MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 24, 2012

Gambar Sekitar Program Mahabbah Rasulillah Bersama Habib Umar


Program Di Masjid Negeri Negeri Sembilan.










                                       Program Di Darul Saadah Seremban






                       Kawasan Lapangan Masjid Negeri Negeri Sembilan


                         Tazkirah Petang Oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari



                                     Tazkirah Petang Oleh Al-Alorstari







Saturday, April 21, 2012

Program Terkini Malam Ihya Mahabbah Rasulillah



Tarikh : 22 April 2012


Masa  :  Masjid Negeri Negeri Sembilan


Masa  :  6.00 ptg  -  11.00 mlm





Aturcara Majlis : 

5.30 ptg  :  Ketibaan Para Jemputan


6.00 ptg  :  Qasidah Oleh Kumpulan Al-Ulfa Madrasah Az -Zien


6.15 ptg  :  Ratib Al- Haddad Oleh Ittihad Nur Malaysia


6.30 ptg  :  Tazkirah Oleh Uts. Hambali Bin Saad


6.45 ptg  :  Tazkirah Oleh Syeikh Nurruddin Al-Banjari Al-Makky


7.10 ptg  :  Ketibaan Tetamu-Tetamu Terhurmat


7.18 mlm  :  Solat Maghrib Di Imamkan Oelh Syeikh Solah Zaki Al-Qadiri


7.45 mlm  :  Majlis Dipengerusikan Majlis Uts. Syuhadak Bin Mahmud
                   Pengasa Sahah Ja'fariah Negeri Sembilan


7.55 mlm  :  Bacaan Quran Oleh Syeikh Solah Zaki Al-Qadiri
                   Maulid Dhiaullamie Oleh Ittihad Nur Malaysia Serta Kumpulan
                   In Team dan Al- Mawleed


8.55 mlm  :  Ceramah Perdana Oleh Syeikh Habib Umar Ben Hafidz


10.30 mlm  :  Solat Isya' Di Imamkan Oleh Syeikh Solah Zaki Al-Qadiri


11.00 mlm  :  Jamuan Dan Bersurai


Saudara/Saudari Semua Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan lagi Majlis Yang Mulia Ini.

Friday, April 13, 2012

MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ




Program Al-Habib Umar Bin Hafidz Khusus Di Negeri Sembilan Akan Diadakan Pada Tarikh ,Masa Dan Tempat Seperti Berikut :

Tarikh :   22 April 2012
Masa : Jam 5.30 Ptg Sehingga Jam 11.00 Mlm
Tempat  :  Masjid Negeri, Negeri Sembilan.


ATUCARA MAJLIS MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW
BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ
30 JAMADIL’AWWAL 1433 H
22 APRIL 2012 (AHAD)


5.30 ptg       : Ketibaan Para Jemputan

6.00 ptg       : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah
                         Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah

6.30 ptg       : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia

6.45 ptg       : Tazkirah oleh Ustaz Hambali

7.00 mlm     : Qasidah dan Salawat

7.10 mlm     : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat

7.25 mlm     : Solat Maghrib Berjemaah

7.55 mlm     : Majlis dimulakan oleh Peng. Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud
                        Pengasas Sahah Al Ja’afaryyah Negeri Sembilan

8.00 mlm     : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, 
                        Pensyarah USIM


8.20 mlm     : Maulid Dhiaulla’mie Oleh Ittihad An-Nur Malaysia

9.00 mlm     : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz

10.30  mlm  : Solat Isya berjemaah

11.00 mlm   : Jamuan / Bersurai

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir




Monday, April 9, 2012

Melihat Wanita : Bahrul Maazi M/S : 189 : Jld 19




(Jawapan Kepada Persoalan “ Ibu” Di Dalam CBOX)

Bab yang telah datang ia pada menyatakan hadis yang menerangkan terdampak nampakan perempuan (ketahuilah kiranya ya saudaraku) adalah orang laki-laki memandang perempuan dengan qasad memandangnya maka iaitu haram dan jadi berdosa ia, bersalahan jikalau terpandang kepada perempuan itu sebab ternampak lalu berpaling pandang dari padanya hanya terpandang sekali imbas atau sekali lalu dengan terdampak pada mula-mulanya sahaja kemudian tidak lagi dilekatkan pandang bahkan berpaling melari akan mata daripadanya maka iaitu tiada berdosa atasnya.

Dan yang demikian itulah disuruh oleh syarak kita dengan dalil hadis seperti yang dikeluarkan oleh Abu Isa At Tarmizi dengan katanya, “Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi saw namanya Juraij bin Abdullah rhuma katanya,”Talah aku Tanya akan Rasulullah saw daripada terpandangkan perempuan dengan terdampak yakni tidak sengaja hendak memandang apa hukumnya adakah berdosa? Maka disurohnya ku palingkan pandangan ku apabila sudah jadi terdampak memandang perempuan itu.

Maka dengan sabda Nabi yang demikian dapat paham pada ulama bahawa pandang dengan terdampak itu tidak berdosa tetapi jikalau berkekalan pandangan itu dan tidak memalingkan daripadanya maka iaitu jadi berdosa. (kata Abu Isa ) At Tarmizi bermula inbi hadis Hassan lagi sahih.

Kata Imam Nawawi rah di dalam Syarah Muslim dan makna memandang perempuan dengan terdampak itu yakni jatuh penglihatanya atas perempuan ajnabiyyah dengan ketiadaan sengaja maka tiadalah berdosa atasnya pada awal mula berlaku demikian itu. Dan wajib atasnya palingkan penglihatanya sekarang itu juga, maka jika berpaling ia sekarang itu juga maka tiada dosa atasnya. Dan jika dikekalnya pandangannya berdosa ia kerana hadis dalam masaalah 213 ini kerana bahawasanya Nabi saw menyuroh akan dia palingkan matanya serta firman Allah swt ertinya “ Katakanlah oleh mu ya Muhammad bagi orang-orang mukmin itu biar mereka itu pejamkan pandangan mereka itu “.

Kata Al-Qadhi ,”telah berkata ulamak dan pada ini ayat quran hujjah bahawasanya tiada wajib atas perempuan menutup mukanya pada jalannya, dan hanya sanya sunat jua baginya. Dan wajib atas laki-laki pejamkan matanya daripada memandangnya pada sekelian ehwal , melainkan kerana maksud yang sahih yang dibangsakan dia pada syarak iaitu pada masa jadi saksi , pada masa berubat, dan masa hendak meminag, atau ,masa membeli jariah, atau masa berjualbeli dengan dia atau lainnya. Dan hanya sanya harus pada sekelian itu atas qadar hajat jua tiada lebih Wallahualam. Intaha : M/S 461 Jz 8 ditepi Qastalani.


Sedikit Komentar :

Berdasarkan kitab Bahrul Maazi dan juga semua kitab fekah yang berkaitan perkara di atas begitulah kedudukan hukum yang telah diletakkan oleh ulama. Cumanya kelemahan bagi kita samaada lelaki atau perempuan untuk memelihara pandangan mata. Perlu diingat bahawa memelihara pandangan mata ini bukan hanya untuk lelaki tatapi juga sama untuk perempuan. Ini adalah kaedah pengubatan yang terbaik bagi lelaki dan perempuan untuk tetap suci dan terpelihara dari dosa . Di dalam ‘Fawaid Usmani” Maulana Ahmad Usmani rah berkata ,”Menjauhi perbuatan yang haram , jangan membuka aurat di hadapan orang ramai, dan menjaga kemaluan adalah amalan yang suci kerana perbuatan tersebut dapat menyelamatkan kita dari perbuatan zina.

Dari hadis Ubadah bin Samit ra pernah Nabi saw bersabda untuk menghindari atas enam perkara yang balasannya adalah syurga. Salah satunya adalah tudukkan pandangan mata dari perkara yang haram. Ini adalah kerana pandangan mata itu sebahagian dari panahan syaitan/iblis.

Ini sebagiamana hadis riwayat Abdullah ibn Masud ra ,” Rasulullah saw bersabda ,”Pandangan adalah salah satu dari panah-panah iblis yang beracun. Barangsiapa yang menjaga pandangan kerana takut kepada Allah swt maka Allah akan memberikan cahaya iman kepadanya yang kenikmatanya dapat dirasa di dalam hati.” (H/R : Ahmad ,Tabrani )

Atas dasar inilah pandangan dan fatwa sesetengah ulama (salafi/wahabi) mengatakan melihat gambar-gambar wanita di dalam TV atau filem dibolehkan kerana ianya adalah bayang-bayang sahaja. Namun pandangan seperti ini telah ditolak oleh ulama-ulama yang bermazhab. Apa lagi zaman yang penuh dengan fitnah dan teknik gambar yang  terkini dalam bentuk 3D sepatutnya lebih-lebih perlu dijauhi dan dilarang.


Kisah Iktibar :

Dikisahkan seorang syeikh sedang melakukan tawaf di Masjidil Haram. Hanya satu matanya sahaja yang dapat melihat , sedangkan  yang sebelah lagi di dalam keadaan buta. Sambil melakukan tawaf, ianya menangis dengan kuatnya sambil berdoa ,” Allahumma inni a’uzubika min ghodobika “, Ya Allah aku berlidung kepada Mu dari kemurkaan Mu.”

Sesaorang bertanya, “ Apakah yang terjadi kepada kamu sehingga kamu menangis sedemikian rupa? Dia menjawab,” Aku telah melihat seorang wanita dengan pandangan yang kotor, tiba-tiba secara ghaib ada sesuatu jatuh dari langit dan terkena sebelah mataku sehingga pecah. Kerana terlalu takut aku menangis jangan sampai sebelah mataku yang lain diambilnya lagi.” (Hawalah Bala)

Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi penulis dan semua pembaca untuk memlihara pandangan mata kita miski pun terlalu sukar.

Wallahulam.

Sunday, April 1, 2012

Jadual Kuliah April 2012



01 April 2012 (Ahd) : Kuliah SubohBahrul Maazi jld 3 G/Home F
01 April 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
02 April 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh,  Pedas
03 April 2012 (Sel : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
04 April 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
04 April 2012 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
05 April 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
06 April 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Haji Musa BSS
07 April 2012 (Sab) : Pulang Ke Kedah Urusan Keluarga
08 April 2012 (Ahd) Pulang Ke Kedah Urusan Keluarga
09 April 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
10 April 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
11 April 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
12 April 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
13 April 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height.
14 April 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
15 April 2012 (Ahd) : Urusan Madrasah Anak-Anak
16 April 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn pinggiran Senawang
17 April 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
18 April 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
18 April 2012 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
19 April 2012 (Kha) : Kuliah Maghrib Bahrul Maazi jld 3 G/Home F
20 April 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Bandar Senawang
21 April 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
21 April 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home.
22 April 2012 (Ahd) : Program Habib Umar Al-Yamani
23 April 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
23 April 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama
24 April 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
25 April 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
26  April 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
27 April 2012 (Jum) : Kuliah hadis Tmn Lavender Height
28 April 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
28 April 2012 (Sab) : Khuruj 3 Hari Al- Amin
29 April 2012 (Ahd): Khuruj 3 Hari Al- Amin
30 April 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA

Nota : Sekiranya terdapat perubahan di dalam judual kuliah ini, Insyaallah akan dimaklumkan kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin