MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, June 14, 2013

Hizbullah Adalah Hizbusyaitan : Yusof Al-Qaradawi




DOHA: Ulama terkemuka dari Qatar, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyatakan gerakan Hizbullah di Lebanon sebagai ''partai setan'' yang berusaha mengujudkan perpecahan antara umat Islam.Beliau yang menjawat jawatan Presiden Persatuan Cendekiawan Islam Antarabangsa turut menyuarakan kekecewaannya karena sebelum ini beliau pernah membela gerakan itu dan membela Ripablik Islam Iran ketika sebagian besar ulama Islam menyuarakan kecurigaannya terhadap Hizbullah di wilayah ini.

"Ketika Hizbullah bertempur melawan Israel, saya mempertahankannya dan saya menentang ulama Arab Saudi yang mengingatkan tentang rancangan Hizbullah yang ingin memecah belah umat Islam.”
"(tetapi sekarang) Mereka Hizbullah yang berjuang melawan rakyat Suriah dan mereka Hizbullah adalah partai setan," katanya dalam sebuah wawancara dengan al-Arabiya yang terbitkanpada Ahad yang lalu 9/6/2013 ( Sumber :Cyber Sabili Dengan Sedikit Olahan)

 Sedikit Komentar :

Akhir-akhir ini memang telah terbukti bahawa Iran, Iraq dan Israel telah berada di dalam pakatan Syiah Israel untuk menghancurkan Dunia Islam. Tersembunyi di dalam nama “Republik Islam Iran” ,Hizbullah, Serban dan janggut serta bertudung lingkup hakikatnya adalah gunting di dalam lipatan. Pembunuhan yang berlaku di Syria serta pembunuhan anak-anak kecil telah membuktikan bahawa siapakah sebenarnya Syiah yang sedikit masa dahulu dipuja-puja oleh segelintir Umat Islam dan NGO Islam di Malaysia. Ditambah pula dengan pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi seolah-olah menyokong perjuangan Syiah Iran dan Hizbullah ketika itu. Bukan sahaja Syeikh Yusof al-Qadarawi yang tersilap malah ramai ulama-ulama Sunni ketika itu yang tertipu dengan kaedah pendekatan yang dikenali sebagai “Taghribul Mazaahib” (Pendekatan Mazahab) oleh Iran kesemua negara-negara Islam ketika itu.

Seingat penulis satu seminar telah diadakan sekitar 1985 di satu hotel di Kuala Lumpur berkaitan pendekatan Sunni /Syiah ketika itu. Ramai pemikir Islam dari menara gading di Malaysia telah hadir dan ada di antara mereka yang terlibat secara langsung dan kini menjadi pendukung kuat Syiah. Seingat penulis ramai di kalangan ulama di dalam Persatuan Ulama Malaysia yang terlibat dan termasuk juga Akademik Islam Universiti Malaya juga ada yang terlibat ketika itu. Begitulah penipuan Syiah sehinggakan ramai dari mereka-mereka yang berfikrah Islam sanggup menghantar anak-anak mereka ke Pakistan dan langsung ke Iran untuk mempelajari ajaran Syiah. Kini ramai dikalangan mereka-mereka bekerja di kedutaan Iran Kuala Lumpur.

Pembongkaran demi pembongkaran dibuat oleh ulama-ulama yang menyedari bahaya Syiah ini dan akhirnya segala-galanya telah terbongkar. Peringkat awal sekitar 1980an ulama-ulama Benua India lah yang membongkar fitnah Syiah ini, antaranya Syaikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani , Dr Ehsan Elahi Zahir dengan tiga buah buku beliau yang begitu terkenal dan Maulana Manzoor Nokmani. Selepas itu barulah ulama-ulama Arab seperti Syeikh Said Hawa dan juga Syeikh Al Khatib. Sebab utama ulama Benua India lebih dahulu menyedari fitnah Syiah ini kerana Benua India begitu sinonim dengan Syiah dan ajarannya selain mereka mahir dengan kitab-kitab Parsi serta telah terbiasa dengan kelompok Syiah.

Di Malaysia ketika itu kekosongan dengan ulama yang begitu mahir dengan ajaran Syiah. Atas sebab inilah apabila datang delegasi Iran menjemput ulama-ulama kita berkunjung ke Iran maka ramai yang tidak menyedari perancangan ini. Sehinggalah Maulana Asri bin Yusof pulang dari India apabila selesai menuntut di Darul Ulum di sana dan menjawab beberapa isu Syiah apabila kerajaan menangkap Abu Thalib As Salafi.

Terkini ulama Islam telah menfatwakan bahawa mana-mana Umat Islam yang mati di dalam perjuangan di Bumi Syria kematiannya dikira sebagai mati syahid dan dikira sebagai syuhada. Malah hari ini Jumaat (14/6/2013) semua Umat Islam diminta untuk berkumpul di kedutaan Syiria di Kuala Lumpur membuat bantahan di atas pembunuhan ribuan mereka-mereka yang tidak bersalah termasuk anak-anak kecil.

Syria pasti dan pasti akan jatuh ke tangan Sunni kerana ini dibuktikan dengan hadis Nabi saw bahawa tempat terbaik di akhir zaman adalah Syria dan lagi Imam Mahdi serta Nabi Isa as akan berada di sana.

Sama-sama kita doakan agar mereka segera mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah swt. IsyaAllah.


1 comment:

Unknown said...

Dalam perubahan keadaan dunia hari ini, macam peperangan, gempa bumi dan dsbnya...tapi sangat sedikit manusia yang ambil iktibar...termasuk saya ni...masih bertunda2 untuk taubat, istighfar dan beramal dengan amalan soleh seperti sunnah nabi kita...semoga kita semua segera kembali..doakan saya ya ustaz..

Hujung tahun lepas saya ada keluar tempat ustaz..kalau sudi kirimkan salam saya pada husaini dan yang lain2...atas nusrah..

Nazriy kajang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin