MAKLUMAN :


widgeo.net

Sunday, November 28, 2010

Kisah Hidayat Asbab Jemaah Di Jerman


Memang betul, bila jemaah dakwah dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan berlaku. Orang Islam akan bertambah kuat imannya dan orang kafir akan datang kepada Islam. Jika jemaah dakwah tidak dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan menimpa umat Islam. Orang Islam akan berada di gerbang kemurtadan dan orang kafir akan membenci Islam.

Pernah seorang “converted” yang baru memeluk agama Islam memberi bayan di Markaz Nizamuddin ketika zaman Maulana Inamul Hassan menjadi amir. Katanya di dalam bayannya,”Sebab apa orang-orang kafir sekarang ini memusuhi orang-orang Islam?” Ia bertanya dan ia juga yang menjawab, “ Ianya adalah seumpama dua orang kaya, seorang sangat pemurah. Selalu memberi sedekah dan hadiah kepada orang-orang miskin dan orang ramai, maka ia disukai dan disayangi oleh orang miskin dan orang ramai. Sebaliknya seorang lagi adalah kedukut serta mengaut kekayaan peribadi serta mengenepikan orang miskin dan orang ramai, maka ianya dibenci oleh mereka semua. Begitulah perumpamaan orang Islam hari ini, mereka mempunyai kalimah yang sangat berharga dan bernilai namun bersifat kedekut dengan tidak mahu mendakwahkan kalimah berkenaan kepada orang kafir. Hasilnya orang-orang kafir memusuhi dan membenci orang-orang Islam.”

Pada Malam Jumat yang lalu (18 November 2010), jemaah kami berada di salah satu rumah rakan seusaha di sini. Beliau berasal dari Pakistan manakala isteri beliau adalah berbangsa German. Rumah beliau di bahagian atas manakala bahagian bawah adalah masjid yang dijadikan tempat perhimpunan setiap malam Jumaat. Kebetulan malam itu adalah malam perhimpunan maka rakan seusaha sekitar bandar Koln (Cologne) hadir beramai-ramai.

Malam itu amir jemaah memutuskan aku untuk memberi bayan. Tidaka ada apa yang aku ingat melainkan mengharapkan bayan tersebut menjadi asbab hidayat dan modal perbekalan untuk kehidupan akhirat. Rasa aku ahli jemaah yang lain pun begitu juga. Aku bayan macam biasa dan tidak ada apa-apa istimewa di dalam bayan aku. Namun ianya cukup terasa, mungkin kerana sedikit mujahadah ketika berada di sini. Rupa-rupanya malam tersebut menjadi asbab hidayat kepada dua orang tempatan.

Pertama seorang perempuan Albania yang bergama Kristian. Kisahnya begini, tuan rumah yang kami menginap ke luar sekejap untuk urusan membeli barangan makanan jemaah. Beliau terperangkap di dalam kesesakkan jalan dan berpusing mencari jalan pulang sehinggakan tiga laluan berlainan namun masih terperangkap di dalam kesesakkan. Beliau membuat keputusan untuk mengisi minyak di salah satu Petrol Station. Ketika mengisi minyak, wanita Albania ini menahan beliau dan menyatakan bahawa beliau ingin memeluk agama Islam. Beliau lansung membawa wanita ini ke program bersama dengan wanita kami (Jemaah Masturat). Sesampai beliau di tempat Masturat berada, solat Maghrib hampir bermula. Selepas solat, bayan pun bermula di masjid dan lansung kedengaran sehingga ke atas rumah berkenaan untuk didengari oleh jemaah wanita. Wanita Albania ini akhirnya memeluk agama Islam selepas program pada malam tersebut. Selepas memeluk Islam beliau meminta dipakaikan tudung menutup auratnya bila ingin bergerak pulang. SubhanAllah !

Kisah ke dua pula seorang lelaki Turki, beliau di bawa datang oleh seorang rakan seusaha ke majlis bayan mingguan. Selepas bayan iaitu selepas taskil dibuat beliau menceritakan bahawa inilah kali pertama di dalam hidupnya beliau merasai ketenangan dan beliau begitu yakin dengan Islam berbanding Kristian. Rupanya beliau telah lama mendekati ajaran Kristian dan hampir-hampir memeluk agama tersebut. Namun kawannya yang juga adalah rakan seusaha menahannya berbuat demikian namun beliau nekad untuk memeluk agama Kristian. Alhamdulillah, bila di bawa dan berada bersama jemaah beliau benar-benar berubah.

Dua kisah di atas benar-benar membuktikan bahawa di mana ada seruan dan dakwah maka di situ pasti akan ada janji hidayat dari Allah swt.
Wallahualam.

P/s: Kisah ini diminta untuk ditulis di dalam blog ini oleh rakan-rakan di dalam jemaah. Semuanya berkat doa saudara/saudari semua. Jazakumullah.

Today Germany tomorrow The World : Bahagian Dua


Alhadulillah, kami terus disambut ketika berkunjung ke Colonge (Koln).

Pada 14 November 2010 : Kami berada selama dua hari di rumah Abdullah Turki. Di sini beberapa orang telah memberi nusrah. Bayan dibuat di dlam bahasa Inggeris dan diterjemahkan di dalam bahasa German dan bahasa Turki kerana ada beberapa orang masturat di sini tidak boleh berbahasa German. Jemaah lelaki pula berada di masjid di bahagian bawah bangunan empat tingkat iaitu Masjid Vingst.

Pada 16 November 2010 : Kami berpindah ke rumah Syeikh Muizz Tunisia. Di sini kami menyambut Hari Raya Aidul Adha. Kebetulan kami membawa barangan dari Malaysia maka hari raya kami sikit-sikit berbau Malaysia. Apa tidaknya masturat kami pada malam tersebut begitu rancak memasak rendang, ketupat nasi, ketupat pulut dan juga lemang segera. Pagi raya tu selepas pulang dari masjid solat hari raya, kami pakat-pakat balun makanan berkenaan. Bukannya apa, bila dah sejuk, laju je menelan. Syeikh Muizz dan keluarganya pula bukan main seronok kerana itulah pertama kali di dalam hudupnya makan lemang dan ketupat pulut. Pagi tu dua jenis juadah, satu masakan Malaysia satu lagi masakan Tunisia. Rupanya orang Tunisia ni memang suka makan pedas. Masakan KusKus satu jenis makanan tradisional Tunisai pun macam kita juga , sedikit pedas. Ianya nasi hancur bersama kari kambing serta salad dan buah Zaitun. Semuanya habis kami balun. Masing-masing badan kami kat sini dah macam badan orang Arab. Bukannya Arab apa pun, cuma kat perut je yang lebih. Bila naik tangga ke tingkat atas rumah masturat, semuanya termengah-mengah.

Pada 18 November2010 : Kami berpindah ke rumah Nisar Pakistan. Rumah beliau di tingkat atas manakala masjid di tingkat bawah. Beliau korbankan rumah beliau di bahagian bawah untuk di jadikan masjid dan juga markaz. Isteri beliau adalah orang asal German dan rumah beliau juga adalah rumah Taklim Mingguan di kawasan ini. Di sini terdapat asabab hidayat yang akan aku ceritakan pada posting akan datang.
Pada 20 November 2010 : Jemaah berpindak ke rumah Syikh Abu Ayuub manakala jemaah lelaki berada di masjid Ben Noor. Ianya adalah masjid untuk masyarakat Turki. Di sini seorang lelaki Islam dari Macedonia yang bernama Turhan ikut serta bersama kami. Beliau seorang yang cukup lucu dan selalu buat jemaah ketawa.

Pada 22 November 2010 : Kami berpidah ke daerah yang lain iaitu daerah Dortmund sekitar satu perjalanan ikut highway German. Rumah pertama adalah rumah Omar Mali, beliau berasal dari Mali, Afrika manakala isteri beliau adalah German. Bila meliaht kepada Omar Mali, ada rakan jemaah Malaysia berseloroh, katanya,” Kalau Omar Mali yang macam ni pun laku kat sini, kita pasti jadi rebutan.” Rupanya oarng German kat sini memang menyukai orang jenis “coloured” macam kita. Pasai orang jenis macam ni baik dan tak macam lelaki German yang kasar dan suka mabok. Jadi sapa-sapa yang berkenan bolehlah datang kat sini. Tapi syarat, kulit misti macam pak hitam Afrika.
Di sini, nusrah cukup baik. Kebanyakan masturat tempatan adalah berbangsa Geman dan cukup taan dengan pegangan agama miski keluar mereka belum datang kepada Islam. Di sini terdapat Taklim Mingguan serta masjid di sini juga terdapat lima amal. Mereka-mereka di sini begitu “commited” dengan usaha temapatan dan juga sering khuruj ke Perancis bersama masturat. Merka begitu bersatu hati miski pun dari Tunisia,Algiria, Moroko, Mali, Niger, Nigeria dan juga Turki. Cukup seronok berada di sini.

Pada 24 November 2010 : Kami berpindak ke rumah Syeikh Muhammad Kurdis, Beliau berbangsa Kurdis Iraq, manakala isteri beliau berbangsa German. Isteri beliau, adalah salah satu wanita yang dapat memakai purdah penuh miski pun ibu dan neneknya belum beragama Islam. Namun mereka menyukai Islam. Peringkat awal mereka agak menentang, namun bila melihat aklak dan sifat anak dan menantu mereka, mereka mulai menyukai Islam. Sama-sama kita doakan agar merka datang kepada Islam. Di masjid kami mebginap terdapa dua orang yang baru masuk Islam setibanya kami di sini. Merka mendapat hidayat melau “Jaulah/Gasht” yang di jalankan di masjid ini. Sorang berbangsa Portugal manakala seorang berbangsa Albania. Di sini cukup mujahadah ketika jaulah di jalankan antara Maghrib dan Insya. Ini adalah kerana cuaca sejuk di luar talah makin meningkat sehingga 0. Kesejukan pada waktu pagi makin meningkat sehingg -5 dan salji telah mula turun di sini.

Pada 26 November 2010 : Jemaah kami bergerak ke Holland.
Setakat ini . Wasallam.

DAHAGA DI DALAM KESEJUKAN : GERMAN 2010


Di Sini
Di Bumi Salibi Ini
Dedaun Berguguran
Kesejukan Mencengkam Dalam
Hinggakan Denguran Begitu Panjang

Di Sini
Di Bumi Hitler Ini
Dedaun Pasti Akan Bercambah
Kuntum-Kuntum Akan Pasti Berkembang
Bila Musim Sejuk Berakhir

Kerana Di Sini
Telah Kedengaran Suara Bilal
Miski Pun Antara Empat Dinding
Namun Gegarannya Sampai Ke Tepi
Bisa Mengegarkan Dinding Gereja

Ya! Tuhan
Di Sini
Kebenaran Kata Mu Terbukti
Rahmat KekasihMu Melata
Aku Melihat KerahimanMu Terserlah
TaufiqMu Tercurah
HidayatMu Melimpah

Ya! Tuhan
Maafkan Aku
Kerana Kealpaan Keterlaluan
Tidur Yang Memanjang
Kesedaran Yang Lambat Mendatang

Ya! Tuhan
Panaskanlah Aku
Di Dalam Kesejukan Bumi Ini
Agar Aku Merasai Dahaga HidayatMu

Biar Tempias Kepanasan Ini
Terkena Pada Hamba- HambaMu Di Sini
Hingga Dahaga Kepanasan Melata
Agar Kami Bisa Minum Bersama.

Bonn, German
14 Nov 2010

Saturday, November 13, 2010

Today Germany Tomorrow The World / Heute Deutschland morgen die Welt


Alhamdulillah dengan rahmat Allah swt, kami satu jemaah telah selamat sampai ke Airport Schipol, Amsterdam, Holland pada pagi Jumaat 5 November 2010.

Setelah selesai urusan passport dan imigrisen kami dibawa oleh beberapa orang Arab Moroko penangungjawab Markaz Holland serta saudara Hakim, pelajar GMI di German. Setelah selesai solat Suboh dan sarapan pagi, kami berangkat ke Duesseldoft, German melalui kenderaan yang dibawa oleh saudara Hakim.

Perjalanan sepanjang lebuhraya Holland/German memakan masa sekitar tiga jam. Suhu sejuk sekitar 12° dan kami sampai di rumah saudara Abd. Rasyid rakyat tempatan berketurunan Pakistan. Jemaah lelaki berada di Masjid Pakistan dan berusaha di situ selama tiga hari. Tidak ada Jaulah Umumi yang kami buat hanyalah Jaulah khususi. Kami menziarahi beberapa orang rakan seusaha dari keturunan Arab Moroko, Pakistan, Arab Tunisia dan juga Keluarga Melayu yang buat Phd di German. Antara keluarga Melayu yang kami sempat ziarahi adalah saudara Zahiem, pensyarah UMP, Pahang. Kami sempat makan malam di rumah beliau.

Pada malam ke tiga selepas Maghrib , kami dapat adakan bayan dengan dihadiri beberapa orang rakan seusaha Arab Moroko, Tunisia,Pakistan dan Albania. Bersama kami pada malam tersebut ialah Syeikh Abd.Rauf, orang Moroko. Beliau pernah keluar di Malaysia di sekitar Besut, Terengganu pada tahun 2005. Pada pagi Isnin kami sediakan makanan masakan Malaysia kesukaan ramai “ Mee Maggi” untuk mereka. Bukan main laju dia orang balun.

Selepas Zohor, Isnin 8 November 2010, kami berangkat ke Bonn. Perjalanan dari Duesseldoft ke Bonn memakan masa sekitar 1 jam.Cuaca bertambah sejuk pakaian panas yang aku bawa dah rasa tak cukup untuk menahan kesejukan, bertambah lagi bila waktu malam. Kami sampai di Bonn pada waktu Asar dan ahlia/isteri kami menginap di rumah Hamzah, rakan seusaha berbangsa Romania. Isteri Hamzah ini berbangsa Somalia. Di sini mereka berbahasa German, Arab,Turki dan sedikit yang boleh berbahasa Inggeris.

Di sini, ahlia/isteri kami nampaknya menggunakan bahasa piawaian Antarabangsa iaitu bahasa isyarat kerana ahlia Hamzah hanya boleh berbahasa German dan Arab sahaja. Rasanya okay kot kerana malam tadi diorang belajar buat Pizza ala German. Diaorang ada hantar pada kami satu tray, rasa dia peeh ! sodaaap ! cakapa pun tarak guna.

Jemaah lelaki tak dapat menginap di masjid kerana ada beberapa masaalah berkaitan dengan Salafi. Maklumlah jamaah masturat Malaysia yang pertama yang datang ke sini. Jemaah Masturat dah lama tak datang sekitar hampir 10 tahun. Sedikit ujian datang supaya kami lebih tawajuh. Pada malamnya kami menginap di rumah Brother Abdullah. Beliau yang mengambil kami di Duesseldoft bersama Syaikh Maimon Moroko. Abdullah adalah berbangsa German tulin dan isteri beliau juga berbangsa German. Miski pun beliau mualaf namun boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan fasih.

Route seterusnya kami ke rumah Syeikh Makram yang berasal dari Tunisia. Dua hari kami berada di rumah beliau dan jemaah lelaki kali ini dapat iktikaf di masjid Rahma, salah satu masjid bagi komuniti masyarakat Islam Moroko dan Tunisia. Di sini kami dapat menjalankan program dengan baik. J/kuasa masjid sangat-sangat menyokong aktiviti jemaah. Malah beberapa saudara arab di sini menyediakan jamuan khas untuk kami. Di sini kami dapat bentuk satu jemaah Masturat 3 hari yang akan keluar sebelum Hari Raya Aidil Adha nanti. Seronoknya kami di sini kerana usaha dibuat dikalangan berbagai bangsa. Syeikh Maimun Arab Moroko, Najjat Arab Kurdis, Syeikh Makram Arab Tunisia, Brother Omar Arab Oman /Amerika. Beliau kerakyatan Amerika dan berkahwin dengan Orang German.

Di dalam kesejukan suhu 8° kami menjalankan Jaulah Umumi dan Khususi Sekitar bandar Bonn. Aku diputuskan untuk khususi saudara-saudara Islam yang berbangsa arab dan alhamdulillah dapat berjumpa beberapa orang Moroko dan juga Palastine. Masyaallah! jasbah terlalu tinggi, kesemua mereka terlalu suka dengan orang Malaysia serta beberpa kali pesan kirim salam pada orang Malaysia. Terasa terlalu kuat hubungan Islam di sini. Ukhwah sesama Islam terlalu kuat miski pun berlainan bangsa. Bila jumpa sahaja pasti akan memberi salam dan berpelukkan. SubhanAllah!

Malam tadi (12 Nov 2010) kami berpindah ke rumah Hussin Turki, seorang rakyat German keturunan Turki. Beliau lahir di sini dan mendapat pendidikan di sini, manakala ahlia/wanita kami berada di rumah Brother Inamul Haq. Beliau seorang pelajar dari Pakistan dan buat Master di sini. Di sini agak jauh dengan masjid dan kami jadikan rumah Hussin Turki sebagai Musalla serta menjemput orang Islam sekitar khususnya pelajar-pelajar luar.

Kami mengharapkan doa saudara/saudari di sana agar usaha Masturat akan bangun di sini. Perlu diingatkan bahawa anak-anak tidak akan terdidik dengan sempurna melain ibunya memahami dan mempraktikan agama. Dan kefahaman agama dan kesedaran tidak akan datang jika usaha atas masturat diabaikan. Pernah seorang pemuda bertanya kepada Saidina Umar ra yang pada ketika itu menjadi Khalifah, katanya, “Wahai Amirul Mukminin ! Apakah hak-hak anak ke atas bapanya yang perlu ditunaikan (Children’s right over the parent). Jawab Saidina Umar ra, “ Memilih nama yang baik untuk anaknya, mengajar anak dengan didikan Al-Quran, memilih ibu yang baik untuk anak-anaknya.” Yang ketiga inilah pentingnya usaha ke atas masturat agar mereka menjadi ibu-ibu yang baik untuk anak-anak kita. Membimbing dan mendidik anak berdasarkan perintah Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw.

Wallahualam.

P/s : Lapuran ini dibuat atas permintaan syura Seremban agar dapat mengetahui usaha kami di sini. Kebetulan di sini setiap masjid ada WIFI dan rakan jemaah dari Malaysia pula bawa Notebooknya.

Tuesday, November 2, 2010

Keluar Masturat Dua Bulan Ke Holland


Alhamdulillah berkat doa saudara/saudari semua, saya diberi peluang oleh Allah swt untuk keluar Masturat dua bulan ke Holland.InsyaAllah.

Sepanjang dua bulan ini tidak ada sebarang posting terkini melainkan jika ada ruang yang diizinkan oleh Allah swt.

Kepada saudara/saudari yang sering masuk ke blog ini teruskanlah berinteraksi sesama kita mengikut lunas-lunas agama. InsyaAllah.

Akhir sekali saya memohon jasa baik saudara/saudari semua di sini doakan untuk saya.Moga ianya menjadi asbab hidayat seluroh dunia. InsyaAllah.

Jazakumullah Hi Khair.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin