MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, December 7, 2009

Hukum Berkhatan Bagi Wanita


(Jawapan pada pertanyaan saudara Nik dari ruang Komen dan Pertanyaan)

Telah pun difahami bahawa hukum berkhatan bagi lelaki adalah satu kewajipan di dalam Islam oleh hampir semua mazhab. Ianya melambangkan satu ciri keislaman. Namun hukum berkhitan bagi wanita agak berbeza dikalangan ulama. Ini pernah berlaku di Mesir beberapa tahun yang lalu yang menjadi kotroversi di kalangan ulama mahu pun pakar-pakar perubatan.

Dalil utama berkaitan berkhatan adalah hadsi Nabi saw :
Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ( Riwayat Muslim)

Terdapat juga hadis Nabi saw berkaitan dengan isu khatan ini dan diambil oleh ulama bagi menetapkan hukum berkhatan miski pun hadis itu tidak diyakini kesahihannya. Rasulullah dilaporkan bersabda kepada seorang bidan dengan katanya, “Potonglah . . . . tetapi janganlah melebihi hadnya, kerana itu adalah lebih baik untuk kesihatannya dan lebih disukai oleh suami.”

Berdasarkan hadis di atas, berkhatan bagi wanita ini adalah lebih baik untuk kesihatan serta dapat mempertingkatkan lagi hubungannya dengan suami. Perkataan Nabi saw “. . Jangan melebihi had. . “ perlu diambil perhatian.

Selain itu berdasarkan hadis di atas juga, ada beberapa Negara Islam yang bersetuju dengan amalan ini dan ada tidak bersetuju. Namun mengambil jalan tengah itu adalah yang terbaik kerana ianya bukan sesuatu yang di wajibkan oleh sesetengah ulama. Sesiapa yang ingin berbuat demikian terhadap anak-anak perempuan mereka bolehlah berbuat demikian dan sesiapa yang tidak mahu pun tidak ada masaalah. Namun bila di lihat sausana dan keadaan sekarang ini ada ulama menitikberatkan untuk dilaksanakan (Yusof Qaradawi)

Namun begitu pandangan para ulama mazhab di dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita : Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanifah dan sebahagian Ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita : Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulannya disepakati bahawa berkhatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika umat Islam satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Wallahua’lam.

1 comment:

Unknown said...

armorous

Jazakallah atas info

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin