang kedudukkan sebenar Pemegang
Panji-Panji Hitam sebelah Timur dan juga siapa sebenarnya Imam Mahdi. Ini kerana
pengetahuan dan kefahaman kita berkaitan hal ini amat-amat terbatas miski pun
kita boleh memahami Hadis denga baik.
Wallahulalm
No comments:
Post a Comment