
Metro Hari ini.
2010/04/22
KUALA LUMPUR: Wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan persekitaran dan perlu ditemani mahram terutama ketika perlu berjumpa seseorang lelaki secara peribadi biarpun doktor yang merawatnya, supaya tidak mudah menjadi sasaran 'manusia pelik' yang mempunyai nafsu luar biasa.
Perunding Psikologi K&A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan, berkata wanita perlu sentiasa peka dengan persekitarannya dan tidak mudah mempercayai orang, apalagi yang membabitkan tubuhnya.
Beliau berkata, ini kerana ada lelaki yang mempunyai nafsu pelik yang pelbagai, dikenali sebagai 'fetish' atau 'voyeur', dan mereka hanya merasa puas secara seksual selepas mengintai perlakuan atau melihat barangan peribadi milik wanita.
Katanya, ada pelbagai minat seksual yang kadang-kala wanita tidak terfikir, antaranya ada lelaki terangsang apabila melihat wanita mengandung, wanita berpakaian jururawat atau pramugari dan tidak kurang pula boleh terangsang apabila melihat wanita berlagak ala lelaki atau ‘tomboy’.
“Mungkin pelik pada kita tetapi ada lelaki yang melihat beg wanita pun boleh rasa terangsang, apalagi jika melihat pakaian dalam yang dijemur di ampaian.
“Ada pula yang melihat kasut atau stokin wanita pun boleh terangsang, oleh itu wanita perlu sentiasa berhati-hati atau lebih baik ditemani mahram ke mana-mana supaya tidak menjadi mangsa lelaki yang bernafsu pelik seperti ini.
“Bukan setakat mencabul, malah ada rekod yang menunjukkan lelaki bernafsu pelik ini boleh sampai tahap merogol kerana tidak dapat membendung nafsu mereka,” katanya.
Beliau merujuk laporan Harian Metro semalam mengenai seorang lelaki yang menyamar doktor dan merayau di wad bersalin ketika waktu melawat, semata-mata untuk mencabul wanita mengandung.
______________________________________
Sedikit Targhib :
Perkara sebegini sepatutnya tidak timbul kerana Islam telah pun mengajar kepada wanita-wanitanya adab-adab. Masaalah yang paling besar adalah kerana kita sendiri yang tidak menghayatinya. Bila ini berlaku, maka hasilnya adalah sebagaiman yang kita lihat sekarang ini. Jenayah sexual yang begitu tinggi.
Hadis I :
Dari Jabir ra bahawa Ummul Mukminin ,Ummu Salamah rha meminta izin Nabi saw untuk berbekam. Maka Rasululluh saw memerintah Abu Taibah untuk membekam. Kemudian Jabir berkata , “ Saya menduga bahawa Abu Taibah adalah saudara susuan Ummu Salamah atau dia adalah anak lelaki yang belum baligh”. (Riwayat Muslim)
Hadis di atas membuktikan bahawa pemeliharaan aurat telah dititik beratkan oleh Islam sejak dahulu lagi di dalam permasaalahan pegubatan.
Hari berapa ramai yang tidak ambil peduli bila isteri berjumpa dengan doktor. Masih lagi kita dapati wanita kita berjumpa dengan doktor lelaki sedangkan masih ramai doktor wanita. Begitu juga ketika melahirkan anak, berapa ramai yang tidak memikirkan soal pemeliharaan aurat?
Hadis II
Dari Abu Said Al- Khudri ra, Sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat tidak akan keluar rumah (berpergian) seorang diri selama tiga hari atau lebih melainkan ditemani oleh ayahnya, saudara lelakinya, suaminya, anak lelakinya atau lelaki mahram yang lain.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)
Hal ini berkaitan musafir selama tiga hari atau lebih ketika keadaan aman seperti zaman Nabi dan sahabat. Tetapi untuk zaman ini yang penuh dengan fitnah maka tersangat-sangat perlu diambil berat miski pun kurang dari tiga hari.
Hadis III
Dan dari Aisyah ra, ia berkata ,” Aku masuk ke dalam rumahku yang di dalamnya terdapat (kuburan) Rasulullah saw dan aku melepaskan pakaianku (membuka aurat). Dan aku berkata (sedari) bahawa ianya suamiku dan bapaku (bila Abu Bakar ra dikuburkan di situ). Takala Umar ra dikuburkan bersama mereka, maka demi Allah tidaklah aku masuk melainkan aku akan menutupkan auratku kerana malu kepada Umar ra.” (Riwayat Ahmad)
Hadis di atas kalau direnung menunjukan begitu dasyat dan begitu perlunya aurat wanita wajib ditutup miski pun pada mereka yang telah mati. Inilah sifat yang ada pada isteri-isteri Nabi saw dan isteri sahabt-sahabat rahum di waktu itu. Natijahnya kehidupan mereka terhasil kehidupan “Hayatan Tayyiba” yang tidak mungkin lagi akan ujud selapas dari mereka. Namun begitu wanita dan anak perempuan kita masih tetap perlu memelihara aurat mereka di hadapan mereka yang ajnabi (bukan mahram) sebarang waktu.
Wallahu’alam.
p/s : Untuk kefahaman persoalan aurat dengan penghayatan, wanita dan anak perempuan kita perlulah dikeluarkan Jemaah Masturat setiap 3 bulan sekali 3 hari.