MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, March 16, 2012

Persoalan Solat Qasar Siri 2















Masaalah 64 M/S :33 Bahrul Maazi Jld.4



Qasarkah bagi orang yang menurut jalan jauh pada halnya ada jalan dekat? ( Kata Syafie ) dalam Al-Umm "dan apabila menghendaki seorang akan musafir satu negeri yang ada baginya dua jalan, jauh dan dekat yakni satu daripadanya sejauh boleh qasar sembahyang dan satu daripadanya tiada sampai sejauh boleh qasarkan sembahyang maka hukumya ( Kata Syafie ) tiadalah baginya di sisiku qasarkan sembahyang hanya sanya adalah baginya qasarkan sembahyang itu apabila tiada ada kepadanya jalan melainkan perjalanan qadar barang yang diqasarkan kepadanya akan sembahyang melainkan pada jalan yang dekat seteru yang ditakuti olehnya atau pun ada kawan baginya menempuhi jalan jauh. Maka apabila ada ia yang demikian itu nescaya adalah bagi bahwa qasar ia bila adalah jauh perjalanan barang yang harus qasar sembahyang kepadanya.


Sedikit Komentar :


Ianya bermaksud jika ada dua jalan ke sesuatu distinasi, satu jalan yang jauh yang cukup kadar yang mengharuskan solat qasar dan satu lagi jalan yang dekat jalan tidak membolehkan kita qasar solat. Maka TIDAK BOLEH bagi kita memilih jalan yang jauh semata-mata untuk kita qasarkan solat ke distinasi berkenaan MELAINKAN jalan yang dekat itu terdapat halangan cth musoh, jambatan runtuh (jika terdapat jambatan) binatang buas, banjir dan lain-lain halangan yang tidak membolehkan kita melalui jalan dekat tersebut.

Satu lagi yang membolehkan kita mengikuti jalan jauh yang mengharuskan solat qasar itu apabila di jalan jauh itu terdapat sesaorang yang kan kita ambil untuk bersama dengan kita di dalam perjalanan ke distinasi berkenaan di dalam musafir.

Persoalan di atas seringkali menjadi keraguan bagi sesetengah teman dan kawan-kawan apabila ingin untuk mengqasarkan solat di dalam sesuatu perjalanan.

Wallahualam.


Friday, March 9, 2012

Laporan Dan Pengalaman Teman Di USA




( Berikut adalah laporan teman saya yang sedang belajar di US berkaitan pengalaman dan usaha beliau juga teman-teman yang lain di sana di Halqah Xenia melalui email yang dikirimkan)

Ijtima Indianapolis tahun 2011, lebih kurang 400-500 orang hadir. Lepas habis bayan utama, saya lepak2 luar masjid, tiba-tiba ada sorang African American datang dan tanya "Are you from Malaysia?" Saya jawab "Ya" Dia tanya lagi "Do you know the history of Malaysian people here in US?" Saya agak tergamam...blur...dan jawab "No, I don't know, sir" Lepas tu dia pun bercerita dengan penuh emosi tentang macam mana student2 Malaysia tahun 70-an mula buat usaha di US. Asbab student Malaysia la ramai orang dapat hidayat, dapat Islam, banyak masjid dibina, dan usaha dakwah aktif.

Hampir semua karkun lama kat US ialah orang African American. Semua yang pernah buat usaha tahun 80-an akan kenal Syed Kadir Alsagoff. Dalam handphone saya ada saya save gambar syed kadiaq dan kalau jumpa karkun lama, saya tunjuk gambar syed kadiaq dan tanya "Do you know this person?" Diorang akan tersenyum dan teriak "Ha! I know this guy!" Saja je saya nak diorang imbas zaman 80-an dulu.

Semua kisah ni hanya di Halaqah Xenia meliputi kawasan Indiana dan Ohio. Halqah dan kawasan lain di US saya tak pasti bagaimana keadaannya. Ada kawan di Texas cerita pun hampir sama:

1) Ramai karkun African American orang lama dan ramai dah sejuk,

2) Kebanyakan karkun IndoPak mendominasi usaha di US dan diorang agak strict. Ada kawan yang pernah tinggal di New York pun cakap di New York hanya beberapa orang je karkun African American yang aktif.

Tapi ada positifnya. Pertama, saya anggap ni tarbiah dari Allah supaya karkun African American lebih ambil berat tentang tertib usaha. Kedua, setakat ni yang saya kenal ada seorang karkun IndoPak dalam halqah kami yang sudah ada fikir risau macam mana karkun IndoPak dan karkun African American boleh bersatu.

Usaha agama ni takkan rosak oleh orang luar (FBI, CIA, anti-Islam) tapi hanya rosak apabila orang yang buat usaha sendiri tak bersatu hati dan buat dengan tertib. Harap dapat doakan usaha di US maju seperti dulu dan bertambah maju lagi. Lebih baik lagi kalau dapat hantar jemaah Malaysia ke sini, atau jemaah bekas student2 sini, atau jemaah Syed Kadir Alsagoff (bukan saya yakin dengan beliau tapi ia adalah munasib/sesuai).

Awal tahun 2011 ada jemaah Malaysia datang 4 bulan. Salah seorang ialah Syura Melaka (Dato' Ibrahim). Tapi masa tu saya tak aware dengan masalah di US. Kalau saya tahu masalah ni, boleh gunakan jemaah tersebut untuk fokus kepada karkun African American.

 Wallahua'lam.

Sedikit Komentar :

Di mana-mana pun usaha agama yang kita laksanakan akan ada ujian dari Allah swt. Samada ujian dari luar maupun dari dalam. Namun yang paling ketara adalah ujian dari dalam. Ujian sesama karkun inilah yang paling bahaya. Ianya akan menyebabkan usaha akan jatuh dan merosot. Semasa usaha di Mekah, sahabat boleh bertahan dengan ujian-ujian dari Kafir Musyrikin yang cukup dasyat. Namun begitu mereka belum diistiharkan sebagai orang yang beriman.

Sebaliknya di Madinah, tidak lagi ada penentangan dan penindasan dari Kafir Musyrikin, yang ada hanyalah dakwah secara terang dan peperangan-peperangan. Namun ujian di sini nampak macam biasa tetapi jauh lebih mencabar. Kalau di Mekah hanya dua gulongan sahaja iaitu Kafir Musyrikin dan orang Islam. Namun ketika di Madinah terbahagi kepada tiga gulongan, iaitu orang beriman, munafikin dan juga kafir yang terdiri dari suku-suku Arab dan empat suku Yahudi. Di Madinah inilah Aisyah rha difitnah, Usman ra dibunuh, berlaku peperangan Jamal dan juga peperangan Siff in. Semua ini adalah ujian dalaman.

Begitulah juga dengan karkun, ujian yang paling dasyat adalah ujian dalaman. Hampir setiap negara ada ujian seperti ini, Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga Negara-negara lain. Namun jika kita buat usaha atas niat dan cara yang betul,juga mengikut nasihat ulama-ulama kita di IPB, Insyaallah kita akan maju dan akan diislahkan oleh Allah swt. Jika tidak ,nauzubillah maka akan tersingkir dari usaha yang mulia ini.

Di dalam dunia ini carilah di mana-mana pun kita tidak akan jumpa mana-mana gerakan atau jemaah yang tidak bermasaalah. Semuanya mempunyai masaalah dalaman. Namun apakah dengan masaalah ini kita tinggalkan usaha dan ujudkan usaha dan fikrah baru?

Fikir-fikirkanlah.

( p/s: Terbaik Maafkanlah mereka, doakan untuk mereka keampunan dan bawalah mereka bersama di dalam mesyuarat sebagaimana terdapat di dalam surah Al-Imran 159 )



Thursday, March 1, 2012

Persoalan Solat Qasar Siri 1





Bahrul Maazi Jld 3 M/S :23

Dan kata Malik Bin Anas dan Syafie dan Ahmad apabila berniat mungumpulkan atas bermukim 4 hari nescaya menyempurna ia akan sembahyangnya.Dan ada pun Ishak memikir ia akan yang terlebih kuat daripada mazhab pada ialah hadis Ibn Abbas ra katanya," kerana bahwasanya diriwayatkan daripada Nabi saw kemudian ditakwilnya akan dia kemudian daripada Nabi saw, apabila berniat mengumpulkan atas bermukim 9 hari nescaya menyempurna ia akan sembahyangnya ( kata Abu Isa At Turmizi ) kemudian telah ijmak Ahlul Ilmu atas bahawasanya musafir itu harus qasar sembahyang selama tiada niat mengumpulkan bermukim dan jika datang atasnya musafir beberapa tahun.(intaha)


Sedikit Huraian :


Berdasarkan petikkan isi kitab Bahrul Maazi di atas, ulama berbeza pandangan tentang niat bermukim. Ada berpendapat 4 hari, 9 hari 15 hari dan ada 19 hari. namun bagi kita yang bermazhab Syafie berpegang dengan 4 hari. Ini bermakna bahawa sekiranya sesaorang itu ingin bermusafir ke satu tempat yang mengharuskan solat qasar maka jika dia berniat untuk tinggal di tempat berkenaan selama 4 hari, maka jika sampai di sana dia tidak boleh solat qasar. malah hendaklah dia menyempurnakan solat tersebut (Solat Tamam). Selama dia berada di sana tidak boleh ia qasarkan solatnya. Jika dia ingin sambung musafirnya ke satu tempat yang lain maka hendaklah ditempat baru itu adalah tempat yang mengharuskanya solat qasar.Cth cukup kadar dua marhalah 98 km. Jalan paling selamat maka hendaklah dia meniatkan 3 hari sahaja di tempat tujunya.


Cth : Jika ianya bermusafir dari Seremban ke Pulau Pinang dengan niat bermukim 3 hari, maka harus baginya untuk qasarkan solatnya (memenuhi syarat-syarat) selama sampai di sana dengan kadar 3 hari tidak termasuk hari berangkat dan hari pulang. Tetapi jika ditengah perjalanan (cth ; Ipoh) datang niat untuk menetap di Pulau Pinang, maka apabila sampai di sana ( Pulau Pinang ) tidak boleh baginya untuk solat qasar, kerana ianya telah berniat bermukim di sana. Jika datang pula di hatinya tidak mahu bermukim di sana (berubah hati / keputusan) maka syarat qasar ( yang baharu )bermula di tempat tersebut ( Ipoh ) jika mahu sambung bermusafir.

Ulama mengatakan jika sesaorang yang bermusafir mengelilingi dunia maka tidak boleh baginya solat qasar. Sebabnya tidak ada niat tempat yang dituju, maknanya mesti ditentukan tempatnya.Cth dari Seremban ke Bangkok, kemudian dari Bangkok ke Ranggon dan seterusnya.

Wallahualam.
P/s : Akan disambung dengan Siri 2, Insyallah.

Jadual Kuliah Mac 2012



01 Mac 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
02 Mac 2012 (Jum) : Maulud Nabi saw Kolej UTC
03 Mac 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
04 Mac 2012 (Ahd) : Kuliah SubohBahrul Maazi jld 3 G/Home F
04 Mac 2012 (Ahd) : Kuliah Maghrib S.Hj.Musa BSS
05 Mac 2012 (Isn) : Masjid Yusof Teh Pedas Hilir.
06 Mac 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
07 Mac 2012 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
08 Mac 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah
09 Mac 2012 (Jum) : Rehat & Ikram Keluarga
10 Mac 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin

11 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
12 Mac 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
13 Mac 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
14 Mac 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
15 Mac 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pulai, Sikamat
16 Mac 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height
17 Mac 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
18 Mac 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Kolej Height, Sikamat
18 Mac 2012 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama  
19 Mac 2012 (Isn) : Kuliah Tengah Hari Hanger 6 KLIA
19 Mac 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
20 Mac 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin

21 Mac 2012 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine
22 Mac 2012 (Kha) : Kuliah Hadis Tmn Bandar Senawang 
23 Mac 2012 (Jum) : Kuliah bahrul Maazi Jld G/Home Fasa F
24 Mac 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
25 Mac 2012 (Ahd) : Program 3 Hari Mac 2012
26 Mac 2012 (Isn) : Kuliah Tengah Hari Hanger 6 KLIA
27 Mac 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
28 Mac 2012 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.S
29 Mac 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
30 Mac 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
31 Mac 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home.

Nota : Sekiranya terdapat perubahan di dalam judual kuliah ini, Insyaallah akan dimaklumkan kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin