MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, July 4, 2013

Rampasan Kuasa Di Mesir : Adakah Kegagalan Sistem Demokrasi?


"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raajiun"
 Kekadang jika difikirkan dan direnungi kejadian rampasan kuasa di Mesir semalam sememang membuktikan kebenaran kata-kata Syeikh Abul Hassan Ali An Nadwi, Qadhi Wazir Pakistan, Syeikh Muhammad Qutb, Abu Lurwah Al Lubnani dan lain-lain ulama sealiran mereka bahawa sistem politik demokrasi bukanlah sistem yang berdasarkan syariah dan sunnah kerana ianya tidak dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan sahabat rahum. Selama ianya bukan dari syariat selama itu ianya tidak akan boleh menaikkan Islam dan memertabatkan Islam.

Sistem demokrasi berparlimen yang di asaskan oleh Lord Reid seorang Yahudi tegar, telah dipraktikan di sebahagian besar negara dan juga negara-negara Islam khususnya Negara-negara Jajahan Barat. Sistem ini tidak pernah memberi kemenangan kepada parti Islam atau beraliran Islam. Kalau menang pun ianya bersifat sementara untuk mencari ruang oleh Yahudi dan gerakkannya untuk menjatuhkannya semula. Sebagai contoh Parti FIS yang menang besar di Algeria digulingkan oleh tentera beberapa tahun yang lalu. Begitu juga dengan Parti Refa'ah di Turki yang mendapat kemenangan namun juga dinafikan kemenangan oleh pihat tentera. Setelah bertukar kepada Parti Pembangunan barulah diakui dan direstui setelah mendapat kemenangan. Namun masih terbatas di dalam melaksanakan aktiviti dan peraturan agama. Maknanya selama atas nama Islam ianya akan dinafikan.

Kini giliran Mesir pula yang menjadi mangsa sistem demokrasi ini. Parti Islam Ikhwanul Muslimin yang mendapat kemenangan hanya diberi peluang memerintah hanya setahun. Hari ini Parti Islam ini digulingkan kerana sistem ini tidak sekali-kali akan membenarkan Islam berkembang dan berkuasa.

Apakah rampasan kuasa ini akan menjadi pertanda permulaan peperangan di negara-negara teluk ini. Jika kita selidikkan pendapat sesetengah tokoh-tokoh agama yang mengatakan bahawa tahun 2013 ini bermulanya era peperangan yang akan membawa kepada kebangkitan Islam. Apakah kerana amaran Morsi kepada Hizbullah (baca HizbutSyaitan) dan Syiria menjadi petanda titik tolak rampasan kuasa ini? Jika inilah yang menjadi sebab maknanya dibelakang rampasan kuasa di Mesir ini berkemungkinan ada tangan-tangan Yahudi dan Syiah yang memainkan peranannya.

Semoga kedatangan Ramadhan yang kita tunggu minggu hadapan nanti memberi sedikit ruang dan nusrah dari Allah swt kepada gerakkan dan pejuang Islam khususnya di Mesir, Syiria dan juga lain-lain tempat dan kita tersangat yakin bahawa Islam pasti dan pasti akan mengambil tempat. InsyaAllah.

Wallahualam

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin