MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, May 18, 2011

Kasyaful Ghaibiyyah dan Bahrul Maazi : Isu Munculnya Mahdi


Petikan dari kitab Kasyaful Ghaibiyyah :

“Dan telah mengeluar oleh Abu Naim lagi akan membangkit oleh Allah akan seorang lelaki daripada keluargaku jarang gigi hadapan, luar dahinya ertinya tersingkat rambut daripada dahinya yang memehuhi akan bumi (dengan ) adilnya yang mencurahi akan hartanya akan sebagai curah dan telah mengeluar oleh Ruyani dan Tabrani dan lain-lain daripa keduanya. Bermula Mahdi itu daripada anakku dan mukanya itu seperti bintang terkarang. Bermula warnanya itu warna Arabi dan jisimnya jisim Israel ertinya tinggi, memenuhi akan buminya itu seperti yang memenuhi bumi itu juara, redhalah akan jadi Khalifat itu ahli langit dan ahli bumi dan telah datang warad pula di dalam kitab Hilyah bahwasanya Mahdi itu orang muda lagi bercelak dua matanya lagi halus dua keningnya , tinggi hidungnya lagi bongkok sedikt hujungnya itu, lebat janggutnya atas pipi kanannya itu, tahi lalat. Dan telah berkata Syeikh Kutubul Quwah Saidi Muhyiden Ibn Arabi di dalam Futuhat ,” Ketahui olehmu bahwasanya tiada dapat tiada daripada keluar Mahdi itu tetapi tiada keluar ia hingga memenuh bumi itu juara dan zalim maka memenuhi ia akan dia qasad (tak berat sebelah) dan adil iaitu daripada keluarga Nabi saw daripada walad Fatimah r.ha.” Kitab Kasyaful Ghaibiyyah : Muka 53 cetakan Al-Maarif.


Petikan dari kitab Bahrul Maazi jld 15

“ Telah bersabda Rasulullah saw ,” Tiada hilang dunia yakni tiada berdiri kiamat hingga memilekki kan orang-orang Arab diperintahnya semuanya bawah tangannya seorang laki-laki daripada ahli rumahku yakni daripada keturunan aku yang mewafakat namanya dengan nama aku. Kata setengah ulama “ adalah ia yakni Imam Mahdi itu turun temurunya daripad Hassan anak baginda Ali. Dan kata setengah ulama turun temurunnya Hussin anak baginda Ali. Pendeknya tidaklah keluar turun temurunnya dari Fatimah binti Rasulullah saw. Ada pun nama Imam Mahdi itu yaitu Muhammad bin Abdullah. Sebagaimana nama Nabi kita Muhammad bin Abdullah juga dengan dalil hadis yang tersebut itu.Kata Abu Isa At-Tarmizi dan pada bab ini ada riwayat daripada Saidina Ali dan Abu Said Al Qudri dan Ummu Salamah dan Abi Hurairah r.hum ajmain. Katanya lagi bermula ini hadis ialah hadis Hassan lagi Sahih.

225 – Masaalah : Imam Mahdi memerintah pekerjaan muslimin (sesungguhnya) Imam Mahdi itu tiada syak kita akan zahirnya dengan dalil beberapa hadis yang menunjukkan zahirnya pasti berlaku dan terbitnya ia ke dunia ini kerana mengatur dan membetulkan jalan muslimin diperintahnya dan dipimpinnya bawa orang-orang Islam menhetam kafir akan sebagi perang sabilillah. Maka diurusnya ugama Islam itu sebagaimana di dalam kitabullah dan hadis Rasulullah. “ Kitab Bahrul Maazi Jld 15 : muka surat 169.


Ulasan Penulis :

Berdasarkan kedua kitab di atas maka kemunculan Mahdi pastinya akan terjadi. Berdasarkan Imam Tarmizi, beliau mengketogorikan hadis berkaitan Mahdi ini adalah hadis Hassan lagi Sahih. Bilangan hadis berkaitan dengan Mahdi sememangnya banyak, miski pun tidak diriwayatkan oleh “Syakhain” iaitu Bukhari dan Muslim. Namun banyak yang diriwayatkan oleh pemegang kitab sunnan.

Bagi gulongan yang menolak hadis berkaitan Mahdi ini, khususnya mereka yang mengmbil hadis-hadis yang disahkan oleh Syeikh Albani pastinya akan mengatakan bahawa isu Mahdi ini hanyalah pelemik gulongan Syiah semata. Bagi mereka isu Mahdi adalah persolalan bidaah khusus kepada gulongan Syiah dan juga gulongan ikutan Imam Mazhab.
Persoalan ini sudah pasti mengundang perpecahan dan tidak mustahil bila Mahdi akan muncul nanti pastinya gulongan inilah yang akan giat memerangi Mahdi miski pun Mahdi yang sebenar Imam mahdi. Ini belum lagi yang penipu.

Tidak mustahil untuk tahun-tahun mendatang nanti kita akan melihat sebegitu ramai yang akan mengaku Mahdi. Syiah sahaja ada berbagai firqah dan setiap firqah dengan fahaman Mahdi masing-masing. Gulongan Tariqat yang begitu ramai jumlahnya juga akan menganggap bahawa Mahdi sebenar adalah dari kumpulan Tariqat mereka. Mereka akan pastinya akan taksub dengan kata-kata imam atau mursyid masing-masing. Ini sudah tentu akan banyak berlaku perpecahan. Jika muncul Mahdi yang bukan dari kelumpoknya maka pastinya ia juga akan memerangan Mahdi yang sebenar itu.

Ini belum lagi ajaran-ajaran sesat yang begitu banyak di negara-negara Islam dan juga di negara yang bukan Islam seperti India. Di India di negeri Tamil Nadhu juga banyak yang telah mengaku Mahdi, di Malaysia pun tidak kurang ramai yang mengaku Mahdi. Di Indonesia juga ada yang mengaku Mahdi dan juga sedang menuggu “Ratu Adil”. Di sini kita boleh bayangkan berapa ramai di kalangan masyarakat Islam akan terpecah. Mereka akan memerangi Mahdi sebenar dan Mahdi dan pengikutnya juga pastinya akan mempertahankan diri serta memerangi mereka.

Jadi persolan Mahdi yang sebenar ini pun terlalu sukar bagi orang awam seperti kita memahaminya dan mengenalinya. Tidak cukup dengan membaca hadis-hadis Imam Mahdi dan menafsirkan sendiri . Malah sesetengah yang bergelar alim dan ustaz pun mungkin akan tersalah dalam memahami siapa Mahdi yang sebenar.

Sebagaimana persolan fiqah kita mengikuti fahaman dan fatwa Imam Mazhab, maka begitu jugalah persoalan Mahdi kita memerlukan Imam, syeikh , mursyid dan alim yang benar-benar berkelayakan bagi memastikan siapakah dia Imam Mahdi yang sebenar. Tanda-tanda Mahdi seperti di dalam “Kasyafol Ghaibiyyah “ sudah tentu boleh di klon oleh berbagai gulongan, tidak kurang Yahudi dan Nasrani juga akan meng”klon” kan Mahdi seperti itu. Pernah penulis membaca sedikit isi kandungan novel “Mahdi” karang seorang “Mat Salleh” yang penulis lupa namanya.

Novel itu menjadi “best seller” sekitar awal tahun 1990an. Dalan novel itu menyatakan ketika musim haji di Mina ketika selesai melontar di tiga Jamrah maka tiba-tiba akan kedengaran seruan “Imam Mahdi Al – Muntazar”. Maka ketika itu semua jemaah haji akan tertumpu pada lelaki berkenaan yang wajahnya seperti di dalam kitab di atas. Janggutnya, badannya, tahi lalat, kening hidung sama seperti di dalam kitab. Dari segi fizikalnya serupa. Ia akan diminta buktikan sisilahnya dan ianya akan terbukti melalui lembaran sisilah keturunannya yang kononnya dari keturunan Hassan atau Hussin. Namun semua itu akan boleh direkacipta oleh gulongan penipu. Siapakah yang akan mengesahkan kebenaran silsilah itu?

Kemudian ianya akan diminta buktikan yang ianya Mahdi yang sebenar. Ia akan butikan dengan mengurbankan (menyebelih) kambing. Tiba-tiba kambing yang disembelihnya akan terbakar disambar cahaya dari langit. Semua jemaah haji yang melihat itu terpegun dan akan berbaiat dengan Mahdi berkenaan. Sedangkan ianya adalah Mahdi Penipu. Mahdi berkenaan sebenarnya adalah salah seorang ajen CIA /Mosad yang diklonkan menjadi Mahdi. Di dalam badan kambing berkenaan akan diletakan “Cip” yang mana dari stelit akan dipancarkan laser ke arah kambing berkenaan dan kambing itu pun terbakar.

Ini apa yang terdapat di dalam novel berkenaan, mungkin akan datang ianya lebih canggih lagi penipuan CIA/Mosad dari itu.

Tidak heranlah yang akan memerangi Mahdi yang sebenar nanti tergulong bukan sahaja dari Yahudi dan Nasrani malah gulungan ulama Islam pun akan memerangi beliau kerana berlainan puak dan firqah.

Wallahualam.

Wednesday, May 11, 2011

Imam Mahdi Akan Muncul Pada 2013 ....?




Komen Penulis :

Baru-baru ini satu jemaah dari Hydrabad, India datang ke tempat kami di Senawang, Negeri Sembilan. Kami mengambil kesempatan dari kedatangan mereka untuk mengadakan beberapa "Mini Jhor" serta targhib khusus untuk karkun-karkun kawasan. Salah satu dari pada targhib yang diberikan, pembayan jemaah mengatakan untuk buat usaha mengikut tertib sekarang dan juga kaedah DTI (Dakwah,Taklim dan Istiqbal) hanyalah sekitar dua tahun sahaja. Maka selepas ini adalah tahun-tahun ujian.

Perlu karkun dan juga kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk dua tahun terakhir ini. Mungkin selepas ini sukar bagi kita untuk melaksanakan usaha seperti biasa. Kata pembayan lagi ianya nasihat dari Maulana Saad d.bhum.

Kalau benar apa yang dikata, seolah-olah klip vedio di atas ada kebenarannya.

Wallahualam.

Sunday, May 1, 2011

Jadual Kuliah Mei 2011


1 Mei 2011 (Ahd) : Ikram Keluarga & Urusan Anak Di Madrasah
2 Mei 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
3 Mei 2011 (Sel) : Ceramah Khas Dari Mentawai Indonesia
4 Mei 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
5 Mei 2011 (Kha) : Program Lawatan Agama Yala, Thailand
6 Mei 2011 (Jum) : Program Lawatan Agama Yala, Thailand
7 Mei 2011 (Sab) : Program Lawatan Agama Yala, Thailand
8 Mei 2011 (Ahd) : Program Lawatan Agama Yala, Thailand
9 Mei 2011 (Isn) : Kuliah Bulanan Surau Ibrahim G/Home E
10 Mei 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
11 Mei 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
12 Mei 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 Tmn Matahari Height
13 Mei 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Mantua Endah
14 Mei 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
15 Mei 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh G/Home Fasa F Al-Ikhlas
15 Mei 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
16 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
17 Mei 2011 (Sel) : Kuliah Suboh Pinggiran Senawang.
17 Mei 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
18 Mei 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
19 Mei 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Hanger 6 KLIA
19 Mei 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Bahrul Maazi Jld 3 Gadong Jaya
20 Mei 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang
21 Mei 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
22 Mei 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn College Height
22 Mei 2011 (Ahd) : Kuliah Jemputan Tmn Rasah Kemayan
23 Mei 2010 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama.
24 Mei 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Mingguan Surau Al-Amin
25 Mei 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
26 Mei 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Hanger 6 KLIA
26 Mei 2011 (Kha) : Program Bulanan Pengasih K.Lumpur
27 Mei 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
28 Mei 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
28 Mei 2011 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
29 Mei 2011 (Ahd) : Program 3 Hari Al-Amin.
30 Mei 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home F
31 Mei 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Mingguan Surau Al-Amin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin