MAKLUMAN :


widgeo.net

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA PENGUNJONG BLOG

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Dan Tazkirah Bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki


BERGAMBAR BERSAMA AJK SURAU AL-AMIN


TAZKIRAH SELEPAS TERAWIH


SUMBANGAN CENDRAHATI UNTUK SYEIKH


HADIRIN SEDANG KHUSYUK MENDENGAR TAZKIRAH


BERBUKA BERSAMA SYEIKH


SYEIKH BERAMAH MESRA DENGAN KARKUN KAWASAN SENAWANG

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhon Di Station 1430


Gerabak “Sinaran Ramadhon” telah pun singgah di station 1430
Ianya di sambut mesra oleh penumpang
Yang menunggunya setelah berlalu “Sinaran Rejab”
Juga telah berlalu “Sinaran Sya’ban”

Indah dan cantik sekali hiasan station ini
Lampu neon dan bunga-bungaan memenohi setiap ruang
Bau semerbak kasturi di setiap sudut

Pelayannya yang cantik dengan pakaian indah
Beramah mesra dangan senyuman
Turun menjamu dengan juadah “Keampunan”
Mengagihkan hemper “kerahiman”
Menghulurkan sijil “Kebebasan”

Tergelak aku melihat sikecil . . .
Girang ketawa dengan mulut penuh Juadah “Kerahiman”
Tersenyum aku melihat situa. . . .
Mendukung Hemper “Keampunan” dengan senyum kepuasan
Tersipu aku melihat gadis pingitan . . . .
Bergambar kegirangan pamirkan Sijil “kebebasan” di tangan.

Kini di penghujung acara . . . .
Mencari pemenang cabutan bertuah. . .
“Lailatul Qadar”

Namun di sudut seberang sana
Kelihatan Sirambut Beruban kelaparan
Anak Muda Punk kedahagaan
Gadis Ranggi kesejukan

Apakah kita akan biarkan mereka
Dengan kelaparan berpanjangan ?
Dengan kedahagaan berterusan ?
Dengan kesejukan ke Tulang Hitam ?

Demi Tuhan,
Kasihanilah mereka
Pimpinlah mereka
Bersama menikmati dan memiliki
Juadah “kerahiman”
Hemper “Keampunan”
Juga Sijil “Kebebasan”
Sebelum Gerabak ini berlalu pergi.

Agar kita menjadi pemenang . . .
Cabutan bertuah yang dijanjikan.

Ilham:
Al-Alorstari : Saat melelapkan mata ketika Iktikaf

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama


Tarikh : 13 September 2009

Masa : 7.15 malam

Jemputan Khas : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki

Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2 /Rose Mewah, Senawang, N. Sembilan.

Aturcara :

- Bebuka Puasa

- Solat Maghrib

- Tazkirah Ramadhon oleh Syeikh Muhammad Nuruddin.

- Solat Insya'

- Solat Tarawikh ( Khatam Quran )

- Majlis Penutun dan Moreh.

Semua DiJemput Hadir.

Sunday, September 6, 2009

Antara Juadah Kita Dan Juadah Mereka


Baru-baru ini sewaktu keluar tiga hari di satu marhalah di dalam kawasan Senawang, terasa amat seronok kerana beberapa karkun yang telah ‘sejuk’ kembali balek meneruskan usaha agama seperti biasa. Selain itu beberapa orang yang sering berada di dalam majlis ilmu yang aku kendalikan juga ikut keluar pertama kali 3 hari. Mungkin juga kerana doa rakan seusaha yang sungguh-sungguh menyebabkan mereka terpilih. Di dalam keseronokan itu ketika menjamu selera berbuka puasa, maka aku terbayang kemewahan di Malaysia bumi bertuah kita.

Apa tidaknya melihat bermata-mata juadah berbuka puasa, antaranya : Ayam Tanduri, Ayam Masak Cili Api, Martabak hampir 70 keping, Roti Bom 20 keping, Agar-agar Cendol 2 tray, Karipap, Pohpia Goreng, Pohpia Basah, Tepung Pelita, Tahu Sumbat, Mee Goreng, Meehon Goreng, Teh Tarik, Teh O, Air Tembikai, bebagai jenis buah-buahan. Ini semua mengingatkan penulis kehidupan mereka-mereka di sesetengah negara yang tidak semewah negara kita sewaktu pengalaman khuruj di Jalan Allah.

Pengalaman Di Pergunungan Pachitan, Jawa, Indonesia

Kami keluar di sini pada tahu 2004 yang lalu. Ianya adalah kawasan pengunungan tinggi sekitar 6,000 kaki dari paras laut. Tempatnya sejuk dan kalau petang hingga ke malam ianya bertambah sejuk. Sesekali di waktu pagi awan putih akan bergerak dan masuk melalui tingkap masjid dan keluar di tingkap sebelah sana. Masjid itu kebetulan berada di tebing lereng gunung. Pemandangan cukup indah dengan sawah-sawah terbentang di lereng-lereng bukit dengan sesekali bunyi air mengalir di antara lurah-lurah di bahagian lereng bawah masjid. Sayup-sayup kedengaran suara anak-anak hilai ketawa mengikuti ‘mbah’ (Nenek) di permatang anak sungai membasuh kain. Di hujong atap, embun menitik serta kabut yang mengurangkan jarak pandangan. Paling seronok ketika ini adalah ‘tidur’. Di dalam kepanasan ‘sleeping bag’ aku berbaring dengan mata terpejam tapi masih tak mahu lelap. Ahli Jemaah yang lain dah ada yang berdengkur. Bunyi dengkuran kekadang menenggelamkan bunyi hilaitawa anak-anak di permatang. Antara lelap dengan tidak tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang memberi salam, “Salamualaikum Pak Ustaz ! yoh kita khususi,”sambil hujung kaki aku ditarik sedikit. “Alaikumsalam” jawab aku sambil bingkas bangun tapi dalam hati tuhan yang tahu punya le malas aku nak khususi. “ Kemana kita khususi pagi begini, pak?” tanya aku bersungguh-sungguh tapi kat dalam hati tidur lae sodap kata orang Nogori. “ Ngak jauh pak, hanya di sebelah sana”. Jawab kenalan orang tempatan tu. “Yah siap, ayoh kita” jawab aku sambil mencapai kain serban yang sememangnya aku buat sebagai ridak.

Kami meneruni bukit-bukit kecil serta mendaki beberapa lagi anak-anak bukit. Termengah-mengah aku, namun teman aku orang tempatan selamba je. Sesekali dia jauh meninggalkan aku.”Tunggu aku pak, macet aku,” sambil tercungap-cungap nafas aku memanggil teman aku itu. “Ah! Ngak jauh, hanya di sebalik bukit itu aja,” jelas temanku itu. Bila melihat ke tempat yang ditunjuk oleh temanku itu, dalam hati aku, “ Maak Ooi! Jauhnya”. Begitulah ragam orang Malaysia yang ke sana ke mari semuanya dengan kenderaan masing-masing, bila susah payah begini kekadang tak terdaya kita hadapinya.

Kami sampai di rumah berkenaan kira-kira hampir setengah jam perjalanan. Rumah-rumah di sana antara satu dengan yang lain agak jauh terpisah. Sambil melepaskan nafas, aku melihat sekeliling rumah berkenaan. Ianya terletak di lereng gunung seperti rumah-rumah yang lain. Keliling rumah hampir semuanya dipenuhi dengan pokok ubi kayu selain di bahagian bawahnya sawah berpetak-petak.Hanya satu dua pokok-pokok yang lain yang di tanam mencelah pokok ubi kayu. Bahagian hadapan laman ditanam dengan pokok-pokok kopi dan sedikit pokok timun yang telah pun ada sebiji dua buahnya. Di bahagian atas bumbung terdapat ubi kayu yang dijemur.

Temanku memberi salam lalu kami dijemput masuk. Tuan rumah begitu suka dengan kedatangan kami apalagi bila mendapat tahu orang Malaysia yang datang menjenguk teratak buruknya. Jemaah Malaysia memang tak ada yang sampai hanya dua jemaah iaitu jemaah kami dan satu jemaah sebelumnya namun mereka berusaha di kawasan kampong yang lain.

Rumah yang aku ziarah ini terlalu ‘simple’. Ianya berdindingkan buloh yang dianyam. Lantainya tanah. Tingkap-tingkapnya hanya ditutup di malam hari dengan guni padi yang lusuh. Kami duduk di atas bangku kayu tetapi sebenarnya hanyalah kayu lama yang dibuat sebagai bangku. Tuan rumah menjamu aku dan temanku buah timun yang dipotong-potong kecil serta air kopi kampong yang ditumbuk di belakang rumah. Itulah juadah yang paling menyelerakan rasanya untuk tetamu. Aku menjamah dengan wajah kesukaan namun di dalam hati tersimpan kesedihan yang teramat. Betapa mereka dihimpit kemiskinan dengan makanan yang hanya sekadar menutup kelaparan. Aku bertanyakan apa tujuan ubi kayu yang dijemur di luar. Jawab tuan rumah ianya dibuat nasi. Ubi itu akan di tumbuk dan dimasak sebagai nasi. Itulah makanan harian mereka, hanya sesekali sahaja memakan nasi seperti kita. Padi yang ditanam di lereng bukit dan gunung itu untuk dijual.

Melihat keadaan begini ego dan sombong aku runtuh sehingga tidak sedar air mata mengalir di pipi tanpa disedari. Kita terlalu mewah dengan makanan dengan minuman dan dengan pakaian, kenderaan yang cantik-cantik. Bagi mereka hanya memikirkan persoalan apa yang nak dimakan walau pun hanya dengan nasi ubi kayu.

Pengalaman di Banglore, India.

Tahun 1992 , aku datang ke Banglore dengan jemaah lelaki 4 bulan walaupun 3 tahun sebelumnya aku telah sampai dengan Jemaah Masturat. Ketika aku di masjid sedang melakukan amalan ‘infradi’ selepas solat Insya’ seorang teman orang tempatan mengajak aku untuk keluar khususi. Sebelun ini sudah beberapa kali dia datang mengajak aku namun aku dibawa oleh teman yang lain walau pun ia berkeras untuk membawa aku khususi. Namun kali ini ‘amer sahab’ membenarkan dan jelas tergambar keriangan di wajahnya. Aku pun tak tahu apa sebab yang ia minat sangat nak bawa aku khususi. Kami pergi di satu kawasan menziarahi beberapa orang. Kawasan itu adalah kawasan penempatan orang-orang miskin. Kerja harian mereka membuat rokok Bidi (rokok dari daun yang dibalut). Bila melihat rumah-rumah mereka sudah tergambar kemiskinan hidup mereka. Rumah dari tanah liat, dinding sampai mencecah atap dari tanah liat. Syiling tidak ada manakala bumbungnya dari daun pokok seperti rumbia ditempat kita. Bahagian luar rumah bertampal-tampal tahi lembu yang dikeringkan untuk digunakan sebagai bahan bakar. Bila masuk ke rumah walau pun telah malam namun seisi keluarga masih membuat rokok bidi. Pendapatan harian hanyalah beberapa rupee yang sememangnya tidak mencukupi keperluan hidup. Apa yang mereka makan hanyalah Roti Nan yang agak keras dengan kuah berlaukkan kacang kuda. Itulah makanan mereka yang kadang-kadang tidak mencukupi seisi keluarnga.

Sekali lagi ego dan sombong aku runtoh melihat kemiskinan mereka. Apabila sampai waktu yang sesuai, aku mengajak teman aku pulang ke masjid. Sambil memboceng skuternya ia membawa aku kesatu tempat bukan ke masjid. Bila aku bertanya ke mana nak ditujui. Jawabnya seperti biasa orang-orang India sebut, “ Eak minit bhai sahab ! Eak minit bhai sahab! Mere ghar ko jao.” Jawabnya. Rupanya dia nak ajak aku ke rumahnya. Sesampai aku di rumahnya ia memberi salam pada isterinya dan aku menunggu beberapa minit di luar. Bila semua sudah siap agaknya aku di jemput masuk. Rupanya dia menyediakan aku ikan goreng berempah. Ikan goreng itu aku ratah begitu sahaja sambil dia memerhatikan aku makan. Ikan tu ikan sungai, Banglore adalah satu bandar yang jauh dari laut. Jadi mungkin sebab dia mendapat tahu yang orang Malaysia suka makan ikan maka dia menyediakan ikan goreng tersebut pada aku. Ikan goreng tu aku ratah dengan minuman air kosong. Sebenarnya ikan itu aku tak lalu pun sebab baunya, maklumlah ikan sungai namun aku makan juga beberapa keping. Mungkin inilah sebabnya yang ia beriaria mengajak aku khususi. Wajahnya begitu suka melihat aku makan sambil bersungguh-sungguh menyuroh aku menghabiskan baki ikan yang masih ada. Namun aku faham, ikan itu jangan dihabiskan kerana selepas kita berlalu pergi sisa makanan kita itu akan di habiskan oleh isteri dan anak-anak mereka. Mereka memahami nilai tetamu.

Targhib :

Saudara saudari semua, di dalam kita menjamu selera yang berbagai-bagai ketika berbuka puasa sedarilah kita bahawa ada mereka-mereka di luar sana yang kekurangan makanan. Yang dihimpit kemiskinan berpanjangan. Ingatlah kepada mereka yang kekurangan khususnya asnaf yang lapan di akhir Ramadhon dan awal Syawal nanti. Untuk itu bayarlah fitrah dengan satu perasaan dalaman akan nikmat Allah ke atas kita.

Wallahu’alam

Thursday, September 3, 2009

Umat Islam U.S Sewa Sinagog Selama Ramadhan


Disebabkan kadar kemasukan kepada agama Islam yang begitu pesat di Amarika Syarikat, maka ianya menyebabkan masjid-masjid yang sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah penganut Islam yang makin bertambah hari demi hari. Ruang-ruang yang sedia ada juga telah telah digunapakai secara maxima. Lanjutan dari itu komuniti umat Islam di sana terpaksa menyewa sinagong-sinagong Yahudi untuk dijadikan tempat solat sepanjang sepanjang bulan Ramadhon tahun ini.

Di daerah Reston, Virginia sebuah sinagong telah dibuka bagi umat Islam melaksanakan solat sepanjang Ramadhon khususnya untuk solat Tarawikh sebagaimana yang dipaparkan di dalam Washington Post.

“Sebagaimana umat Kristian mempunyai bulan suci mereka Paskah Kristian, Umat Yahudi dengan bulan suci mereka Hanukkah, maka kami juga umat Islam mepunyai bulan yang suci iaitu bulan Ramadhon,” jelas Imam Johari Abdul Malek salah seorang Jawatan Kuasa Masjid Dar Al-Hijrah di gereja Falls kepada washington Post.

Mengikut satu kajian dari Trinity College, jumlah populasi umat Islam di Amarika Syarikat meningkat dua kali ganda semejak 1990 lagi. Masaalah besar bagi mereka adalah pembinaan masjid.

Berdasarkan apa yang berlaku, salah seorang kepimpinan Yahudi di daerah berkenaan Rabbi Robert Nosanchuk menyatakan bahawa, “ Nabi Yahya (Yesaya) mengatakan bahawa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang saya tidak tahu apa yang dapat dibayangkan oleh Nabi Yahya bila sekarang ini sinagong telah menjadi tempat ibadat umat Islam selama bulan Ramadhon.” Namun idea dasarnya datang dari kata-kata Nabi Yahya a.s.

Masjid yang dapat menampung 4000 jamaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, namun sampai sekarang masih belum mampu membina ruang ibadat yang baharu dibebabkan beberapa masaalah setempat.

Targhib :

Itu di tempat orang, namun di tempat sendiri jemaah terawikh makin berkurang. Pada minggu awal Ramadhon jemaah melimpah ruah namun kini dan beberapa hari akan datang yang jelas makin berkurangan. Terawikhlah yang betul-betul “Maju Ke Hadapan”. Apa tidaknya dari 7,8 saf “Maju Ke Hadapan” menjadi hanya 3,4 saf sahaja. Mana silap kita?

Mungkinkah kerana kita memeriahkan Ramadhon dengan cara kita bukan dengan cara Junjungan Nabi saw. Yang makin ramai adalah Pasar Ramadhon, Pasar Tani Ramadhon, Pasar Malam “Dawntown” yang pengunjungnya begitu ramai seolah-olah tidak tidur malam. Makin akhir semakin banyak rahmat, keampunan dan mendekati LailtulQadar. Namun yang betul-betul mencarinya terlalu sedikit. Begitulah resmi amalan!

Sama-sama kita fikirkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin