MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, October 22, 2010

Iktibar Dari Kehidupan Burung

Dari Umar ibn Khattab r.a, ia berkata Rasulullah saw bersabda, “ Jika kamu semua bertawakkal kepada Allah swt dengan sebenar-benar tawakkal , pasti kamu semua akan diberi rezeki seperti seekor burong diberi rezeki. Berpagi-pagi ia pergi dengan perut yang kosong dan pulang pada petangnya dengan perut yang kenyang.” ( Hadis Riwayat: Imam Tarmizi dan katanya hadis ini Hassan Sahih Pada Bab Tawakkal Kepada Allah)

Bedasarkan hadis di atas, ianya menunjukkan bahawa sifat yang mulia yang ada pada seekor burung perlu diambil iktibar oleh seorang mukmin dalam tawakkalnya kepada Allah swt. Bukan itu sahaja malah ada lagi sifat mulia yang ada pada seekor burong yang boleh menjadi iktibar kepada kita. Gambar-gambar di bawah sudah cukup memberi kesan yang mendalam di hati kita di dalam mengenangi sifat “Rahmat”(Kasih Sayang) Allah yang melata bukan sahaja kepada Manusia malah juga kepada bintang.


Ia Cuba Untuk Menolong Pasangan Yang Terlanggar Di Jalan


Namun Akhirnya Pasangannya Meninggal Dunia


Ia Berteriak Meminta Pertolongan Bagi Membantu Pasangannya.


Namun Akhirnya Ia Terpaku Sedih Di Sisi Jasad Pasangannya.



Inilah gambaran cinta kasih secebis dari sifat "rahmat" (Kasih Sayang) Allah yang diberi miskipun kepada binatang yang tidak cukup akalnya berbanding manusia.

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, " Sesungguhnya Allah swt mempunyai seratus rahmat (Kasih Sayang). Dia turunkan satu rahmat sahaja di kalangan jin ,manusia, binatang dan juga binatang melata. Dengan rahmat itulah seekor binatang liar pun mengasihi anaknya. Dan Allah swt menangguhkan 99 rahmat lagi yang akan digunakan merahmati hamba-hambaNya di hari Kiamat." (Hadis riwayat : Imam Muslim)

Renungknlah!

p/s : Moga Allah swt mencampakkan kepada kita semua secebis dari sifat kasih sayangNya. Insyaallah.

Friday, October 15, 2010

Memaaf Kepada Penzalim : Kisah Imam Ahmad rah


Dari Abi Kabasyah Al-Ammari ra sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Tiga perkara yang aku bersumpah dengannya dan akan aku ceritakan kepada kamu satu hadis dan peliharalah ia : Tidak akan berkurangan harta sesaorang dengan sebab sedeqah.Tidaklah sesaorang yang dizalimi dengan sesuatu kezaliman dan dia bersabar, melainkan akan ditambah oleh Allah swt kepadanya kemuliaan.Tidaklah sesaorang membuka pintu meminta-minta melainkan akan dibukakan baginya pintu kefakiran. (Riwayat Tarmizi Hasan Sahih No.2325)

Sabda Rasulullah saw, “ Tiga perkara semuanya adalah Hak : Tiada sesaorang yang dizalimi (aniaya) lalu memaafkannya kerana mengharapkan keridhoaan Allah swt melainkan pasti ditambah kemuliaan oleh Allah swt : Tiada sesaorang yang membuka pintu meminta-minta kerana ingin menambah kekayaan melainkan ditambah kemiskinan (kekurangan) oleh Allah swt : Tiada sesaorang yang memberi sesuatu ikhlas kerana Allah swt melainkan akan ditambah (banyak) oleh Allah swt (hartanya). (Riwayat Abu Laits Samarqandi : Tanbihul Ghafilin)

Kisah Imam Ahmad bin Hanbal rah.

Beliau telah dipenjara dan didera oleh Khalifah Al-Mu’tasim semata-mata pendirian beliau mengenai sifat qadimAl-Quran. Namun begitu beliau telah memaafkan semua mereka-mereka yang terlibat menderanya.

Diceritakan oleh Ahmad Qattan Al-Baghdadi bahawa setelah lama penderaan ,luka-luka penderaan telah sembuh , namun Imam Ahmad bin Hanbal masih lagi menderita kesan luka-luka dibelakangnya yang menyebabkan satu ketumbuhan . Tabib yang merawat beliau menceritakan kepada Ahmad Qattan bahawa takkala beliau menekan ditempat ketumbuhan tersebut Imam Ahmad bin Hanbal hanya menyebut, “Saya berlindung dengan Allah daripadanya,” sambil menahan sakit.

Begitulah juga ketika tabib itu membelah ditempat ketumbuhan tersebut, Imam Ahmad bin Hanbal menyebut doa pengampunan (istighfar) bagi Khalifah Al-Mu’tasim sehingga selesai pembedahan. Selepas membalut lukanya, tabib tersebut bertanya kepada Imam Ahmad, “Wahai Abu Abdullah (panggilan kepada Imam Ahmad) apabila sesaorang terkena bala musibah kerana perbuatan orang lain, biasanya ia akan melaknati orang yang menzaliminya. Tetapi kamu wahai Imam mendoakan rahmat dan keampunan bagi Al-Mu’tasim?”

Imam Ahmad menjawab, “ Saya juga berfikir demikian, tetapi Al-Mu’tasim keturunan Rasulullah saw dan saya tidak ingin berbalah dengan keturunan Rasulullah saw pada Hari Pembalasan kelak. Maka saya lepaskan tuntutan saya ke atasnya.

Sedikit Komentar :

Beginilah sifat ulama-ulama awal ummah terhadap musuh-musuh mereka. Mereka benar-benar cuba mengamalkan dengan hadis –hadis Nabi saw yang mereka mempelajari dan mengajarkanya pada orang lain. Masih lagi mereka memuliakan sesiapa sahaja yang ada hubungkait dengan Nabi saw demi memuliakan keluarga Nabi saw. Al-Mu’tasim berketerunun dengan Nabi saw di sebelah Abbas ra.

Perlu difahaimi bahawa memaafkan kesalahan orang yang menzalimi kita serta mendoakan keampunan,rahmat dan hidayat adalah sebahagian doa terbaik di sisi kita. Namun di sisi Allah ada dua samada diberi hidayat atau didatangkan balasan atas kezaliman mereka. Janji dari hadis Nabi saw tidak ada dua dosa besar yang Allah swt begitu murka yang balasan di segerakan di dunia dan juga disediakan di akhirat iaitu kezaliman dan derhaka kepada kedua ibubapa.

Wallahualam

Monday, October 11, 2010

Kembali Kepada Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah



Kerosakkan anak-anak salah satu sebab adalah kelemahan di dalam mendidik mereka berdasarkan pendidikan Al-Quran dan As Sunnah. Mereka-mereka yang terdahulu daripada kita mengutamakan pendidikan begini kepada anak-anak mereka. Lantaran itulah kita dapati anak-anak mereka dan zuriat keturunan mereka tergolong dikalangan mereka-mereka yang takwa pada Allah swt.

Antaranya mereka sering memperdengarkan kepada anak-anak mereka kisah-kisah di dalam Al-Quran dan juga kisah-kisah perjuangan Nabi saw agar jiwa anak-anak terbina mencintai Allah dan Rasulnya.

Saad bin Abu Waqas ra berkata :”Kami selalu bercerita tentang peperangan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw kepada anak-anak kami sepertimana kami ajarkan kepada anak-anak kami surah-surah Al-Quran.”

Sebaliknya anak-anak kita hari ini lebih memahami kisah Upin dan Ipin dari memahami kisah perjalanan dan perjuangan Nabi saw. Mereka lebih memahami kisah Ultraman, Spiderman, Power Ranger dan lain-lain. Natijahnya tingkah laku mereka mirip dengan apa yang mereka minati.

Ibnu Khaldum di dalam kitab Mukhaddimahnya menyatakan bahawa pengajar Al-Quran merupakan asas pengajaran di dalam berbagai kurikulum pendidikan di Negara Islam kerana ianya jalan kepada penguat keimanan.

Ibnu Sina pula di dalam kitabnya As Syiasah mengingatkan kaum Muslimin agar terlebih dahulu mengajarkan Al- Quran kepada anak-anak untuk menguatkan ilmu bahasa dan keimanan mereka.

Malah di sabitkan hadis Nabi saw mengajar Al-Quran dan akhlak Al-Quran juga termasuk hak-hak anak pada ibubapa yang perlu disempurnakan.

Di dalam usaha dakwah hari ini pun kita di minta untuk berbuat demikian serta membaca kisah-kisah Nabi dan juga Kisah-kisah yang terdapat dai dalam Al-Quran juga membacakan hadis-hadis Nabi saw di dalam rumah-rumah kita bagi terhasil kaedah pendidikan Al-Quran dan Sunnah ini.

Bukan itu sahaja malah setiap Masjid dan surau juga diminta kita berbuat demikan agar suasana keimanan ujud di tempat kita. Dalam pada itu setiap Markaz di seluroh Malaysia pastinya ada madrasah Tahfizul Quran bagi mengujudkan kaedah pendidikan Islam ini.

Saturday, October 2, 2010

Jadual Kuliah Oktober 2010


1 Okt 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Politeknik Nilai
1 Okt 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Matahari Height
2 Okt 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin.
3 Okt 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Atraf Hadis Desa Melor
4 Okt 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Jld 13 Seri Pagi
5 Okt 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin.
6 Okt 2010 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi jld.2 KLIA Hanger 6
7 Okt 2010 (Kha) : Urusan Keluarga di Kedah
8 Okt 2010 (Jum) : Urusan Keluarga di Kedah
9 Okt 2010 (Sab) : Urusan Keluarga di Kedah
10 Okt 2010 (Ahd) : Urusan Keluarga di Kedah
11 Okt 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama
12 Okt 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
13 Okt 2010 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
14 Okt 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Surau Ibrahim G/Home E
15 Okt 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Politeknik Nilai
15 Okt 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height
16 Okt 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
16 Okt 2010 (Sab) : Kuliah Bulanan Garden Street Home (Qudwah)
17 Okt 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Garden Home Fasa F
18 Okt 2010 (Isn) : Ceramah Khas Petronas Depo KLIA.
18 Okt 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Bahrul Maazi Jld 13 Seri Pagi
19 Okt 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
20 Okt 2010 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
21 Okt 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 Tmn Gadong Jaya
22 Okt 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama
23 Okt 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld.2 Surau Al-Amin
23 Okt 2010 (Sab) : Jemaah 3 hari Oktober 2010
24 Okt 2010 (Ahd) : Jemaah 3 hari Oktober 2010
25 Okt 2010 (Isn) : Jemaah 3 hari Oktober 2010
25 Okt 2010 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Jasmine
26 Okt 2010 (Sel) : Muntakhab Ahadis Surau Al-Amin
27 Okt 2010 (Rab) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.2 KLIA Hanger 6
28 Okt 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur
29 Okt 2010 (Jum) : Urusan Keluarga Di Johor Bahru
30 Okt 2010 (Sab) : Urusan Keluarga Di Johor Bahru

Nota : Kuliah Bulan November & Disember 2010 Dibatalkan Kerana Saya dan Ahliah Keluar Masturat 2 Bulan Negara Jauh. Insyaallah. Tolong Doakan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin