MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 26, 2011

Reincarnations Amalan Ayah Pin “Ayahanda Tarzan”


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu.

Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta ‘berkawan’ dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah.

Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang.

“Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara ‘mengenal Allah’ kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke ‘alam baru’ bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya.

Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih.

“Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak.

“Lelaki itu membahasakan dirinya ‘ayahanda’ dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil ‘bonda’ oleh pengikut,” katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain.

Sedikit Komen :

Beginilah keadaan akan berlaku kepada orang-orang Islam jika amalan dakwah ditinggalkan. Sebab itulah kata ulama kita bahawa jika dakwah ditinggalkan sekurang-kurangnya dua perkara akan berlaku :

1) Orang Islam akan lemah imannya (Mudah mengikuti setiap perkara yang sesat)
2) Orang-orang kafir akan membenci Islam dan orang Islam.

Ini telah pun berlaku sekarang ini. Bayangkanlah macam ni punyai “tok guru” pun ramai yang mengikut. Jika difikir-fikir hanya orang sewel sahaja yang akan ikut “tok guru” yang macam ni. Namun beginilah jika umat kekurangan hidayat. Yang bertentangan dengan akal pun manusia akan ikut. Bayangkanlah jika “Samhoe” atau “Uncle Sam” atau Dajjal yang datang nanti yang akan menyesatkan manusia. Segala bentuk yang dibawa dajjal akan dilihat seoalah-olah logik. Sudah tentu ramai yang akan ikut. Tidak heran jika sebahagian besar yang akan ikut Dajjal itu adalah “Ulama”. ini juga sabit dari hadis Nabi saw.

Jalan keluar adalah Usaha dakwah yang perlu dilaksanakan oleh semua gulongan di dalam Islam.

Firman Allah swt, “ Katakanlah (oleh mu wahai Muhammad) inilah jalanku, aku mendakwah manusia kepada Allah atas jalan yang terang, aku dan mereka yang mengikuti aku . . . . . . . .dan tidaklah aku tergulong dikalangan orang yang syirik” (Surah Yusof :108)

Jelas di dalam ayat surah Yusof ini bila dakwah dilaksanakan maka akan hilang sifat syirik (ikut ajaran sesat) di dalam diri kita dan juga di dalam masyarakat sekiranya masyarakat berkenaan ujudnya di dalamnya amalan dakwah”

Khusus kepada karkun pucong perlulah keluarkan jemaah dan tingkatkan usaha jemaah masjid dengan lebih aktif. Semuaga Allah swt akan membantu kita semua. Amin.

Friday, April 15, 2011

KARKOONS FILMS : Freemason Ahmad Dhani Kumpulan Dewa


Antara Gerakan Tidak Berdaftar Ahlinya selain Jemaah Tabligh adalah Gerakkan "Freemason". Ianya seolah-olah gerakkan lawan gerakkan Jemaah Tabligh. Kalau Jemaah Tabligh menyeru manusia kepada Allah dan Rasul maka Gerakkan Freemason ini menyeru manusia kepada Dajjal lansung kepada Iblis dan Syaitan.Jika Jemaah Tabligh bergerak tanpa disandarkan kepada kuasa, harta dan pangkat. Maka gerakkan Freemason ini bergantung penuh kepada kuasa,harta dan pangkat.Jika Jemaah Tabligh bergerak tanpa kemewahan dunia dan terkenal (glamour) maka gerakkan Freemason ini menjamin kemewahan dan glamour.

Gerakkan yang keahliannya mencecah 6 juta orang ahli hampir 120 negara di seluroh dunia yang mana akhir-akhir ini ianya mempengaruhi seni muzik Melayu khusunya di Indonesia. Antara adalah Ahmad Dhani di dalam Kumpulan Dewa. Moga-moga ini tidak berlaku di Malaysia.

Untuk makluman saudara semua, jalan keluar dari semua perancangan ini adalah usaha agama iaitu usaha dakwah membawa manusia kembali balek menghayati perintah Allah swt dan menhidupkan kembali Sunnah Nabinya saw.

PERHATIAN : Kalau boleh minta saudara/saudari matikan Volumenya jika menuntun vedeo ini.Cuma untuk video tertentu sahaja. Semuga mendapat manafaat Insyaallah.





























Wednesday, April 13, 2011

Imam Mahdi Dah Muncul . . . . ?


MAKKAH – Semalam (12/4/2011) sewaktu solat Asar di Masjidil Haram ketika Imam Masjidil haram Syeikh Abdullah Awwad Al-Juhany hampir-hampir melaungkan takbiratul Ihram tiba-tiba seorang pemuda merampas microphone masjid lalu berteriak dengan kata “Ana Al –Mahdi Al- Muntazar” (Aku adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu). Jemaah Solat menjadi kecoh dengan teriakkan tersebut. Beliau adalah seorang pemuda Arab yang tidak berjanggut, berkemeja petak lengan pendek berwarna krem.

Ketika itu juga polis Saudi mententeramkan keadaan lalu mengheret pemuda itu keluar masjid melalui laluan bahagian kiri Hijir Ismail melalui pintu Bab Al-Umrah.

Cukup kelakar dan pelik yang tidak berjanggut dan berpakaian ala Barat pun sanggup mengaku menjadi Imam Mahdi. Kisah ini juga adalah petanda akhir yang mana nanti akan kita dapati ramai yang akan mengaku Imam Mahdi. Berbagai-bagai kumpulan akan mengaku Imam Mahdi dari kumpulannya. Begitu dengan Tarqat-tariqat dan juga gerakan-gerakan Islam seluroh dunia.Masing-masing pastinya akan mengaku Imam Mahdi dari jemaah mereka.

Sewaktu penulis tinggal di Kuala Lumpur 1990an, penulis sering lepak-lepak kat Masjid India Markas Lama Jemaah Tabligh disebabkan berdekatan dengan pejabat lama penulis. Ketika itu datang seorang pemuda berjanggut, berserban,bercelak mata tebal, tasbih ditangan bau aroma atar begitu kuat dan duduk berdekatan dengan teman penulis. Lansung bercerita tentang akhir zaman dengan dirujuk beberapa hadis tentang Imam Mahdi. Terpegun teman penulis mendengar cerita beliau.

Hujung-hujung dia bertanya dengan katanya,” Hang tau sapa Imam Mahdi?” Teman penulis pun spontan menjawab,”Ntah tak tau aku”. Jawab balik pemuda tu dengan suara perlahan,” Kalau hang nak tau sapa Mahdi ni lah yang dok depan hang.” Api lagi tergelak besar teman penulis tu. Bila dia cerita balek kat kami bila pekena teh tarik Maidin kat bawah Malayan Mansion apa lagi terbahak-bahak kami ketawa. Sampok seorang teman penulis lagi, “Bertuah le hang dah jumpa Imam Mahdi,”.

P/S: Sapa-sapa nak jumpa Imam Mahdi boleh le pi kat Markas Penanti. Pasti hampa jumpa Imam Mahdi di sana. Kalau hampa jumpa tolong kirim salam aku kat dia.

Sunday, April 10, 2011

Komen Berita : Saat Jamaah Tabligh “Rukun” dengan Salafi


MAGETAN - Antara Jamaah Tabligh (JT) dan Salafi dikenal kurang harmonis. Umumnya, pada masalah-malasah perselishan pendapat dalam banyak hal. Bahkan perselisihan itu kadang begitu tajam dan dapat dibaca dalam majalah-majalah mereka. Tapi dalam hal bermuamalah, ternyata mereka rukun-rukun saja.

Itu seperti terjadi di Pesantren Al Fatah, Temboro, Magetan Jawa Timur. Temboro, begitu pesantren ini biasa disebut adalah markas JT terbesar di Jawa Timur.
Di Temboro antara JT dan Salafi justru tampak ‘mesra’ dan menjalin hubungan bisnis yang baik.

Misalnya dalam hal pengobatan Thibbun Nabawi (pengobatan ala Nabi), Pesantren Temboro banyak mengambil obat dari Salafi. Tapi apa yang membuat pesantren yang dikenal sebagai basis JT ini mau bekerjasama dengan Salafi?

“Dalam hal kejujuran, teman-teman Salafi bisa dipercaya,” kata Ustadz Ubaidillah Ahror, salah seorang putra pendiri Temboro yang akrab dipanggil Gus Ubeid kepada hidayatullah.com.

Bagi Salafi, Temboro adalah pasar yang ‘basah’. Betapa tidak, pesantren yang tak jauh dari Lapangan Udara Iswahyudi, Mauspati ini memiliki 9 ribu santri. Selain itu, setiap Kamis malam ribuan jamaah JT berkumpul di sini.

Maklu, Pesantren Temboro tidak tanggung-tanggung bila belanja obat.
“Misalnya madu, kami biasa mengambil 1 ton,” kata Gus Ubeid kepada media ini, beberapa waktu lalu di kediamannya di komplek Pesantren Al Fatah. (arrahmah.com)



Komen Penulis :

Pengalaman penulis khuruj di Jawa Timur di sekitar Temboro, Magetan serta Pacitan pada 2006 yang lalu mendapati persolan salafi dan Jemaah Tabligh ini banyaknya berpunca dari sesetengah ahli di dalam Jemaah Salafi yang selalunya membidahkan Jemaah Tabligh. Kata-kata Jemaah Tabligh sesat biasanya akan kita dengar di Majalah Salafi sekitar awal 1990an lagi seperti Majalah Asy Syaariah.

Ini kerana rata-rata Jemaah Salafi mendapat maklumat awal tentang Jemaah Tabligh hanya bersumberkan dari internet. Malah ada Jemaah Salafi dari sesetengah tempat di Eropah dan juga Kanada mengkafirkan Jemaah Tabligh sedikit masa dahulu. Pandangan sebegini telah diambil oleh sebahagian ahli Jemaah salafi di Indonesia yang ikut mengkafirkan Jemaah Tabligh. Ini terbukti jika kita membaca komen-komen dan pandangan serta posting ahli Jemaah salafi di Webside Sidogiri.com beberapa tahun yang lalu.

Persoalan ini ini bukan sahaja berlaku di Jawa Timur malah juga di Jawa Barat, Jakarta, Jambi dan juga di Padang serta di Sumatra Utara. Semua tempat ini penulis pernah khuruj di sana.

Namun akhir-akhir ini bila penerangan demi penerangan telah dibuat oleh beberapa ulama di dalam Jemaah Tabligh khusus di Indonesia sendiri melalui Majalah Al- Madinah, Buku-buku agama serta Jaulah Khususi, sedikit sebanyak dapat menjelaskan berkaitan dengan jemaah ini.

Ketika penulis berada di Holland dan German isu sebigini juga timbul di sana. Namun apabila ulama Salafi sendiri yang menjelaskan tentang kedudukan sebenar Jemaah Tabligh di satu program TV, barulah masaalah membid’ah dan lain-lain dari sebahagian ahli Jemaah salafi berkurangan.

Apa pun Alhamdulillah hubungan antara Salafi dan Jemaah Tabligh telah semakin baik akhir-akhir ini. Namun bukanlah hanya dengan Jemaah Salafi malah di dalam Jemaah Tabligh diajar memperbaiki hubungan dengan semua saudara Islam malah juga dengan yang bukan Islam sesuai dengan perinsip yang ke empat di dalam Jemaah Tabligh “Ikram Muslimin”

Wallahulam.

Wednesday, April 6, 2011

Kuliah Perdana Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Kuliah akan di adakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 9 April 2011

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Masa : Selepas Solat Maghrib.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sunday, April 3, 2011

Semata Untuk Sehelai Jeans USD 60,000.00


"Ever wonder what $60,000 jeans feel like? You'll never know. Because you didn't buy that $60,000 pair of Levis 501s from 1890 -- the most paid for a pair of jeans, ever."(Yahoo News : 3 April 2011)

Bilamana manusia sudah cintakan dunia maka mereka sanggup korbankan hanya untuk sepasang seluar Jeans Jenama Levi's sehingga USD 60,000.00.

Namun begitu sebaliknya jika manusia cintakan akhirat maka manusia yang beriman lagi taqwa juga akan korbankan meski pun nyawanya untuk agama Allah swt. Sahabat Nabi r.hum telah membuktikannya.

Inilah bezanya diantara golongan beriman dan tidak beriman. Renungilah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin