MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 23, 2013

Drebar Bas Kesal Menang Loteri - Metro 23 April 2013



London: Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.“Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang. 

Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan. Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire. Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire. Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain. 

“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.
Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. “Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.

Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa. Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.
Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail

Komen Penulis :

Allah swt Tuhan Yang Maha Agung tidak pernah meletakkan kebahagian di dalam sesuatu yang haram. Di dalam kekayaan yang datang dari sumber yang haram tidak pernah memberi kebahagian sama ada pada mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, apa lagi kepada mereka-mereka yang beriman. Lihatlah di dalam kekayaan dan kemewahan bukan kepada mereka di atas sahaja malah kepada mereka-mereka yang sebelum mereka pun tidak pernah bahagia dengan sumber yang haram. Sebagaimana berlaku kepada J.Paul Getty antara orang yang paling kaya awal kurun ke 19. Bukan dirinya sahaja hancur malah seluruh keluarga Dinasty Getty pun turut hancur sehingga tidak ada lagi keturunan beliau.

Ianya tidak terbatas kepada kekayaan malah di dalam kekuasaan dan pangkat juga terbukti tidak membahagiakan sesiapa pun melainkan mereka berlaku adil. Adil ini bukan sekadar bercakap tentang keadilan malah bertidak dan nampak ianya adil. Dan adil ini bukan pada kacamata manusia tetapi adalah berlandaskan syariat. Sebagai contoh keatas mereka yang tidak Islam dikenakan cukai (Jizyah) dan ke atas yang Islam dikenakan zakat. Selepas itu tidak ada lagi cukai yang lain yang dikenakan seperti Cukai Impot, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan lain-lain. Inilah yang dikatakan adil di dalam Islam.

Berita di atas cukup baik bagi kaki judi ekor dan loteri bahawa selama duit hasil yang haram maka selama itu ianya tidak pernah membahagiakan dan memeberi kesenangan.

Wallahualam.

3 comments:

Absleg said...

Assalamualaikum...

Saya cukup tertarik dengan dakwah aktif yg ustaz buat. Memang tanggungjawab dakwah tu pada semua orang, tapi yg berjumpa orang sebut satu satu dakwah tu..tu yg kurang.

Pendek cerita gini jelah...
saya nak cerita, saya ni teringin sangat nak ikut contoh kelembutan Nabi Muhammad saw....kalau kita faham sirahnya...nampaklah baginda seorang yg pemaaf, lembut dengan SEMUA orang. Tak kiralah, orang tu dah cekik baginda ke, maki hamun ke, baling batu ke...apa je lah.Lepas tu,tetap Nabi fokus nak sampaikan dawah pada sesiapa pun, termasuklah orang yg sakitkan baginda tadi.
Saya pun nak lah ikut Nabi dalam nak sampaikan dawah pada orang ni...ha...tu yg saya cuba upgrade PR skill tu.

TAPI bila saya duduk dalam masyarakat, ada aje...stranger nak bikin panas. Biasa je lah...everyday people punya cerita...jenis potong line beratur la, jenis hon ikut suka ke, etc etc.
Pernah saya stop kan orang yg hon saya, pernah jugak saya nak tergaduh dengan orang potong line ni....haish...bila lepas tu, baru terfikir, kalau macam ni sikap aku, sanggup ke aku nak berdakwah pada orang2 yg macam ni, lepas ni...

Kalau kita tak agresif sekali, alamat kena telan dgn orang la...
tapi kalau kita agresif, maka payahlah nak tengok orang ramai, macam cara Nabi tengok orang ramai.


Harap ustaz boleh memberi pendapat...

Unknown said...

Kolo Yuji,
Salam,

Dari Aisyah rha bersabda Rasulullah saw ," Wahai Aisyah, Allah swt bersifat lunak dan menyukai orang yang bersifat lunak.Dan Dia akan kurniakan sifat lunak itu kepada kepada orang yang lunak dan tidak memberi kepada mereka yang kasar.Dan dia tidak memberi selain mereka yang lunak." (Mahfum Hadis- muslim)

Juga dari Aisyah rha sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda," Sesiapa yang diberi sebahagian dari sifat lunak seumpama diberi dari kebaikan dunia dan akhirat. Dan sesiapa yang diharamkan dari sifat lunak maka ianya terharam (terjauh) dari kebaikan dunia dan akhirat." (Mahfum Hadis- Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas, sifat lunak ini susah untuk datang kepada kita melainkan kita menelan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain.(Wa kazimi nal khaiz wa a'fina aninnas). Justeru itu perlu kita banyak berdoa dan sentiasa berada di dalam jaulah (Umumi atau khususi) maka sifat ini akan terhasil.Insyallah

Wallahulam

Absleg said...

Waalaikumussalam

Terima kasih ustaz kerana memberi jawapan...ya~saya akan praktikkannya..InshaAllah
Doa dan sentiasa berada dalam jaulah.
Terima kasih ya Ustaz.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin