MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, July 17, 2012

Wa Balighna Ramadhan. . . . .




Tadi aku mendapat berita kematian karkun baru dari Halqah Senawang. Beliau yang kami panggil abang Fadhil meninggal pagi tadi waktu tahajud dan jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Zohor tadi. Malam tadi beliau telah tidur bersama teman di Kulai Johor dan telah setkan alarm talefon beliau untuk bangun 4.30 pagi Solat Tahajud. Namun ketika bangun beliau sesak nafas dan akhirnya menghembus nafas yang terakhir. Sebelum meninggal beliau sempat menyebut beberapa kali kalimah. Alhamdulillah kesudahan beliau dengan kesudahan yang baik.

Miski pun beliau terlalu baru di dalam jemaah namun dari wajah beliau tergambar keinginan kepada agama yang cukup kuat. Beliau sering menemui aku ketika malam markaz beberapa minggu yang lalu. Serta meminta aku untuk memberi ceramah di Masjidnya. Beliau juga telah beberpa kali berada di dalam kuliah mingguan aku. Empat lima tahun yang lalu aku sering ikram dan tashkil beliau, tetapi disebabkan beliau selalu "outstation" maka agak terhalang namun selepas pencen beberapa bulan yang lalu beliau mulai ikut keluar beberpa hari. Beliau juga ikut serta pada Istimak Zon N.Sembilan/Melaka bulan lepas dan memberi azam untuk keluar 40 hari hujung tahun ini. Tetapi apakan daya ketentuan tuhan segalanya. Semuga Allah swt menerima azam beliau dan mengampunkan segala dosa-dosa beliau. Amin.

Kekadang bila kita kenang-kenang doa Nabi saw yang tercatit di dalam "al-Azkhar" Imam Nawawi rah terbukti bahawa untuk sampaikan kita pada bulan Ramadhan sememangnya pilihan dari tuhan. Bukanlah keupayaan dan kehendak kita miski pun hanya beberapa hari sahaja untuk sampai kepada bulan yang mulia itu. Namun semuanya adalah pilihan dan kehendak dari Allah swt. Atas dasar inilah maka ulama sering berdoa dengan doa tersebut bermula dari bulan Rejab lagi agar boleh sampai kepada bulan Romadhan.

Semuga Allah swt sampaikan kita pada bulan yang mulia itu serta dapat menyempurnakan hak dan tuntutan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Amin.

Wallahulalam.

"Allahuma Bariklana Fi Rajaba Wa Sya'bana Wa Balighna Ramadhan."

Wednesday, July 11, 2012

Jaya Negara Yang Tak Jaya?

Kesian aku bila terbaca berita kematian lelaki yang dikatakan  mengaku Imam Mahdi terbunuh. Selain itu wanita yang ikut bersama dengannya pula bukanlah seorang yang biasa tetapi adalah bekas pelajar UIA juga seorang Penolong Pengurus di sebuah Syarikat Perkapalan di Pelabuhan Utara, Kelang. Apakah yang menyebabkan mereka jadi begini? Apakah hanya dengan pedang samurai dan pisau pemotong daging boleh menguasai Putra Jaya?

Apa pun sama-samalah kita lihat hasil siasatan pihak polis. Kalau melihat tulisan petikan dari blog beliau tak mungkin ianya seorang yang ada masaalah mental. Atau apakah situasi yang ada sekarang di negara kita menyebabkan sesetengah gulongan masyarakat tidak berpuas hati sehigga sanggup memprotes dengan cara tersendiri ? Cuba lihat apa yang ditulis di bawah ini :



Salah siapa? Salah pemerintahkah atau salah pembangkangkah? Atau salah suasana dan keadaan sekarang yang rata-rata nampak kepincangan di sini dan di sana? Disokong pula oleh tidakkan pihak polis yang orang awam nampak kezaliman yang bergitu ketara yang belum pernah berlaku sebelum ini. Atau apakah kita semua yang bersalah kerana tidak merubah suasana yang ada sekarang? Inilah yang kita patut sama-sama renungi.

Bagi aku terkejut beruk juga apabila seorang teman yang sering duduk di dalam kuliah aku menalifon aku semalam dan memaklumkan pada aku bahawa "Imam Mahdi" tersebut adalah follower blog aku. Kechut juga aku, sedangkan semua tulisan aku biasa sahaja tidak menghina dan mengkritik sesiapa atau pun mendorong untuk provokasi. Mendorong untuk buat dakwah ada le. Lihat di bawah ini :


Apa pun kita berdoa ke atas roh beliau semuga diberi rahmat dan keampunan oleh Allah swt. "Allah hummaghfir lahu war hamhu wa afihi wa fuanhu"

Thursday, July 5, 2012

65 Tahun Merangkak Ke Masjid




Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana iman menyelinap ke anggota badan.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak. 

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahunditambah dengan kecacatan tubohnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Kita, miski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita boleh berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid . . . .

Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. 

Insyaallah.

Monday, July 2, 2012

Jasus Of Nazareth : Suatu lagi Fitnah Ke Atas Isa a.s




Akhir-akhir ini ramai penulis buku dan novel keagamaan Kristians menfitnah ke atas Isa a.s. Berbagai tomohan dikenakan ke atas Rasul Ulul Azmi tersebut. Dari dulu mereka menuduh Isa sebagai anak tuhan sehingga kini fitnah demi fitnah dilemparkan ke atas beliau yang suci lagi mulia itu.

Firman Allah swt, “ Dia (Maryam ) berkata. “ Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak padahal tidak ada seorang lelaki pun yang menyentuhku?.” Dia (Allah) berfirman, “ Demikianlah Allah menciptakan, apa yang Dia hendak menetapkan sesuatu , dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah ! “ Maka pasti akan terjadi sesuatu itu.” (Al-Imran : 47)

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw , “ (Allah swt berfirman) , “ Anak Adam telah mendustakan Aku , padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Anak Adam juga telah mencaci maki (menuduh) Aku, padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Ada pun dusta mereka itu ke atasKu itu dengan mengatakan bahawa Aku tidak akan mengembalikan (menghidupkannya kembali setelah kematian) sebagaimana Aku mula menciptakan mereka. Ada pun cacimaki mereka terhadap Aku , mereka mengatakan bahawa Aku mempunyai anak, padahal Aku adalah tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Aku tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Aku.  (Riwayat Bukhari : 4975)  

Beberapa tahun yang lalu mereka menuduh Nabi Isa a.s telah berkahwin dengan Mariam Mecdelina serta mendapat anak sehingga kini masih terdapat zuriat beliau kononnya. Isu ini bukan setakat tulisan dibuku-buku dan novel mereka tetapi sampai ketahap mereka filemkan kisah tersebut. Kemudian mereka juga menuduh bahawa Isa a.s adalah seorang yang berfahaman Komunis serta menfilemkan kisah ini di dalam bentuk filem dukumentri.

Terkini mereka menuduh beliau adalah anak yang mempunyai bapa (nauzubillah) hasil dari seorang tentera Romawi merogol/memperkosa Mariam a.s yang suci itu. Ini bermakna mereka mengatakan bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah. Peliknya tidak ramai kita dengar di Barat yang mereka memprotes isu ini. Ini adalah kerana rata-rata masyarakat Barat tidak lagi berpegang dengan agama Kristians ini.

Proses pengambaran (Shooting) filem ini akan bermula tidak lama lagi yang diadaptasi dari buku karya Paul Verhoevan yang berjudul “Jesus of Nazareth”. Karya ini bukan setakat bertentangan dengan kepercayaan Islam malah amat-amat bertentangan dengan kepercayaan turun tenurun ajaran Kristians. Selain itu filem tersebut lebih menjurus Isa a.s sebagai manusia biasa tanpa mukjizat dari tuhan dan ianya akan disalib bukan kerana ajaran keagamaan dan tauhid pada Allah swt sebaliknya kefahaman politik dalam masyarakat Romawi yang ada pada ajarannya.(Nauzubillah)

Bagi penulis apa sahaja yang mereka fitnahkan ke atas jasad suci itu dari dulu, kini dan akan datang ianya adalah susunatur Tuhan Rabul Jalil yang Maha Bersih dari sangkaan mereka bahawa Ia mempunyai anak. Susunatur yang penulis maksudkan bahawa tanda-tanda semakin hampir yang Isa a.s akan turun membersihkan ajaran agamanya, Tuhanya, dirinya dan ibunya dari semua tuduhan tersebut. Maknanya sudah hampir dekat dengan zaman yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Sama-sama kita tunggu kebenaran tersebut. Insyallah.






Jadual Kuliah Julai 2012 / Ramadhan 1433





Jadual Kuliah Julai 2012

01 Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi  G/Home F
02 Julai 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh,  Pedas
03 Julai 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
04 Julai 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
05 Julai 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
06 Julai 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height
07 Julai 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
08 Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
09 Julai 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
10 Julai 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
11 Julai 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
12 Julai 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home
13 Julai 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
14 Julai 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
15 Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 G/Home F
16 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
16 Julai 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
17 Julai 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
18 Julai 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
19 Julai 2012 (Kha) : Persediaan Ramadhan

Program Bulan Ramadhan 1433
20 Julai 2012 (Jum) : Persediaan Ramadhan
21 Julai 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
22 Julai 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan Tmn Lavender Height
23 Julai 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
23 Julai 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
24 Julai 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Al Qudwah G/S Home
25 Julai 2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Pinggiran Senawang
26 Julai 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan An Nur BSS
27 Julai 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama
28 Julai 2012(Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
29 Julai 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Rasah Kemayan S’bn 2
29 Julai 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan M.Yusof Teh Pedas
30 Julai 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn G/Home F 2
31 Julai 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Jasmine
01 Ogos 2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height
02 Ogos 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan An Nur BSS
03 Ogos 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
04 Ogos 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
05 Ogos 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.3 G/Home F
05 Ogos 2012 (Ahd) : Tazkiraah Ramadhan Tmn Pinggiran Senawang
06 Ogos 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Surau Al-Qudwah
07 Ogos 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Jasmine
08 Ogos 2012 (Rab) : Tazkirah Ramadhan Tmn Desa Melor
09 Ogos 2012 (Kha) : Tazkirah Ramadhan Tmn Mantau Endah
10 Ogos 2012 (Jum) : Tazkirah Ramadhan Tmn Rembau Utama
11 Ogos 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
12 Ogos 2012 (Ahd) : Kuliah suboh Tmn Lavender Height
12 Ogos 2012 (Ahd) : Tazkirah Ramadhan M.Yusof Teh Pedas
13 Ogos 2012 (Isn) : Tazkirah Ramadhan Tmn Gadong Jaya
14 Ogos 2012 (Sel) : Tazkirah Ramadhan Tmn Matahari Height

Nota : Sekiranya terdapat perubahan di dalam judual kuliah ini, Insyaallah akan dimaklumkan kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin