MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, January 29, 2010

Program Kuliah Februari 2010



1 Feb 2010 (Isn) : Kuliah Bulanan Hanger 6,MAS KLIA.
1 Feb 2010 (Isn): Kuliah Bahrul Maazi Jld 13 Tmn Seri Pagi.
2 Feb 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
3 Feb 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
4 Feb 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 Tmn Gadong Jaya.
5 Feb 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Matahari Height.
6 Feb 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
7 Feb 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 G/Home F.
7 Feb 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
8 Feb 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 1 G/Home Fasa E.
9 Feb 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
10 Feb 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
11 Feb 2010 (Kha) : Kuliah Hadis Masjid Bandar Baru Senawang.
12 Feb 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
13 Feb 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
14 Feb 2010 (Ahd) : Jemaah 3 Hari Masturat, Seremban.
15 Feb 2010 (Isn) : Jemaah 3 Hari Masturat, Seremban.
16 Feb 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
17 Feb 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
18 Feb 2010 (Kha) : Kuliah Tahzib Atraf Al-Hadis Tmn Jasmine
19 Feb 2010 (Jum) : Kuliah Muntakhabah Ahadis Tmn Rembau Utama.
20 Feb 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
21 Feb 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 G/Home F.
22 Feb 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 13 Tmn Seri Pagi.
23 Feb 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
24 Feb 2010 (Rab): Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
25 Feb 2010 (Kha) : Program Bulanan Pengasih, K.Lumpur.
26 Feb 2010 (Jum) :Ceramah Maulid Nabi saw Kg Tapak, Bt. Kikir.
27 Feb 2010 (Sab) : Program Kursus Seri Malaysia, Taiping, Perak.
28 Feb 2010 (Ahd) : Program Kursus Seri Malaysia, Taiping, Perak.

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

Thursday, January 21, 2010

Satu Lagi Tanda Kehebatan Allah swt



Baru-baru ini teman saya yang baru pulang dari South Africa setelah keluar 2 bulan masturat di sana menceritakan keajaiban ciptaan tuhan melalui firman Allah swt di dalam surah Ar-Rahman ayat 19 dan 20. Pertemuan dua laut yang airnya tidak bercapur di antara satu sama lain. Iaitu pertemuan di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Namun demikian beberapa jam yang lalu penulis menerima satu email dari teman yang menceritakan lagi tanda-tanda kehebatan dan kebesaran Allah swt yang mungkin juga berkaitan dengan ayat dari surah Ar-Rahman ini.

Ianya berkaitan sungai di bawah sungai, iaitu ada lagi sungai di dalam sungai berkenaan. Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 metar. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80 meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.


Sila lihat gambar yang tertera.

Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.

Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.


Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman di atas.

Wallahua’lam.

Friday, January 15, 2010

Sejarah Ringkas Perkembangan Jemaah Tabligh di Malaysia


Jemaah terawal yang dihantar oleh Markaz Tabligh sedunia di Nizamuddin, India ke Asia Tenggara ialah pada tahun 1952. Ianya zaman ketika Maulana Yusof menjadi amir (Hadratjie) Jemaah Tabligh. Ini terhasil dengan kedatangan Jemaah India ke Malaya dan Indonesia waktu itu.Selepas itu beberapa jemaah khusus dari Tamil Naidu yang datang ke Pulau Pinang melalui Madras dengan menggunakan kapal laut S.S Rajula dan juga Sindambaram. Jemaah khas dari Tamil Naidu dihantar pada waktu itu memandangkan ramai saudara Islam ketika itu yang menetap di Pulau Pinang terdiri dari keturunan India berbahasa Tamil.

Maka masjid-masjid yang menjadi tempat persinggahan keluar masuk jemaah ketika itu adalah masjid-masjid di bawah seliaan masyarakat India Muslim, masyarakat ‘Benggali’ (Bangladesh) dan juga masyarakat Pakistan. Ini berlaku sehingga tahun 1980an yang mana imam-imam Masjid Benggali terdiri dari orang Bangladesh. Masjid-masjid yang di bawah seliaan masyarakat India Muslim, Bangladesh dan Pakistan ini akhirnya menjadi markas-markas Jemaah Tabligh di negeri-negeri di Malaysia. Seperti Markas Pulau Pinang Masjid Benggali, Markas Kuala Lumpur Masjid India, Markas Seremban Masjid Pakistan Rahang, Markas Sinagapura Masjid Bencoolen, Markas Jertih Masjid Pakistan dan di Sarawak Masjid India Kucing. Walau pun sesetengah Masjid India dn Pakistan yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia tidak menjadi markas, namun ianya menjadi tempat pesinggahan jemaah yang datang khusus dari India ,Pakistan dan Bangladesh. Ianya seperti Masjid Nagor Alor Setar, Masjid India Ipoh, Masjid India Kuala Pilah, Masjid Pakistan Bahau, Surau India Batu Pahat dan banyak lagi.

Bukan hanya di Malaysia malah di tempat lain pun begitu seperti di Indonesia. Di Medan Masjid India Jalan Gajah, Masjid India Kota Padang (Masjid Muhamaddan). Di Thailand Masjid Haroon, Masjid India Ranong, Masjid India Hatyai. Selain itu juga Masjid India Ho Chii Minh, Masjid Pakistan Prit Para Pnom Penh, Masjid India bandar Hong Kong dan lain-lain tempat.

Disebabkan perkembangan awal Jemaah Tabligh di Malaysia bermula di Pulau Pinang maka ianya terus berkembang di bandar-bandar yang mana terdiri dari penempatan masyarakat India Muslim seperti di Kuala Lumpur dan Singapura. Ianya terus berkembang ke bandar-bandar yang lain sehinggalah seawal tahun 70an beberapa orang Melayu turut terlibat secara aktif dengan jemaah ini.

Peringkat awal di Pulau Pinang, mereka-mereka yang terlibat adalah Hj Mohd Habibullah (Habib Penang), Syed Abu Bakar, Syed Mohd.Baquir, Amir Ibrahim. Selain mereka juga bapa kepada Mohd.Naim Sri Petaling serta beberapa orang lagi yang tidak dapat dipastikan. Kebanyakkan mereka yang disebutkan tadi menjadi Syura P.Pinang dan juga Syura Malaysia. Selain mereka yang juga awalin yang turut terlibat keluar IPB (India,Pakistan dan Bangladesh) iaitu pada tahun 1973. Mereka-mereka adalah Nagor Ghani, Abd Ghafur, Abd.Ghani Champion Motor,Hj.Sultan Kg.Melayu, Hj.sultan Sayor, dan juga di ikuti oleh Hafiz Yaakob Ansari. Hafiz Yaakub Ansari adalah seorang alim 4 mazhab. Beliau adalah awalin yang terlibat menterjemahkan kita Fadhilat Maulana Zakaria rah. Namun sebelum itu ada ulama Melayu yang menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tulisan jawi alam kitab kuning yang tidak dikenali penterjemahnya. Penulis pernah membacanya sewaktu keluar pada tahun 1979 di daerah Guar Cempedak waktu itu. Cuma kitab ini tidak digunakan sebagai taklim. Seingat penulis ianya adalah kitab Fadhilat Tabligh.

Selepas dari pekembangan tersebut usaha Jemaah Tabligh turut disertakan oleh orang-orang Melayu. Ini termasuklah Abang Arsyad, Abang Bakar, Ustaz Abd.Razak Kedah, Ustaz Hassan Kelantan, Syeikh Muhamad Batu Pahat, Ustaz Muhsin, Dato Pakjang Haris, Hj.Muda Terangganu serta mereka-mereka yang tak dapat disebutkan di sini.
Usaha Jemaah Tabligh ini semakin rancak apabila pelajar-pelajar Melayu dari Institusi Pengajian Tinggi turut terlibat seperti Syed Nasir Keramat, Muharam, Hisyam Penanti, Wak Umar Sri Petaling, Cik gu Syamsudin Jitra, Utaz Kamal, Hj. Baharudin Ali (adek kepada Dr.Hassan Ali) dan lain-lain. Seinggat penulis sekitar awal 80an begitu ramai pelajar dan anak muda yang terlibat dengan usaha ini yang mana dari merekalah usaha yang mulia ini sampai kepada masyarakat Melayu yang sebelumnya beraggapan ianya satu usaha orang India Muslim dan Pakistan.

Selepas Ijtimak pertama kehadiran Hadratji Maulana Inamul Hassan rah pada tahun 1982 , maka usaha semakin pesat berkembang sehinggalah ke hari ini.

Wallahua’lam.
(Sumber Dari Dr.Hanafi Penanti dan Beberapa Tambahan Penulis)

u/p : Sesiapa yang ingat atau mungkin juga penulis tersilap atau tercicir sila buat tambahan pada komen artikel.

Tuesday, January 12, 2010

Untuk Direnungi dan Difikirkan



Gambar di atas dan di bawah menunjukan dua orang pendakwah Kristian Warga Amarika Syarikat meyebarkan Bible (Al- Kitab) kalangan orang-orang Islam di Padang Pariaman, Indonesia beberapa bulan yang lalu. Ini sebahagian rancangan mereka untuk mendakyahkan ajaran Kristian.




Penggunaan Kalimah Allah telah memberi ruang yang banyak kepada pendakyah Kristian di Indonesia. Bukan hanya kalimat Allah yang mereka gunakan tetapi juga kalimah yang lain seperti solat, qiblat, siratal mustaqim dan lain-lain lagi. Pada hari Natal mereka menyambut dengan pakaian Islam seperti jubah ketayap putih, tudung telekong tetapi juga berpalang salib di leher mereka.Kalau dihujjah kepada mereka ,"mengapa memakai pakaian Islam begitu?". Pasti mereka akan berkata,"Ini bukan pakaian Islam tetapi pakaian orang-orang Arab, Abu Jahal juga berpakaian begini, Abu Lahab juga berpakaian begini dan orang kafir di zaman Mekah juga berpakaian begini,".

Siapakah yang memberi ruang? Jawapannya : Sebahagian ahli bijak pandai Islam yang tidak bermazhab juga yang berhujjah begitu dengan mengatakan itu adalah pakaian bukan SUNNAH dan tidak bersabit dari hadis yang sahih.Pokok pangkal kitalah yang memberi ruang kepada mereka.

Terakhir mereka mengantikan nama Perayaan Krimas atau Hari Natal dengan "MAULIDUL ISA". Hasilnya ramailah anak-anak Islam yang terpedaya dengan dakyah halus mereka.

Kita pula di sini ada yang bersetuju kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian Malayisa dengan alasan ianya juga digunapakai oleh kafir musyrikin Mekah. Betambah pula dengan amalan dakwah yang tidak seberapa kerat malah gah je yang lebih. Yang menjalankan dakwah rumah ke rumah pun di herdik dan dicaci. Bolehkah kita melihat kalimah ini dijunjung tinggi nanti oleh anak dan cucu-cucu kita?

Jawapannya : Pikir-pikirlah sendiri.

Saturday, January 9, 2010

Ada Apa Pada Nama? : Isu Nama Allah


Seminggu dua minggu ini di akhbar Arus Perdana, stesyen T.V tempatan malah berlebih lagi di internet hampir kebanyakan blogger politik pasti membincangkan berita sensasi berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia.

Ada di kalangan ulama kita yang menyokong dan ada di kalangan ulama yang menentang. Ustaz Harun Din , Ustaz Zaharuddin dan juga Ustaz Zamihan menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia. Manakala Ustaz Asri Zanul Abidin mantan Mufti Negeri Perlis serta beberapa orang ustaz-ustaz aliran Salafi Wahabi pula menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’. Masyarakat awam jadi keliru, rata-rata memperkatakannya di masjid dan surau juga tidak ketinggalan di kuliah-kuliah di setiap masjid dan surau pasti isu ini disentuh oleh penceramah-penceramah agama. Malah di warung-warung kopi juga tidak ketinggalan memperkatakannya. Yang jelas orang awam menjadi keliru. Yang mana satu yang benar dan yang mana satu yang tepat?

Karkun-karkun yang biasanya tidak menyentuh persoalan politik semasa namun turut juga terheret memperkatakan isu yang sensitif ini. Yang menyedihkan ada di kalangan penulis blog politik Tanah Air turut mengutuk ulama yang tidak sefaham dengan pandangan mereka. Sebagai contoh ada di kalangan ustaz juga salah seorang penulis blog mengutuk Ustaz Harun Din dengan digelar sebagai ‘Ulama Kepala Lutut’. Ini amat menyedihkan gara-gara kalimat ‘Allah’, ulama telah dihina sebegitu rupa. Ringkasnya kita bertengkar dan bergaduh sesama Islam sedang pihak Kristian ke hulu ke hilir memikirkan bagaimana dakyah mereka boleh sampai kesasaran masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Di dalam kesibukan kita bercakaran sesama sendiri, mereka masuk kelorong-lorong sekitar taman-taman perumahan melihat bagaimana strategi mereka terhasil. Beberapa hari yang lalu sekumpulan beberapa orang asing yang berwajah ‘Mat Salih’ beserta beberapa orang lelaki dan perempuan tempatan (Cina dan India) dengan pakaian seperti ‘Nun’ masuk ke taman perumahan sekitar Senawang ,Seremban berjalan ke lorong-lorong yang tidak diketahui maksudnya. Namun gelagat mereka mencurigakan penduduk setempat. Apakah ini sebahagian daripada perancangan strategi mereka?

Ini lah yang menyedihkan. Kita masih lagi sibuk berdemontrasi dan berceragah namun disebaliknya pihak musuh memasang strategi tersembunyi. Di dalam situasi kemerosotan iman di kalangan masyarakat kita dengan berbagai kejadian trajis yang saban waktu terpapar di akhbar tempatan. Remaja-remaja yang telah runtuh akhlak dan moral dengan berbagai maksiat, dari tangkapan khalwat malam Tahun Baharu di hotel-hotel baget sampailah kepada amalan zikir ‘Black Metal’. Namun kita masih lagi mencari penyelesaian dengan demontrasi jalanan serta bergeseran sesama sendiri memberi hujah demi hujah membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian di Malaysia.

Kita berteriak agar Islam jangan dihina dengan penggunaan kalimat 'Allah' namun amalan asas agama masih lagi tercicir di dalam masyarakat kita. Kehadiran untuk Solat Suboh di masjid dan surau masih lagi boleh dikira dengan jari. Amalan bangun untuk Solat Malam dalam masyarakat hampir-hampir hilang. Yang bangun hanya beberapa kerat sahaja untuk menadah tangan di waktu Sahur dengan diiringi tangisan memohon keampunan kepada Allah atas kelalaian umat.

Penulis tidak bermaksud menghina dan mengondem mereka-mereka yang berdemontrasi namun itulah hakikatnya apa yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Kelemahan kitalah yang menyebabkan musuh mengambil kesempatan atas ruang-ruang yang ada.

Bila British datang menakluki India suatu masa dulu, ribuan masjid telah di roboh dari Selatan India sehinggalah ke Utara India. Sepanjang perjalanan dari kawasan Selatan India pasti kita akan melihat dengan jelas kesan-kesan masjid yang diroboh. Menurut penduduk setempat sejumlah 2 ribu masjid telah diroboh oleh British di Selatan India, yang berbaki sekitar 2 ratus sahaja. Namun ketika itu masyarakat setempat memperkemaskan amalan masjid mereka sehingga menyebabkan ribuan kaum Hindu memeluk agama Islam. Ini terbukti apabila penulis sendiri pernah berada di sana pada tahun 1992. Ketika itu sekitar 9 buah kampong Hindu yang penduduknya telah memeluk agama Islam. Ianya satu kejutan buat pemerintah India ketika itu.

Ketika seorang Superintendent British di Delhi mengistiharkan bahawa Al-Qur’an di dalam simpanan masjdi-masjid di Delhi dibakar, Jutaan naskah Al-Qur’an yang berjaya dikumpulkan dan dibakar dikawasan awam di Delhi yang mana mendatangkan kemarahan Masyarakat Islam ketika itu. Namun tidak ada tindakan demontrasi oleh mereka di jalan-jalan. Apa yang ada, mereka memperkemaskan madrasah ‘Hafizul Quran’ seluruh India. Ketika acara pembakaran Al-Qur’an dilakukan oleh Superintendent British berkenaan, datang seorang Maulana yang telah tua beserta cucunya yang berumur sekitar 6/7 tahun mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “Tuan! Kamu boleh membakar jutaan naskah Al-Qur’an, namun tuan boleh lihat sekarang ini.” Ketika itu beliau meminta cucunya membaca beberapa lembaran Al-Qur'an melalui hafalan dan cucunya membaca dengan begitu lancar sekali sehingga memberi kesan pada mereka yang berada di situ.Lanjutnya beliau terus mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “ Tuan boleh membakar jutaan Al-Qur'an namun tuan tidak akan boleh membakar Al-Qur’an yang berada di dalam dada anak-anak kami.”

Lihat di sisi kita sekarang ini, apakah tindakkan yang kita ambil sekarang ini jalan terbaik memelihara kehurmatan kalimah ‘Allah’? adakah dengan demontrasi dan pembakaran 3 buah gereja satu jalan terbaik bagi meninggikan kalimah ‘Allah’? Namun dalam waktu yang sama kalimah ‘Allah’ itu hilang dari dada orang-orang Islam sekarang ini. Kehebatan kalimah itu pun telah lama hilang di hati kita.

Firman Allah swt, “Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman adalah mereka-mereka yang apabila disebutkan KALIMAT ALLAH gemetar hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) iman mereka. Dan hanya kepada tuhan mereka, mereka bertawakal.” (Al-Anfal : 2)

Inilah sifat yang ada kepada sahabat Nabi saw ketika ayat ini diturun. Miski pun ketika itu masyarakat Arab Jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta mereka, alam dan sebagainya. Ringkasnya mereka menggunakan kalimat ‘Allah’ ini di dalam perbualan mereka malah jika mereka bersumpah atas perkara yang berat dan hebat pasti mereka akan bersumpah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’. Ini terbukti sebagaimana kata-kata Ubai bin Khalaf ketika bersumpah di hadapan pembesar Quraish. Semua ini tidak merubah amalan, akidah dan pegangan sahabat terhadap Islam. Malah Islam mendatangi hati-hati pemusuh Islam sehingga mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam.

Saudara-saudaraku semua renunglah sejenak. Marilah kita kembali semula kepada amalan awal umat ini di dalam membentuk generasi Islam yang utuh. Kembali kepada amalan DAKWAH sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat rhum.

Wallahu’alam

Thursday, January 7, 2010

Jangan Solat Berdekatan Tabir Wanita.


Bila aku terkenang-kenang sewaktu kami keluar di Dumai ,Indonesia pada tahun 1985, pasti akan menyebabkan aku tersenyum panjang. Bukannya apa cuma kejadian itu cukup melucukan kami ahli jemaah.

Kebiasaannya di Dumai, Indonesia ramai kaum wanita akan datang untuk bersolat di masjid dan juga di musolla hampir setiap waktu solat. Kekadang tabir di masjid dan musollah di sana tidak begitu sempurna. Tabir pemisah selain dari kain yang agak jarang juga agak singkat tergantung sedikit tidak seperti di tempat kita, Malaysia. Jadi bila terkena angin yang agak kuat dari kipas dinding akan menyebabkan ianya terselak dan terbuka sehingga akan menampakkan jemaah perempuan.

Di dalam ramai-ramai ahli jemaah kami, salah seorang ahli jemaah kami ni pula suka sangat bersolat berdekatan dengan kain tabir pemisah. Pantang solat sunat sahaja pasti tempat yang dipilihnya bedekatan dengan kain tabir pemisah ini. Sekali selepas Solat Maghrib macam biasa beliau memilih tempat kesukaannya iaitu berdekatan dengan kain tabir pemisah. Berkebetulan jemaah Solat Maghrib malam tu agak ramai maka ianya memilih tempat yang betul-betul bersebelahan dengan kain tabir pemisah. Macam biasa beliau bertakbir solat sunat sesudah solat fardhu Maghrib. Beliau rukuk macam biasa, namun tak kala sujud kain tabir yang agak tergantung sedikit itu ditiup oleh angin yang datang dari kipas di bahagian jemaah wanita. Kain berkenaan telah terselak kehadapan meliputi beliau yang sedang khusyuk sujud. Bila bangun sahaja dari sujud ke rukun berdiri betul, beliau sudah berada di dalam bahagian jemaah wanita. Apa lagi sudah jadi kecoh di bahagian kaum wanita. Beliau pula bila dah jadi begitu bukan main gabra, terpaksa meyelesaikan solatnya dengan segera. Selesai bagi salam pertama terus meluru keluar tabir ke bahagian lelaki. Wajahnya pucat lesi apatah lagi dengan suasana riuh rendah ketawa ahli jemaah yang melihat kejadian itu.

Selepas kejadian itu, aku lihat beliau tidak lagi memilih tempat berdekatan dengan tabir pemisah lelaki dan wanita jika bersolat sunat sehinggalah kami pulang selepas 40 hari nisab di Dumai, Indonesia.

Moral of the story :

Jangan bersolat terlalu dekat dengan tabir wanita miski pun tabir yang ada tebal dan labuh ke bawah kerana dari segi adab ianya tidak begitu elok dan beradab. Bukan itu sahaja malah bahagian kaum wanita pun jangan kita berbaring melepak miski pun jemaah wanita telah selesai bersolat dan telah pulang. Juga jangan memilih tempat begitu untuk beriktikaf sewaktu keluar di Jalan Allah kerana dari segi adab ianya tidak elok dan beradab.

Ibn Umar r.a tidak akan melalui pintu ‘Bab An- Nisak’ sewaktu memasuki Masjid Nabawi walau pun pintu itu telah dibuka sebagai laluan umum untuk jemaah lelaki (setelah pintu yang lain dibuka untuk jemaah wanita). Ini adalah kerana pintu itu pernah dilalui olah kaum wanita.

Wallahua’lam

Sunday, January 3, 2010

Program Kuliah Januari 2010



1 Jan 2010 (Jum) : Program Jaulah Tmn Matahari Height.
2 Jan 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
3 Jan 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 G/Home F.
4 Jan 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pagi
5 Jan 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
7 Jan 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 Tmn Gadong Jaya.
8 Jan 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Matahari Height.
9 Jan 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
10 Jan 2010 (Aha) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
11 Jan 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 1 G/Home Fasa E.
12 Jan 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
14 Jan 2010 (Kha) : Perhimpunan Senawang Masjid Seremban Jaya.
15 Jan 2010 (Jum) : Program Jaulah Tmn Matahari Height.
16 Jan 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
17 Jan 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 3 G/Home F.
18 Jan 2010 (Isn) : Program Perhimpunan Seri Petaling, K.Lumpur.
19 Jan 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
21 Jan 2010 (Kha) : Program Bulanan Pengasih, K.Lumpur.
22 Jan 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
23 Jan 2010 (Sab) : Program 3 Hari Bulanan.
25 Jan 2010 (Isn) : Kuliah Muntakhabah Ahadis G/Home F.
26 Jan 2010 (sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis 7 Tmn Cempaka 2.
28 Jan 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Jasmine
29 Jan 2010 (Jum) : Kuliah Muntakhabah Ahadis Tmn Rembau Utama.
30 Jan 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
31 Jan 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Tuanku Pn.Cik, Bahau.

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin