MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, March 31, 2011

Masjid Pertama Di India (Kerala)


Dikatakan semasa Nabi saw menjalankan usaha dakwah di Mekah, pihak kafir Qureisy meminta Nabi saw membuktikan kerasulan baginda. Pihak tokoh-tokoh Qureisy ketika itu seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al Ash bin Qail meminta Nabi untuk membelah bulan agar menjadi dua. Nabi saw berkesanggupan berbuat demikian jika mereka bersedia memeluk agama Islam. Setelah mereka bersetuju untuk memeluk Islam maka Rasulullah saw pun berdoa dan dengan isyarat jari, baginda membelah bulan. Setelah bulan terbelah dua, mereka tetap menolak untuk menerima Islam dengan mengatakan ianya adalah semata-mata sihir. Kisah ini terdapat di dalam catatan hadis Bukhari dan Muslim serta pemegang kitab sunnan. Di atas peristiwa inilah maka Allah swt menurunkan surah Al-Qamar ayat 1-2.

Dikatakan semasa kejadian bulan terbelah maka ianya disaksikan oleh Raja Karala India ketika itu. Baginda bernama Raja Rama Kulasekhara , Raja bagi Kodangallur, Karala. Beliau memerintah panglima-panglima istana mencari sesuatu bagi mebuktikan kejadian bulan terbelah. Setelaah beberapa tahun mereka sampai di Mekah dan berjumpa dengan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam. Bersama dengan mereka juga terdapat daun sireh dan mereka memberinya kepada Rasulullah saw.Kisah ini terdapat di dalam buku 1000 Kisah Hadratji terbitan Klang Book Centre.

Setelah itu mereka pulang ke Karala India dengan membawa berita tentang ajaran Islam. Pada tahun ke 4 selepas Hijrah (629M) Rasulullah saw mengutuskan salah seorang sahabat baginda ke Karala India. Di tangan sahabat inilah maharaja Karala Rama Kulasekhara memeluk agama Islam.

Lanjutan dari itu, Raja Rama Kulasekhara mewakafkan sekeping tanah kepada sahabat Nabi berkenaan untuk membina masjid. (seperti di dalam gambar)

Selepas daripada itu beberapa orang Tabien datang ke Karala India selepas pembukaan India oleh Muhamad bin Qasim rah. Ini termasuklah Malek bin Dinar rah. Kubur beliau terdapat di satu daerah di Kasargod setelah beliau berpindah dari Kodangallur.

Masjid ini membuktikan bahawa Islam telah bertapak di India sekitar 1376 tahun yang lalu.

Wallahualam

Jadual Kuliah April 2011


















01 April 2011 (Jum) : Kuliah Ahadis Tmn Pinggiran Senawang
02 April 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
03 April 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh College Heihgt
03 April 2011 (Ahd) : Ceramah Jemputan Kg. Mampat ,Terachi
04 April 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
05 April 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
06 April 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
07 April 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height
08 April 2011 (Jum) : Kuliah Hadis Masjid Seremban Jaya
09 April 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
10 April 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Garden Home Fasa F
10 April 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa.
11 April 2011 (Isn) : Kuliah Bulanan Surau Ibrahim G/Home E
12 April 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
13 April 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
14 April 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
15 April 2011 (Jum) : Nusrah Jemaah
16 April 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
17 April 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Pinggiran Senawang.
17 April 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
18 April 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pag
19 April 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
20 April 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
21 April 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
21 April 2011 (Kha) : Kuliah Maghrib G/Home Fasa F
22 April 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
23 April 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
23 April 2011 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
24 April 2011 (Ahd) : Keluar 3 Hari Jemaah Al-Amin
25 April 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
26 April 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
27 April 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
28 April 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
28 April 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih Kuala Lumpur
29 April 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah.
30 April 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
30 April 2011 (Sab) : Ceramah Israq Mikraj Tmn Purba.

Monday, March 14, 2011

Adakah Gempa/Tsunami Di Jepun Petanda Akhir?


Firman Allah swt sebagai renungan atas bala dan musibah yang menimpa manusia:

“Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS. Al Qhashash, 28 : 59)

FirmanNya lagi:
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)

FirmanNya lagi:
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nisaa : 147)

FirmanNya lagi:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al Isra, 17 : 16)

FirmanNya lagi:
“Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” (QS. Al Isra, 17 : 58)

FirmanNya lagi:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

FirmanNya lagi:
“Dan Allah Telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; Karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” (QS. An-Nahl, 16 : 112)

FirmanNya lagi:
“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Yaitu neraka Jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan Itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” (QS. Ibrahim, 14 : 28-29)

FirmanNya lagi:
“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan dimuka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang diderita oleh orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih kuat dri merka,mereka telah mengolah bumi dan memakmurkannya lebih banyak dari apa yang mereka makmurkan.Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan dan bukti-bukti yang nyata.Maka Allah sekali-kali tidak berlaku dzalim kepada mereka ,tetapi merekalah yang berlaku dzalim terhadap dir mereka.Kemudian akibat orang-orang yang melakukan kedurhakaan dan kejahatan adalah azab siksa yang lebih buruk, karena mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-olok.” (QS. Rum, 30 : 9-10).

Sedikit Komenter Isu Gerak Gempa/ Tsunami Di Jepun

Kejadian gempa bumi di darat dan di laut (Tsunami) yang sedang melanda Jepun sekarang serta New Zealand beberapa bulan yang lalu mungkinkah ianya gempa bumi yang akan berlaku sebagaimana sabdaan Nabi saw? Namun bila kita perhati dan amati maka berkemungkinan gempa bumi ini bersabit dari sabdaan Nabi saw yang berbunyi :

Dari Huzaifah bin Usaid ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda . . . . .” Kemudian baginda menyebut antara lain “dan tiga gempa bumi iaitu gempa di wilayah timur, di wilayah barat dan di Jazirah Arab.” (Shahih Muslim Syarah Nawawi 18:27 – 28)

Dari Ummu Salamah r.aha, ia berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di Wilayah Timur, gempa bumi di wilayah Barat dan gempa bumi di Jazirah Arab.” Saya bertanya,” Wahai Rasulullah saw apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang-orang yang saleh?” baginda menjawab, “ Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan.”
(Tabrani di dalam Ausath sebagaimana kata Al-Haitsami dalam Majmu’uz Zawaid 8:11. Beliau berkata sebahagian hadis ini tersebut didalam kitab Shahih. Dan hadis ini di dalam sanadnya terdapat Hakim bin Nafi’ yang dianggap kepercayaan oleh Ibnu Ma’in tetapi dilemahkan oleh yang lain . Sedangkan perawi-perawi yang lain kepercayaan.”)

Sesetengah ulama mengatakan kejadian ini telah pun berlaku namun sebahagian ulama mengatakan ianya belum berlaku lagi. Antara yang berkata demikian adalah Syeikh Asyarif Al-Barzanji, manakala Ibnu Hajar mengatakan, “Sesungguhnya telah dijumpai pelbagai gempa dan tanah runtuh di berbagai tempat, tetapi yang dimaksudkan dengan tiga gempa ini adalah lebih besar dan lebih luas wilayahnya daripada yang sudah terjadi itu.” (Fathul Bari 13:84)

Pendapat ulama yang sependapat dengan Ibnu Hajar ini diperkuatkan oleh hadis yang mengatakan bahawa ketiga gempa itu terjadi apabila kerosakan dan maksiat telah bermaharajalela di kalangan manusia.

Maka jika ianya betul maka kita tunggu gempa di Barat. Apakah Barat yang dimaksudkan adalah Eropah ataukah yang dimaksudkan adalah di sebelah barat dari arah bumi Mekah dan Madinah. Jika ini yang dimaksudkan maka berkemungkinan Barat dimaksudkan adalah di Benua Afrika.

Bila ini berlaku dan disokong pula oleh huruhara yang terjadi di beberapa Negara Arab sekarang ini seolah-olah menunjukan petanda yang kita hampir-hampir berada di era penghujung dunia. Di era kedatangan Mahdi, Dajjal, Nabi Isa a.s , Yajuj dan Makjuj dan lain-lain petanda akhir zaman.

Wallahualam.

Monday, March 7, 2011

Kuliah Suboh Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki


Insyaallah Kuliah Suboh Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki akan diadakan seperti berikut :-





Tempat : Surau Al-Amin,Tmn Cempaka Fasa 2
Senawang, NSDK.


Masa : 12 Mac 2011 (Sabtu)
Selepas Solat Suboh.


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.

Makluman : Kuliah Suboh ini adalah Kuliah Suboh Bahrul Maazi saya sendiri dan untuk minggu ini saya dan J/Kuasa Surau bersetuju memberi laluan kepada Syeikh.

Thursday, March 3, 2011

Jadual Kuliah Mac 2011


1 Mac 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
2 Mac 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
3 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Gerden Home Fasa F
4 Mac 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height
5 Mac 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
6 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh College Heihgt
6 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
7 Mac 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
8 Mac 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
9 Mac 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
10 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
11 Mac 2011 (Jum) : Jaulah Matahari Tmn Matahari Height
12 Mac 2011 (Sab) : Maulud Nabi saw Tmn Jasmine
13 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Purba, Ampangan
14 Mac 2011 (Isn) : Kuliah Bulanan Surau Ibrahim G/Home E
15 Mac 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
16 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
17 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi KLIA Hanger 6
17 Mac 2011 (Kha) : Urusan Keluarga Di Kedah
18 Mac 2011 (Jum) : Urusan Keluarga Di Kedah
19 Mac 2011 (Sab) : Urusan Keluarga Di Kedah
20 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Garden Home Fasa F
20 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa.
21 Mac 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi
22 Mac 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
23 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
24 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
24 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
25 Mac 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
26 Mac 2011 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
27 Mac 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang.
28 Mac 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rembau Utama
29 Mac 2011 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
30 Mac 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang
31 Mac 2011 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Imam Cempaka 1

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin